Monday, November 22, 2010

Mandi Wajib,Solat,dan Tips Cantik

Salam alaikum...
Moga pembaca semua sejahtera waktu membaca post ni..^_^

(dah lama tak jd seseorang yg normal.Hari ni tenang sikit.Nape ek?Entah..huhu)

Okeh, hari ni saya akan catatkan post yg berguna buat umat Islam yg sudi membaca.
Apa?

Paling Utama, tentang MANDI WAJIB..sebenarnya dah lama dapat emel ni dari Kak Imah. Alhamdulillah, Kak Imah harap saya dapat sebarkan ilmu ni pada org lain jugak, melalui blog yg tak seberapa ni. Harap pembaca dapat banyak info yang berguna, kerana seorang yg bernama INSAN tak akan pernah terlepas dari sebarang kesilapan sepanjang hayatnya di dunia , isn't it?

PANDUAN MANDI WAJIB

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

[Mandi Wajib Yang Betul]

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut
jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya
dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,
ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan
air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu
rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut
tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas
beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang
ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan
memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.
Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau
” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2
bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia
telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum
air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada
badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis
di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota
badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada
bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,
sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.

Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai
air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.
Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,
mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan
rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah
membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.

Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang
menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan
menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.

Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi
pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna
itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,
bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan
bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi
wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah
atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat
Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais
menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu:
-> kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani.
-> keluar air mani.
-> mati.

Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja :
-> keluar darah haid
-> keluar darah nifas
-> melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada
air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya
mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu
mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,
manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Jelas? Pastikan point2 yg ditebalkan tu diambil serius ya..:)
Okeh, nak tambah lagi.

PANDUAN UNTUK MENJADI CANTIK!

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5
kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,
dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh
tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan
do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak
hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’,
“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka
perindahkan pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah,
tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan
diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air
putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.
Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Lagi..
RAHSIA SOLAT?

1. Niat Solat Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia
dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita
di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita
di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di
dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian
SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam
kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di
padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan
oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wallahua'lam.

Baik. Itu sahaja.
Sebarang percanggahan pendapat, sila rujuk pada ulama' yg lebih arif.
Saya sendiri tak pasti sejauh mana kebenaran RAHSIA SOLAT ni.

Apapun, yg penting ialah kita laksanakan SOLAT sungguh2, bukan kerana hanya nak harap macam2 balasan, tapi SUJUDLAH kepada PENCIPTA-mu kerana DIA Yang Maha Agung, dan kerana kamu ialah hamba-Nya yg lemah.
Wallahua'lam.



diari pengarang: Ya Allah, pelihara kami dari terpesong ke arah jalan yg menyekutukan Engkau!

Sunday, November 14, 2010

Thankz a lot Kak Wanis!

13 November 2010

Hari ni hari terakhir Kak Wanis kat sini.
Macam tak percaya pulak.
Rasa macam baru sekejap saya tinggal bersama-sama dengan Kak Wanis.

Hmm..Mana taknya..Saya tak selalu ada kat bilik. Selalu habiskan masa di bilik TV.
Kalau duduk dalam bilik pun, buat kerja masing-masing. huhu.
Maaf ya Kak Wanis, if saya banyak wat silap pada akak.

Bersyukur sangat cz selama hampir 2 semester dapat sebilik dengan akak..
Thankz a lot cz banyak bantu saya, especially bab bangun pagi. hehe

Terharu hari ni, sebab...
Kak Wanis bagi present utk rumet dy yang ntah apa2 ni..
Saya tak bagi apa2 pun kat akak. :(


Hmm.. Ni pic saya bersama Kak Wanis. Rasanya ni je la gambar first dan last kami. huhu


Seriously, saya baru je bangun tidur waktu tu. huhu. Sori lagi Kak Wanis, cz tak sempat nak tolong angkat barang Kak Wanis. huhu

Kak Wanis ni baik orgnya. Pendiam. Tapi kalau dengan sesiapa yg rapat, agak talkative. Kan akak? hehe.. Saya kagum dengan Kak Wanis, sebab Kak Wanis ni rajin, pandai, dan baik hati lagi.
Kawan2 saya pun cakap camtu.
hmm..Kalau la saya boleh jadi rajin cam Kak Wanis...uhuk2..

