Sunday, February 27, 2011

Photogenic vs Photogedix ??

Alhamdulillah.

Hari ni muncul kembali semangat utk menaip. Maklumla. Kalau dah malas tuh, banyak sangat alasan. Itulah, inilah. Tak relevan langsung. Cehh ~

Okeh, biasa tak tengok pic2 yg sangat2 lawa, dlm fb ke, blog ke, kat mana2 lah. Dan yg pasti, pic tu sebenarnya dpt dikesan, sama ada betul2 lawa ke, atau konon2 lawa. Hah, mesti biasa kan? Mesti pernah punya. Tak pernah? Eleh. Nak tipu la tuu..;p

Baiklah. Hari ini, saya, seorang stalker tegar (alamak, pengakuan!) gadis2 Melayu -bukan Gadis Melayu TV9 tu ok- ingin membebel tentang perkara ini. Sebelum tu, tau tak pe maksud fotogenik nih? For sure la, nampak cantik di dalam gambar. Ye idak?

Kadang2 ada org (yg saya perhatikan) muka dy biasa2 je sebenarnya, tapi bila dalam gambar, fuhhh...Meletup! Cun habis! Kagum tak dengan org yg camtu? Kagum? Ok. Sy biasa2 je. =.=

Geli hati sebenarnya. Kadang2, eh bukan2, Selalunya, orang (terutama gadis2) akan sedaya-upaya menyembunyikan segala kecacatan pd muka (dan juga badan, I mean, saiz bdn) utk nampak sangat cantik dalam gambar. Yelah, siapa yg tak suka cantik. Kan? Tahniah la kepada siapa yg selalunya berjaya menyembunyikan segala kecacatan tuh.

In fact, semua makhluk Allah itu cantik! tapi kenapa ye pandangan mata kita selalu menilai yg salah? Ah, diri ini sahaja selalu melabel, org ni cantik, org ni hodoh. Kenapa? Tak sempurnakah ciptaan Allah pd mata kita? Astaghfirullah :(

Emm, dan..Banyak sebenarnya perkara yg menjadi tanda tnya bila sy belek2 pic certain gadis nih. Comel, cantik, ayu, seksi. Wahh. Camna la depa boleh jadi camtu eh? Keterujaan saya utk menyiasat jawapan kpd persoalan ni, membuatkan sy sentiasa memegang kamera dan bersiap sedia utk mengambil gambar insan2 terpilih ini. Hasilnya? Owh, rupanya biasa2 je muka kamu kalau kamu tak pose ala2 gedik santai, seksi-meksi, dan sebagainya. Hanya itu.

Kami yg curious ini juga telah melakukan banyak "ujikaji fotogenik" terhadap diri dan org sekeliling, especially sewaktu di dalam kelas. Owh, jgn tak tahu, ini juga merupakan salah satu cara utk menghilangkan kebosanan dan mengurangkan perasaan mengantuk di dalam kelas! ;p

Fotogenik dan fotogedik. Wahh, jauh sekali bezanya. Kan? Fotogenik, if kite wat candid snap pun, muka org tu tetap encem, tetap lawa. Plus, org2 fotogenik ni biasanya dy cantik kat dlm dan luar gambar! Yg ni sy memang kagum. :) Tapi fotogedik, owh, kita semua tahu la kan camna. Tak perlu describe lagi, sbb sy dah describe kat previous paragraph. Jelas, terang tanpa perlu disuluh, kan?

Kasut ni fotogenik, kan? Comel jer. ;p

Kalau nak jadi fotogenik, jadilah macam kasut nih. Kat mana2 pun, mengekalkan sifat2 dirinya yg asli. Tetap cantik walau dlm apa jua keadaan. Tak perlu terliuk lentok, terbaring sakan utk dapatkan hasil gambar yg memuaskan. Ops, tapi sy faham. Itu hanya kasut. Kan? Maka, jadilah manusia yg biasa2. Tak perlu berlebih-lebih.

