Thursday, February 2, 2012

Sia-sia ?

Assalamualaikum.

Waktu menjenguk-jenguk 'home' dalam fb tadi, terlihat satu update dari Akh Hilal Asyraff (HA). Saya tahu, HA selalu sangat update status2 yang kadang-kadang pembaca tak mampu menilai kalau sekadar gunakan mata ori. Kena bijak guna mata hati untuk mencari makna sebenar. Ayat ala-ala sasterawan gitu..Nama pun penulis :)

Oh ya. Sambung balik. Update yang saya nak share ni, hmm..Agak-agak ramai ke yang bisa mengerti ye? Wallahua'lam..Let's check it out :


Ada faham? Mai sini cek nak terangkan. Tapi, nak warning awal-awal ni. Mungkin apa yang kita faham tak akan exactly sama dengan apa yg HA cuba sampaikan. Tapi harapnya maksud itu sampai. Huhu

Apa yang saya sendiri faham dan terkesan, HA bina website sendiri bukan sebab utk kepuasan diri sendiri, tapi juga untuk kepuasan bersama. Apa yang penting, semua dapat makanan rohani, semua sama-sama menuju ke "langit Illahi" untuk mencari redha-Nya.

Nampak ayat yg akhir tu? Itu yang PALING menggugat rasa. Fuhh..Agaknya aku dalam golongan tu ke? Entahla. Memang, saya anggap blog ni seumpama sebuah diari. Boleh bercerita segala apa yang saya suka. Boleh kongsi apa yang saya rasa. Tapi harapnya saya bukanlah seperti yang HA katakan "bersama wajah ayu menggugah rasa". Harapnya bukan, tidak, dan tak akan!

Bukannya apa. Sekarang ni ramai blogger, terutama PEREMPUAN, sama ada dikenali atau tidak dikenali, tak tahu tujuan sebenar depa berblog. Mungkin sekadar nak ikut trend. Mungkin juga setakat nak upload gambar-gambar depa yang sangatlah ayu - mungkin ilusi optik semata- , dan banyak lagi mungkin-mungkin yg lain. *girls, belajar2 lah utk jadi mawar berduri yang mahal harganya.

"Ehh, tapi suka hati aku la nak buat apa. Blog aku!"  Ayat siapa tu? Rasanya semua pun ada berfikiran begini. Kan kan kan?? :) 

Sebenaqnya tak salah kita nak wujudkan blog. Yelah, untuk diri kita sahaja. Tapi yang penting, wujudkan la sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh org lain. Mungkin adakan post yang membuat orang berfikir. Mana tahu, ada kebaikannya utk kita dan org lain jugak? Ok fine. Sekali lagi, ni peringatan utk diri sendiri. -,-

Saya tak mampu jadi macam Hilal. Saya akui blog ni adalah sebahagian daripada banyak perkara yang memuaskan hati saya. Kalau rasa nak meluah, semua saya luah kat sini. Malu jugak, orang duk tengok, baca dan nilai diri kita. Tapi entah. Kenapa ek aku camni? Isyh3.

Hajatnya awal-awal tadi tak nak membebel. Tapi sedar-sedar dah banyak rupanya aksara yang dah tertaip. Hee. -,-'

Hah, sebelum apa-apa terjadi, saya just nak INGATKAN kepada siapa2 yang membaca post ni. Ini bukan post utk mengutuk atau mengata atau menafikan atau menghalang - atau dll lagi - kepada para blogger yg lain utk terus berblog. Cuma kadang2 kita kena muhasabah, semak semula tindakan kita. Tak salah kan?

Semoga kita semua mendapat manfaat yang baik dari teknologi yg dah tersedia ada utk kita ni. Huu..Sekian utk waktu ini, adios~






Diari pengarang : Encik laptop semakin meragam. Agak2 nak kena minta sponsor dari siapa? Huhh. -,-'

4 comments:

Addien said...

Penulisan itu kuasanya sma seperti lisan dan percakapan dan setiap penulisan kita akan dihisab di hadapanNya kelak, Hilal adalah salah seorang penulis blogger, buku dan daie yang baik, dan apa yang cuba disampaikannya amatlah benar, harus sentiasa beringat dengan setiap apa yang ditulis kerana apa yang ditulis akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak, sama seperti lidah kita, wallahua'lam..

jemput ke WADi untuk menimba ilmu dan join forum, insyaAllah

Bintu Sazali said...

syukran atas perkongsiannya..Itula, kadang2 tak brani nak menulis dan bercakap atas sebab2 camtu...-,-'

Addien said...

la tahzan (jangan bersedih), menyebarkan ilmu di blog banyak manfaatnya..gunakanlah medium maya ini dengan cara yang betul agar ia boleh menjadi saham akhirat yang besar buat kita iaitu pahala dan bukan sebaliknnya, amin..

jemput ke blog saya jika ingin menimba ilmu dari kitab-kitab yang telah saya tulis dengan bahasa yang mudah :)

dan sebarkanlah, amin

Bintu Sazali said...

ya, insyaAllah, syukran 'ala kulli hal..

LinkWithin

Lazada Malaysia