Semoga hidup Kak Wanis sejahtera sentiasa ok..Sabaq naa duk umah sementara tunggu posting..hehe..:p InsyaAllah, moga Kak Wanis dpt jadi Teacher yg terbaik buat anak2 murid Kak Wanis nanti...aminn..

Hah. Kalau ada kad jemputan..ehem2..jgn lupa send kat kami naa..^^
Mudah2an berkekalan..
Jaga diri leklok tau! :)



diari pengarang : Huh. Saya belum study. Apa agaknya nasib kertas terakhir saya nanti.huhu~




Saturday, November 13, 2010

Kisah Si Budak Comot

Salam sejahtera buat semua.
Huh. Walaupun penat bertungkus-lumus membersihkan kawasan bilik dan menyusun fail2 utk MQA, tapi saya tetap teruja jugak nak post entri ni.

Okeh. Kali ni saya nak bercerita tentang seorang budak comot.


Hah. Budak comot seperti yg anda lihat dalam gambar di atas merupakan seorang budak yg sangat suka menyusahkan Ayah dan Ummi dia. huhu.. Kenapa? Sebab, budak comot ni suka sangat menangis, melalak dan meraung bagai tak ingat dunia sewaktu dia masih kecil. Gambar di atas, budak comot masih lagi berumur 7 bulan! Garang kan muka budak comot tu? hehe....Uit, senyumla sikit. Senyum tu kan sedekah. Isyh3...:p

Owh ya. Waktu budak comot ni sedang bergambar dalam gmbr di atas ni, rasanya hidung budak comot tercedera sikit. Maklumla, suka sangat bergolek-golek atas katil, sampai terjatuh ke bawah dan accidently hidung budak comot terkena pada ubat nyamuk yg sedang enak berlingkar di bawah katil. Adus..

Emm, Ayah dan Ummi selalu sangat berjaga malam waktu budak comot ni masih kecil. Sebab, budak comot mengada-ngada. Pantang kena tinggal sikit, mulalah nak meraung. Wah! Kesian Ayah dan Ummi. Malu je kat jiran2 sebelah. :( Budak comot tak rasa bersalah pun, sebab dia tak tau apa2. Yang dia tau, menangis dan terus menangis.

Ayah dan Ummi kata, budak comot jadi macam tu sebab budak comot selalu sakit. Sawan. Kelam-kabut Ummi dan Ayah kalau tiba2 budak comot diserang penyakit tu. Anytime, anywhere. Kesian Ummi dan Ayah. :( Daripada cerita Ummi budak comot ni, saya dapat tahu bahawa budak comot pernah hampir2 cacat seumur hidup kerana penyakit yg dihidapi tu. Tapi Alhamdulillah, Allah lebih tahu apa yg nak ditetapkan ke atas setiap hamba-Nya. Budak comot selamat dan selamat membesar sbg seorang kanak2 yg sempurna fizikal dan mental.

Bila budak comot ni makin membesar, Ayah dan Ummi kata, budak comot suka belajar.Kenapa?

Nampak tu? hehe..Budak comot nih. Pandai ke membaca waktu umur hanya baru mencecah 8 bulan? Takpe2. Gaya mesti lebih!..:p

Masa makin berlalu. Budak comot pun makin membesar. Waktu budak comot makin membesar, Ayah dan Ummi suka latih budak comot pakai tudung. Sebab, menutup aurat adalah wajib bagi setiap Muslim,kan? Untuk apa pada kad pengenalan ada label "Islam" sebagai agama yg dianuti, namun kita tak amal? Ye idak? :) Lagipun, kalau nak melentur buluh,biarlah dari rebungnya. Ibu bapa adalah orang yg paling penting dalam mencorakkan hidup anak2, kan?


Waktu ni budak comot dah mula belajar mengenal erti kehidupan. Ayah dan Ummi banyak mengajar budak comot tentang agama, tentang kehidupan sekeliling budak comot. Budak comot sepatutnya bersyukur dan rasa bertuah, sebab Allah kurniakan budak comot ibu bapa yg baik. Andai budak comot ditakdirkan berada dalam keluarga yg tak elok pegangan agamanya, agak2 apalah jadi pada budak comot sekarang,kan? Syukur, Alhamdulillah.....

Masa berganti masa. Tahun berganti tahun. Sedar tak sedar, budak comot dah besar. Namun budak comot masih tetap budak comot. haha.