Dan tak perlu lah upload gambar kat alam maya ni banyak2. Bahaya. Memudaratkan diri sendiri jer. Lagipun, sy teringat sebaris kata2 dalam Majalah Anis, "utk apa kita pamerkan segalanya, sedangkan suami kita pun perlu membayar mahar yg tinggi utk memiliki apa yg ada pd kita?"

Betui dak? Tak ke sia2 suami kamu dapat benda murahan?
Okeh, fikir2 lah sendiri.
Mohon maaf andai terkhilaf~


Okeh, ini sah2 bukan fotogenik.



diari pengarang :

Penat sungguh duk bergambaq ja sepanjang hari nih. Huhh =.="


Saturday, February 19, 2011

Hanya kerana Allah!

Bismillah..


Nak mulakan apa2 seeloknya dengan lafaz basmalah. Nak lakukan apa2 seeloknya dahulukan dengan lafaz basmalah. Sebab apa? Supaya mendapat keredhaan Allah! :)

Lagipun tak salah jika kita biasakan diri kita, lisan kita utk berzikir, membasahkan bibir dengan nama2 Allah dan kalimah2nya. Berbanding daripada membasahkan bibir dengan air2 dosa, kata2 mazmumah, umpat, keji dan yg sewaktu dengannya. Kan?

Susah betul nak update blog sekarang ni. Ilham tak kunjung tiba la. Mungkin sebab tak banyak membaca, atau tak buka hati utk terima ilmu daripada alam dan sekeliling.
Sedih2. :(

Alhamdulillah, td sempat tonton kuliah Ustaz Kazim. Sengaja saya pilih video tu utk ditayangkan kpd yg hadir ke Balai Islam institut kami. Sebab diri ni sedang mencari jawapan atas kekeliruan ttg makna "kerana Allah" dalam sesuatu perkara.

Ukhwah kerana Allah. Bersahabat kerana Allah. Tuntut ilmu kerana Allah. Bekerja kerana Allah. Makan, minum, tidur, semuanya perlu dilakukan kerana Allah. Tapi camne nak tahu apa yg kita lakukan tu adalah kerana Allah? Selalu sy tanyakan soalan ni kpd diri sendiri. Ya, hanya kpd diri sendiri.

Dan mungkin sy dapat jawapannya hari ini. Sebelum tu, nak share ni. Tanda2 kesempurnaan iman dalam diri seseorang. Selalu kita dengar semua ni. Aplikasi je yg payah. Kan? huhu. Maaf, sy pantulkan soalan ni kpd diri sy sendiri shj. Diri yg byk khilaf.

Tanda2 Kesempurnaan Iman dlm Diri Seseorang :


1. Sayang kerana Allah

Dia sayangkan seseorang hanya kerana Allah. Bukan berkawan dengan seseorang tu atas sebab nak harta, nak kedudukan, atau nak ganjaran/kelebihan. Tapi berkawan atas dasar 'kerana Allah'. Ya, org yg berkawan atas dasar 'kerana Allah' ni, dy tak tahu kenapa dy berkawan dgn seseorang tu dgn cukup rapat, dan sayang sgt sahabatnya tu.

Skop sayang ni luas tau. Bukan hanya dalam persahabatan. Atau bukan hanya ttg hubungan manusia dgn manusia. Tp merangkumi juga hubungan manusia dgn alam, manusia dgn pencipta. :)


2. Benci kerana Allah

Benci juga kerana Allah. Pernah dengar tak, apabila kita benci sesuatu kemungkaran yg kita sendiri lakukan, bermakna waktu tu Allah mencintai kita! Sebabnya,tempat pertama seseorang akan terima sentuhan cinta adalah pada HATI.

Di situ, Allah akan melenyapkan segala rasa putus asa, segala rasa kesedihan yg ada pada diri kita akibat dari dosa2 yg kita lakukan tu. kemudian Allah akan gantikan dengan harapan dan keinginan dalam diri utk berubah menjadi insan bersih. Insan yg lebih baik. Mudah2an!


3. Memberi kerana Allah

Contoh paling mudah, sedekah. Kita ikhlas dalam memberi dan tak ungkit2 semula pemberian kita. Kalau dah mengungkit tu, bukan ikhlas le tu...Kan? huhu.


4. Tak memberi kerana Allah

Yang ini pulak, sy baru tahu. Tak memberi pun ada niat 'kerana Allah' jugak. Contoh yg mudah utk kita faham adalah, memberi sedekah kepada peminta sedekah.

Kalau kita tahu peminta sedekah tu seorang kaki botol, atau pencuri, dll yg sebagainya, utk apa kita beri sedekah kpd dia? Tak ke sia2 tu? Silap2 kita pulak jadi pemangkin kpd dia utk lakukan kemungkaran. Isyh. Nauzubillah.


Nah, seronok kan? :)
Ilmu itu cahaya. Dan cahaya itu tak akan masuk ke dalam hati-hati org yg melakukan maksiat. Astaghfirullah.....

Dah hadam dah pelajaran dan pengajaran hari ini? Ceh. ;p
Emm, mungkin ramai juga yg seperti saya, keliru dan tak faham tentang apa yg kita katakan "kerana Allah" tu. Ataupun sy seorang shj yg tak faham? Entahlah. Apa yg penting sekarang, sy dah berkongsi.

"Sharing is caring, but sometimes suffering!"
Ini kawan saya yg cakap. :)


Semoga mendapat manfaat dari post kali ni. May Allah bless u all! :)





diari pengarang :

Entah kenapa rasa mcm skema sgt. Adakah sy sudah berubah? Laras bahasa kesopanan semakin muncul! :) haha. Sorry. sy koya~

Tuesday, February 15, 2011

Bila haiwan lebih berakal dari manusia~

Haiwan berakal? Eh, mana ada haiwan berakal. Depa hanya ada otak, namun tak dikurniakan akal. Kan? Itu secara teorinya. Namun kalau kita tengok keadaan umat manusia zaman sekarang, fuhh. Lebih teruk dari binatang!

Benarlah sabda Rasulullah pada suatu waktu dahulu, diriwayatkan oleh Muslim :

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."

Betul kan sabda Rasulullah? Betullah. Nabi Muhammad tak akan cakap apa2 melainkan atas ilham dan wahyu yg dikurniakan oleh Allah SWT kepada baginda. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui! Kalau tak, tak mungkinlah Nabi Muhammad akan bersabda seperti itu.

Kenapa himar? Kenapa nak samakan manusia dengan binatang? Tak perlu saya nyatakan jawapannya di sini. Cukup dengan pemerhatian kita semua terhadap org2 di sekeliling kita. Kalau sentuh bab maksiat, MasyaAllah. Memang banyak contoh utk diterangkan sbg makna perumpamaan manusia dengan binatang ni.

"Hari tu org pi pantai tau. Pastu nampak dua org nih, laki pompuan mandi sama2 dlm pantai. Kejap2 peluk2. Kejap pusing depan, kejap belakang. Usap2 rambut. Eee..Nauzubillah! Tak larat mata ni nak memandangnya! " Cerita seorang sahabat baru2 nih.

Astaghfirullah. Perbuatan zina dah toksah cakap dah. Banyak sangat sampai org tak cukup mulut nak cerita. Sampai boleh jadi mengumpat mengata. Tengok? Tambah dosa org lain pulak dah. Bersetubuh depan khalayak, khalwat beramai-ramai. Haisyh. Apa nak jadi???