Waktu ni budak comot dah ada ramai adik. Owh, ada 5 orang adik bawah budak comot. Jadi budak comot dah sedar, yg beliau tak patut susahkan Ayah dan Ummi lagi, macam dulu2. Kesian Ayah dan Ummi. Takkan nak jaga budak comot sorang je. Gambar di atas ni, budak comot dah masuk sekolah rendah. Darjah 4 atau Darjah 5. Budak comot kata dia tak ingat waktu bila Ayah ambil gambar ni. :p Baby tu, adik bongsu budak comot. Dah besaq dah pun sekarang..:)

Lepas UPSR, budak comot dapat masuk asrama. Budak comot dah jauh dari family. Tapi budak comot jarang homesick. Mungkin budak comot dapat terima keadaan yg berjauhan dari keluarga tu? Kot? Mungkinla.. Budak comot belajar macam2 sepanjang hidup dengan kawan2 di sekolah menengah.

Akhir Form 2, Allah ambil kembali nyawa seseorang yg budak comot sayang. Yelah, kita semua tak akan selamanya hidup di dunia. Semuanya milik Allah. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Ayah kembali ke rahmatullah, saat budak comot ,Ummi dan adik-adik masih perlukan Ayah. Namun, budak comot, Ummi dan adik2 belajar redha dengan ketentuan Allah. Hidup mesti diteruskan!

Tapi...ada satu yg budak comot kesalkan. Budak comot tak pernah ucapkan "Ayah, kakak sayang Ayah" ataupun "Rindu Ayah". Budak comot jarang mintak maaf dengan Ayah. Juga dengan Ummi. Budak comot ni nakal. Selalu wat silap. Tapi budak comot ego. Ego yg terlampau.Kenapa ya?

"Ayah,mintak maaf"
"Ayah,kakak sayang Ayah"
"Ayah,kakak rindu Ayah"

Semua ucapan tu hanya terzahir hanya setelah Ayah pergi...

Budak comot terus hidup dalam kekesalan. Budak comot berjanji dengan diri sendiri, tak akan buat Ummi macam tu. Ayah dah pesan,jaga Ummi. Budak comot janji, akan pastikan ucapan maaf dan sayang akan pernah lahir dari bibirnya kpd Ummi. Tapi, kalau dapat dikira, rasanya ucapan sayang dan maaf tu banyak terzahir kpd org lain. Bukan kepada yg sepatutnya.
Maafkan budak comot ini, Ummi.



Alhamdulillah, budak comot berjaya menyambung pelajaran ke tempat yg baik untuknya setelah tamat peringkat menengah. Budak comot dah banyak belajar. Tapi budak comot yakin, dia harus lebih belajar. Belajar dan terus belajar. Bukan hanya bermain dan terus bermain.



Budak comot yg masih comot harap sangat agar dia mampu menjadikan kehidupannya lebih baik dan lebih cemerlang dari masa lalunya dahulu. Budak comot juga sgt berharap agar dia dapat membalas jasa Ummi dan arwah Ayah, yg dah banyak bersusah-payah demi membesarkan seorang budak comot.

"Maafkan kakak ,Ummi. Maafkan kakak, Ayah."

Sekian sahaja kisah seorang budak comot utk waktu ini.
Salam Perjuangan!


diari pengarang: Seseorang itu hanya akan betul2 dihargai stlh dia pergi, kan?....:(

Thursday, November 11, 2010

Mai belajaq AQIDAH sat~

Salam sejahtera buat semua.
Baiklah. Sudah2 la tu post entry yg mengarut-marut. Huhu..
Jom kita review sikit topik Aqidah nih..:)

Iman, Islam dan Ihsan!

*******************
Pengertian Iman serta Konsepnya

Iman dari segi bahasa membawa erti percaya.
Dalam konteks penghayatannya dlm kalangan umat Islam, iman
membawa maksud mengaku dengan lidah,
membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota.

Dalam erti kata lain bahwa seseorang yang mengaku dengan lidahnya
mengenai keesaan dan kekuasaan Allah,
mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan
segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan,
cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun iman.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang
bermaksud:

"Iman itu ialah bahwa kamu yakin dan;
percaya kepada Allah,
percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,
percaya kepada kitab-kitab-Nya,
percaya kepada rasul-rasul-Nya,
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya".

Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara
atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir.
Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman
dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.


*******************
Pengertian Islam dan Konsepnya

 Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera.
Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam ia bermaksud
menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah
dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan
oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam.
Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah
yang bermaksud:

"Islam itu adalah bahwa engkau bersaksi tiada Tuhan yang
layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah
pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat,
menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat
dan mengerjakan haji di Makkah jika berkemampuan."


*******************
Pengertian Ihsan dan Konsepnya

 Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah
hadisnya yang bermaksud:

"Ihsan adalah bahwa engkau menyembah Allah seolah-olah
kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya,
maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"

Hadis ini menjelaskan bahwa ihsan itu adalah tindakan seseorang
melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahwa
Allah sedang memerhatikan gerak-geriknya dan dia hanya
mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata.
Dalam arti kata lain bahwa semua amalan kebajikan yang dilakukan
adalah dengan penuh keikhlasan.


*******************
Intisari Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

 Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan,
maka suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan
ketiga-tiganya iaitu:

Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan
Allah
(iman) akan senantiasa tunduk menerima perintah Allah
dan patuh melaksanakan nya
(Islam) dengan penuh keikhlasan
tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia
(ihsan).

Gabung jalin antara keyakinan terhadap Allah,
kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan keikhlasan yang sepenuhnya
akan melahirkan insan yg teguh akidahnya.


*******************
Ciri2 Org Yg Sempurna Iman,Islam dan Ihsan

 Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat,
kitab-kitab suci Allah, para rasul, kehadiran Hari Akhirat dan
ketentuan baik dan buruk daripada Allah.

Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah
seperti solat lima waktu sehari semalam,
puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan
menunaikan haji di Makkah.

Senantiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan
dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran
daripada Allah semata-mata.


*******************
Sumber : Sila klik sini.

*esok nak exam baru wat nota?Jgn tiru aksi ini.huhu*


diari pengarang: Baca buku tapi macam tak ada input. Camne ni? Haisyh..T_T

Tuesday, November 9, 2010

Hanya Ilusi Cinta!

Anda pernah kecewa dengan cinta?
Tak pernah?
Ok. Saya pernah. Sebab cinta saya cinta palsu, bukan cinta hakiki.
Entah bila akan capai cinta hakiki..Wallhua'lam.

"Perlu lebih dekat dengan pemilik cinta hakiki itu!"

Saya terjumpa satu artikel ni (artikel ke?), tajuk dia:

"Selamat Tinggal 9 Fantasi Cinta"

Aduh. Bila baca sekilas lalu, memang terkena pada diri sendiri, yg selalu berfantasi walaupun tahu fantasi itu bukanlah realiti!..huhu..
Nak tau jugak ke?
ok. Sila skrol lagi tanpa jemu...:)

 "....Percayalah, andai dia yg terbaik buatmu,tak akan ada sesaat
pun dia menyakitimu. Oleh itu, hentikan semua ilusimu dan
berpeganglah pada satu prinsip yg pastinya akan membahagiakanmu!"

ILUSI 1
"Belum pernah ada lelaki lain yg menyayangi aku sebaik dia"
Lelaki yg bijak bermain kata2 sudah semestinya boleh menjadi
super duper baik! Dia melakukan semua perkara secara teratur, tanpa
sedikitpun kamu mengesyakinya. Jadi kamu harus katakan pd diri,
sebarang kebaikan yg dia lakukan bukan utk kamu, tapi untuk
kebaikannya semata-mata.
Pegang pd prinsip:
"Aku layak utk disayangi. Tentu ada yg lebih
menyayangi aku selain dia!"

ILUSI 2
"Si dia pasti boleh berubah jadi lebih baik"
Jgn pernah mimpi bhw kamu dpt mengubah seseorang.
Setiap org harus berubah dr dalam diri sendiri, bukan kerana org lain.
Memang bohong jk si dia beritahu bhw kamu dpt merubahnya!
Pegang pd prinsip:
"Aku tak akan tunggu terlalu lama sehingga dia berubah.
Waktuku
terlalu berharga utk dihabiskan dgn menunggu si dia!"

ILUSI 3
"Aku masih bahagia sekarang"
Dia masih baik mungkin utk sesaat ini shj. Esok/lusa belum terjamin.
Bagi kamu, selagi belum pernah dipukul, kamu masih boleh bertahan.
Tp ingat si dia pasti menyeksa mental kamu dan tak mustahil,
menyeksa fizikal kamu bila tak dapat apa yg diingini.
Pegang pd prinsip:
"Suatu masa nanti dia pasti menyakiti aku spt yg dah dilakukan
terhadap org lain sebelum ini."