Dah la manusia zaman sekarang, termasuk yg sedang menaip ni pun, tergolong dalam kategori manusia yg hanya memiliki selemah-lemah iman, hanya mampu cegah maksiat dan kemungkaran di dalam hati. Tapi pasti ke? Kalau tetap tak mampu?? Mana perginya iman kita? Kalau paling lemah pun mampu cegah dalam hati, kalau tak mampu cegah??? Astghfirullah. :(

Benci sangat2 bila cakap pasal nih. Sebab bimbang terjerumus. terjerumus semula. :(

Orang selalu kata, kalau Allah tarik kita dari keseronokan dunia, keluarkan kita dari kelalaian dunia, that's mean Allah sayangkan kita! Bersyukurlah andai kalian merupakan insan2 itu. Namun memang hidup ini ada pasang surutnya. Dan bergantung kepada kita utk terus berada di jalan yg mana. Jalan yg pasti membawa kpd redha Allah? Atau jalan yg pasti membawa kita kpd kemungkaran-Nya?

Emo sangat ke? Maaf. Sekadar luahan rasaku~






diari pengarang :

Ahh. Sy memang hanya pandai menulis dan tak pandai mengaplikasi.


Saturday, February 12, 2011

Akukah Pelacur Cinta?

"Aku harap aku dapat pasangan yg baik, yg memahami aku, yg sayang dan setia pd aku. Emm, bf aku ada ciri2 tu. Mungkin dy kot jodoh aku yg sebenar-benarnya, "

Wahhh. Mudahnya kau membuat tanggapan. Tak semudah itu sayangku!! Mengharap, mencipta angan2 dan impian, memang sangat mudah. Tapi hakikatnya??

Perempuan : Mudah sangat tenggelam dalam pujuk rayu dan janji manis lelaki.

Ada yg ingin membantah? Sila angkat tangan anda. Owh, sy sbg perempuan memang mahu membantah. Tapi apalah daya saya. Kerana ini adalah kebenaran. Jika menegakkan benang yg basah, tak selamanya benang itu akan berdiri tegak. Atau mungkin benang itu akan selamanya tidak menjadi lurus dek kerana sifat basahnya itu?

Ya, mungkin tak semua perempuan mudah termakan dengan janji manis dan pujuk rayu lelaki. Tapi setakat mana peratusannya? Lihat sahaja dunia sekarang. Ah, tak perlu jauh. Lihat saja pd diri kalian sendiri. Maaf. Lihat sahaja diri saya sendiri. Sehingga kini tak bertemu jalan yg lurus dan masih termangu-mangu mencari haluan di atas jalan yg terang tetapi buntu.

Mungkinkah kita ini adalah seorang pelacur cinta? Seorang yg sanggup menyerahkan segalanya, atas dasar cinta? Demi perasaan kasih, sayang dan rindu? Itukah?? Tak mustahil, tak mustahil ada yg telah menjadi pelacur cinta tanpa sedar. Astaghfirullah.


Cinta. Memang fitrah seorang manusia butuh cinta. Memang wujud dalam naluri manusia perasaan cinta. Ingin mengasihi dan ingin dikasihi. Lebih2 lagi pada wanita. Kerana wanita hatinya mungkin sekeras batu, namun jiwanya selembut kapas, sehalus tisu. Mudah sahaja berubah sifat andai dicurahkan air ke atasnya.

Namun, terfikirkah kalian apa itu cinta yg halal? Terfikirkah saya, apa cinta yg bisa membawa kita ke syurga Illahi? Tak takutkah bila mengenang cinta yg mencetuskan dosa, yg bisa menghantar kita ke neraka-Nya?? Astaghfirullah. :(

"Cinta, adalah satu rasa yg telah dianugerahkan oleh Allah kpd manusia, agar cinta itu membuahkan kecintaan kpd sesiapa shj. Dengan adanya cinta maka wujudlah kecintaan nabi kpd umatnya. Dengan adanya cinta, wujudlah kecintaan ibu kpd anknya. Dengan adanya cinta, maka wujudlah pencinta dan yg dicintai. Dengan adanya cinta maka lahirlah perkongsian dalam rumah tangga."

- A. Ubaidillah Alias, Kompas Cinta -


Subhanallah. Cinta itu anugerah. Namun sebagus manakah kita menikmati anugerah Allah yg satu ini? Seelok manakah kita mengawal diri utk tidak salah menggunakannya? Dan kamu. Sampai bila ingin membiarkan dirimu sewenang-wenangnya menyalah guna nikmat Allah yg sangat indah ini? Jadilah org yg adil. Yg meletakkan sesuatu pd tempatnya. Bukan terus memilih jalan yg buntu, yg sentiasa penuh dengan kegelapan....


Maaf andai menyinggung. Sekadar peringatan buat diri yg menulis.
Wallahua'lam~




diari pengarang : Sesungguhnya daku benci rasa ini. :'(


Monday, February 7, 2011

Away~

Okeh, tak mampu nak membebel panjang2.

Sy mungkin tak akan ada di alam ilusi ni dlm tempoh seminggu. Kalau umur tak panjang, mungkin selamanya? huhu

So, don't miss me okeh?
Euww..perasan la ko nih.

Eh, sori ye semua.
Jg diri molek deh. :)

Study sungguh2!

adios~





diari pengarang :

Weyh. Macam la org nak jenguk page ko nih. Ko takde pun org tak kesah ok? Sekian. hee~


Thursday, February 3, 2011

Ah, kau memang dah tua!

Ketika umur masih belasan tahun dulu ( owh, sedar diri dah tua rupanya.huhu ), selalu je terfikir kata2 senior ni :

" Bila umoq kita dah cecah 21, masa tu segala sifat kita, sikap kita, itulah yg akan diwarisi kepada anak2 kita nanti"

Wah. Advance tak? Sebab dah fikir nasib anak2. huhu. Eh tapi tak salah kan? Penting nih. Emm, sy tak sure la setakat mana kebenaran dan kepastian serta kemenjadian kata2 senior sy tu. Tapi risau la jugak an. Nak ke anak2 kome tiru sikap suka bangun lewat kome? Nak ke anak2 angpa nanti jadi org yg suka lawan cakap mak ayah? Tak mau kan? Macam tu jugak saya. Macam tu jugak kamu semua. Ya, dan macam tu la sebenarnya impian dan harapan mak ayah kita. Kan?

Entah bila la nak berubah. Sekarang, umur belasan dah terpaksa ditinggalkan. Selamat datang angka DUA! dan selamat datang juga dunia yg penuh cobaan, dugaan dan cabaran..=.=

Makin meningkat umur, makin banyak tanggungjawab. Makin banyak keputusan perlu dibuat. Zaman semakin berubah. Umur pun semakin bertambah. Sepatutnya kemajuan yg kita cipta dari hari ke hari. Bukan mencipta kerosakan, bukan mengumpul kelalaian, bukan memerap kemalasan! T_T

Ye, dan saya selalu jugak dengar kata2 ini :

"Bila tiba hari lahir, jangan suka sangat. Sebab hari lahir kita mungkin akan jadi hari kita kembali kepada-Nya"

Who knows, right? :(

Ibn Mas'ud pernah berkata,

Perkara yg paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah.

Okeh. Sy setuju. Memang, umur je meningkat. Tapi amalan? Tahap yg sama jugak. Lowest level. Malah makin teruk. Makin lagha. Makin lalai.

Okeh2. Tukar mo0d sat. Sedih la sedih2 ni. :(

Emm, pernah tak korang dengar camni. Sewaktu hari ulangtahun kelahiran kita, sepatutnya kita yg memberi hadiah kepada org yg melahirkan kita. Bukan org lain yg beri hadiah pada kita. Siapa yg melahirkan kita tu? Of course la UMMI, IBU, MAMA, MAK, dll yg sewaktu dan sejantina dengannya. Bukan AYAH, FATHER, WALID, ataupun DADDY. Kan? :)

Sy belum pernah lagi aplikasikan bnda ni. Tapi InsyaAllah, akan sy cuba!

Kadang2 ibu dan ayah kita tak harap pun balasan atau ganjaran berupa material. Paling penting ialah kita kenang jasa mereka. Kita balas pengorbanan mereka. Kita doakan mereka. Itupun masih belum tentu terbalas lagi. Sebab pengorbanan yg depa lakukan terhadap kita terlalu besar, tak dapat nak dikira. Kan? Subhanallah.