ILUSI 4
"Pada masa akan datang, aku mungkin tak akan jumpa lelaki
sesempurna dia."
Kamu rasa dia memiliki segalanya yg kamu inginkan. Biarpun dia sering
menyakitimu, namun kerana apa yg dimilikinya membuatkan kamu kekal
setia dengannya. Kamu tak seharusnya rendah diri!
Kamu juga cukup sempurna untuk memiliki lelaki yg sempurna!
Pegang pd prinsip:
"Aku yakin aku boleh dpt yg lebih baik dari dia."

ILUSI 5
"Semua org perlu diberi peluang kedua"
Betul! Tapi kamu perlu kasihankan diri kamu! Kenapa mahu berkorban
dan menjerat diri? Kamu boleh beri peluang kedua dgn hanya berkawan
dan bukan menjalinkan kembali hubungan istimewa dgnnya.
(Nasihat saya: Kalau tak mampu, lupakan je dia!)
Pegang pd prinsip:
"Dia layak dpt peluang kedua, tp bukan dari aku!"

ILUSI 6
"Semua org ada kekurangan, begitu juga si dia"
Kalimat inilah yg sering memerangkap kamu dgn cinta lelaki buaya.
Tidak perlu terima kekurangan seseorang andai itu merugikan kamu.
Jangan menyusahkan diri sendiri.
Pegang pd prinsip:
"Lebih baik berpisah jk kekurangan itu menyakitkan hati!"
(Dari saya: ya, betul!Kalau merokok membahayakan kesihatan,
utk apa bercinta dgn perokok?Isyh.huhu~)

ILUSI 7
"Sekiranya dia bersama aku, pasti dia tak akan jahat mcm dulu"
Memang bagus andai kamu disayangi oleh si dia dan dia boleh ikut apa
yg kamu tetapkan untuknya. Namun jgn begitu yakin! Kalau dia mmg
jenis yg liar, bukan mudah utk menjinakkannya.Silap2 kamu
yg akan berterusan berkorban dan hasilnya, zero.
Pegang pd prinsip:
"Andai dia boleh sakiti hati org lain,kenapa tidak aku?"

ILUSI 8
"Kami dah berkongsi byk hal bersama, syg andai hubungan ini
berakhir begitu shj"
(Dari saya: Nonsense~..palsu.)
Jangan takut utk putus dgnnya, jgn takut rasa ragu kerana
kerugian kamu bakal semakin bertambah jk masih terus bertahan
dengan si dia!
Pegang pd prinsip:
"Pengorbanan aku cukup sampai di sini"
(Dari saya: Noktah!)

ILUSI 9
"Aku terlalu cintakan dia. Tak ada org lain yg boleh ganti tempat
dia andai kami berpisah"
(Dari saya: Macam pernah dgr ayat palsu nih.huh~)
Alasan ni memang sering kita dengar.Kamu belum cuba berkenalan dgn
org lain. Buka pintu hati seluas-luasnya. Dunia ni cukup luas utk
kamu terokai!
(Nasihat saya: Dekatkan diri dgn yg mencipta alam. Bercinta dgnnya,
pasti tenang!..^^)
Pegang pd prinsip:
"Aku masih muda. Masih banyak kesempatan utk terus
mencari."

(erk.terdesak ke?La tahzan, Allah bersama kita!)


Dah habis membaca? Okeh. Jom bukak buku, study!..hehe

*bercinta dgn buku!huhu*


diari pengarang: Asyik2 entry tentang cinta. Maafla kalau sy buat tekak anda jadi loya. Huhu~

Monday, November 8, 2010

Golongan Manakah Kita ?


Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada apa yg tinggal padanya kecuali orang-orang yg hina dan buruk yg tidak mengetahui yg makruf dan tidak menghindari kemungkaran.

-Hadis Riwayat Ahmad-

********************************
"Kak, ada eyeliner tak?"

"Ada. Liquid eyeliner ke?"

"Yups,"

"Ini dik," jawab akak tadi. Mesra.

Sambil-sambil usha liquid eyeliner yg baru dikenali tu, ada dua mamat lelaki berpakaian ala-ala ghotic + punk berkeliaran dalam kawasan kedai.