Terima kasih yg tak terhingga Ya Allah, sbb sehingga kini aku masih boleh menghirup udara ciptaan-Mu. Masih boleh membuka mata melihat keindahan dan keagungan-Mu. Masih boleh mendengar ayat2 suci-Mu. Masih boleh beribadah kepada-Mu. Jadikanlah aku org2 yg dipelihara di bawah lembayung rahmat dan belas kasihan-Mu. Panjangkanlah umurku dalam keberkatan-Mu Ya Rabbi...Amin Ya Rabbal 'Alaminn.....~






diari pengarang :

Betul kan? Hidup umpama roda. Allah Maha Adil, sebab tak jadikan kita selamanya dalam keadaan yg selalu senang, dan tak selamanya selalu susah. MasyaAllah! :)


Wednesday, February 2, 2011

Wanita : Gaza vs Malaysia

"Ni kenapa pakai tudung labuh-labuh ni?" soal Datin T dengan tegas.

Senyap. Pelajar itu malas hendak berkata apa-apa.

"Lain kali awak tak payah la pakai tudung macam ni. Pakai yg pendek2 je. Rimas sy tengok." sambung Datin T lagi setelah tidak mendapat apa2 respon, melainkan respon dari org sekeliling yg memandang dia dan pelajar itu dengan rasa hairan yg membuak-buak.

Okeh. Ini salah satu kes benar yg dah berlaku. Anda? Ada tak cerita2 yg begini? Lihatlah. Hak kita utk mengamalkan cara hidup Islam sahaja telah ditegah oleh pemimpin sendiri. Owh ya. Saya patut nyatakan di sini, ditegah oleh pemimpin yg beragama ISLAM sendiri.

Apakah ISLAM pd pandangan mereka? Di mana ISLAM dalam hidup mereka? Untuk apa ISLAM pada diri mereka?


Baiklah. Mungkin pelaksanaan gaya hidup Islam dalam diri saya sendiri pun belum lagi mencapai tahap holistik, tahap menyeluruh. Tapi sebagai seorang Islam, tak kesal ke bila hak sbg org Islam dinafikan dalam negara sendiri? Tak sedih ke bila Islam itu hanya pada nama? Tak gerun ke kalau negara lain duk kata, nama je negara Islam, tp org2 besarnya bila adakan lawatan ke negara Islam yg lain, tak bertudung? Ops. Kasar sangat ke? Sorry.

Kat Malaysia ni, banyak sangat tempat-tempat kerja yg menetapkan syarat, "Tidak Boleh Bertudung", "Tak Boleh Solat" kalau nak kerja kat situ. Ok fine. Mungkin majikannya non-Muslim. Weyh, kome tuh..tak sedar ke, ini negara Islam. So, we have our own right meh!

Dah jadi satu hal pulak, bila perkara2 macam tu muda-mudi kita jadikan alasan utk tak pakai tudung, utk tak solat Jumaat, utk tak solat lima waktu.

"Ala, takpe. Boleh qada' kan solat tu? Lagipun aku cube cari rezeki yg halal"

Woiyt. Qada' solat tu hanya utk beberapa keadaan je okeh. Berbalik kepada isu Gaza.
(Eh sori la yer. Emo, dah membebel banyak sal mende lain pulak.)

Sebenarnya tergerak nak post entri ni sebab hari tu Cikgu Azman ada cerita ttg buku "Cinta di Langit Gaza" kalau tak silap. Sahabat sy nak pinjam. Tapi tak tau la dah dapat pinjam ke belum. Teringin juga nak baca. Tapi buku pelajaran pon tak terbukak-bukak. Nak baca buku lain? Emm, kena beratur dulu la jawabnya. Sob3.

Nak tengok tak review tentang buku tu? Saya baru je surf kat internet. Klik la SINI ye. Kat situ ada la serba sedikit diceritakan tentang kandungan buku nih.