Ok. Ignore je lelaki-lelaki tersebut. Kawan-kawan akak tadi kot.
Saya masih ralit membelek-belek eyeliner. Hisyh. Macam-macam la alat solek zaman sekarang ni. Nasib baik saya bukan kaki make-up. Kalau tak mesti saya tau nama setiap satu barang solekan kat kedai tu. Kan?..huhu

Tiba-tiba..

"Allahuakbar!"
Uiks..suara siapa pulak, tetiba je bertakbir?

Sah.
Mamat Lelaki-lelaki itu.

"Allahuakbar! Tegakkan kebenaran! Tegakkan Islam!"

"Pale hotak ko. Nak tegakkan Islam konon. Dah la hidung bertindik."
Suara akak tadi kedengaran, menempelak semula perbuatan kawan-kawan lelakinya tadi.

Lepas tu?
Depa semua pakat gelak-gelak. Sakan.

Okeh.
Tak perlu jelaskan.
Saya faham semua tu, wahai abang-abang tak bermoral sekalian.
Saya tau la saya comel.
Eh, tak. Bukan tu..

Erm, jap.
Salah ke, pakai baju kurung, tudung besar sikit than tudung bawal biasa, nak usha kedai korang?
Isyh.
Rasanya PM dan bininya tak pernah pulak keluarkan syarat camtu.

Apa?
Nampak macam ustazah?
Heh. Nonsense.
Astaghfirullah...
********************************

Baik.
Lihat semula hadis riwayat Imam Ahmad tadi. Tak akan berlaku kiamat, sehingga Allah mengambil orang2 yg baik dan ahli agama?
Subhanallah!

Jadi..dalam golongan manakah saya berada? Dalam golongan manakah kita semua akan berada?
Adakah kita [saya dan pembaca] tergolong dalam senarai org2 yg baik dan juga ahli agama?
Adakah kita tergolong dalam golongan org2 yg hina dan buruk???
Nauzubillahiminzalik...

Kadang2, orang pandang kita macam ustazah. Macam agamawan. Tapi, kita tak pernah anggap kita layak. Ya, saya kata diri saya tak layak untuk menjadi seseorang yg mengajak kepada ma'ruf. Astaghfirullah...:(

Ramai yg selalu ingatkan..manusia ini adalah khalifah di atas muka bumi.
Jadi, tak mustahil kita boleh menjadi seorang yg baik, dan menjadikan seseorang itu baik!
Apa-apapun, setiap apa yg kita lakukan di dunia ni perlulah berteraskan kepada wahyu Allah serta sunnah Rasulullah sebagai panduan paling utama..

Moga diri ini tidak lagi berputus asa untuk terus kuat dlm menghadapi hidup yg cacamarba ni..
Aminn!


diari pengarang: Sape nak eyeliner ni? Malas pulak nak guna. Leceh. cepat2! For free!..huhu~

Wednesday, November 3, 2010

PENGUMUMAN :Nak Tukar Link!

Boleh kan?
Masih lagi dalam pertimbangan..Baru nak war2 kan ni..Jadi, pada rakan2 bloggers yang sudah dengan baik hatinya me"link"kan my blog adress dlm blog anda, boleh la tukar link tersebut nanti, ok?..:)

Kemungkinan besar, link baru ni akan digunakan mulai esok, [3/11/2010] InsyaAllah..

http://www.bintunsazali.blogspot.com

************************************

Alhamdulillah, kertas Bahasa Arab dah lepas!
Tunggu sahaja natijahnya..huhu..

Bosan.
Kenapa tak study?
Lama lagi nak sampai ke paper seterusnya.
Huhh?

MALAS
Modal bagi org yg bertangguh!
Pastu, bila dah dapat bad luck, baru nak menyesal.
[Menyesal - Six Sense]

************************************
Kenapa ek, gambar bahagia si dia berbaju biru, bersama seorang gadis berbaju biru, boleh muncul dalam kertas Bahasa Arab tadi??

Huhhh~
Nasib baik mood nak jawab soalan tak hilang tiba2...grr~

p/s: Tu la..siapa suruh gatal2 nak tengok fb dia semalam?
PADAN MUKA kau Nadiah.huhu..


************************************
tiba2 terpikat kat shinbi comel ni..^^



diari pengarang: Suka ati kamu la nak kata sy psiko ke, sakit jiwa ke, dsbg ke...cz I like the way I am..huhh~

LinkWithin

Lazada Malaysia