Paling saya teruja, bila Cikgu Azman ceritakan ttg Muslimat di Malaysia dan Muslimat di Gaza. Hey, muslimat di Gaza takde masa nak bergosip. Takde masa nak jalan berlenggang-kangkung macam itik pulang petang nak pi pasar. Takde masa nak soksek soksek potpet potpet tentang rumahtangga org lain, cerita dalam kelambu org lain. Huh. Memang berbeza lah kita dengan mereka, kan?

Kalau kome tengok an, ada cerita bab poligami kat situ. Wah. Wanita Gaza tak heran dengan poligami. Kenapa? Sebab depa tau, dengan berkahwin, mereka dapat melahirkan zuriat. Dan zuriat mereka itulah sbg saham utk mereka ke syurga. Subhanallah. Apabila suami2 mereka gugur syahid, maka akan diaturkan satu proses utk menyunting balu para syuhada ini utk dijadikan sbg isteri.

Anak2 yg lahir dari rahim mereka dibenarkan untuk turut sama berperang, berjuang mempertahankan tanah air, mempertahankan bumi Baitul Maqdis yg tercinta. Betapa bersemangatnya mereka, seperti kisah2 yg kita sering baca dan dengar pada zaman2 anbiya' dan salafussoleh terdahulu. Kita?

Sami'na wa ato'na ? Kami patuh dan kami taat? Entah bila keberanian itu akan muncul. Entah bila sifat al-Wahan akan terhakis. Entah bila?




diari pengarang :

Memang bersemangat! tapi mungkinkah semangat ini hanya utk seminit dua? Atau boleh kekal utk sepanjang hayat kita? Wallahua'lam... :(


Tuesday, February 1, 2011

Kita Selamat. Mereka?

Sejak dua tiga hari ni, kecoh berita tentang pemberontakan yg berlaku di Mesir sana. Kecoh ke? Rasanya ramai yg buat2 pekak mata dan buta telinga. Eh, salah ea? Betulkan sendiri la ye. Sebenarnya ramai yg tak tahu tentang isu semasa ni.

Kebanyakan yg tahu ialah mereka2 yg memiliki ahli keluarga yg berada di Mesir, mempunyai rakan2 dan sahabat-handai di Mesir, serta org2 yg suka membelek akhbar dan mendengar berita melalui corong2 radio mahupun televisyen.

Isu semasa Malaysia sekarang :
  • Banjir di selatan
  • Pilihanraya di selatan (Tenang, Segamat)
  • PM korang pi Abu Dhabi. [eh. isu semasa ke nih? Tah.]

Itu je yg korang tau? Mesti tau lagi banyak an? Saya je yg tak tau. Sebab jarang dengar berita. Ada internet pun, asyik guna utk benda2 yg tak berfaedah. Apelah kau nih. Huh. =.='

Serius, sy memang tak ambil tahu pun berita ttg pemberontakan dan rusuhan yg berlaku kat Mesir tuh. Sehingga la sy balik kg utk cuti CNY nih. Sesungguhnya saya tak percaya, sebab abang ada kat sana. Risau jugak sebenarnya. Tapi setakat ni berita yg Ummi dapat dari abg, abg kata dia takde pape. InsyaAllah, bilkhair.

Tadi saya ambil kesempatan merayau-rayau dalam alam maya, dan terjumpa satu pesanan ringkas nih :

If you know anyone in Egypt, please pass this on to them
.
To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses:

Twitter ”128.242.240.52”
Fb ”69.63.189.34”
Google ”172.14.204.99”.

A French ISP offers free dial up internet access ~ +33 1 72 89 01 50
Login password: toto.

Please pass this on and share.

Saya tak tahu sumber aslinya datang dari mana. Dan saya tak tahu adakah benda ni boleh dipercayai? Atau hanya sekadar mesej berantai yg kosong tiada isi? Wallahua'lam. Nak sebarkan pada abg pun, tah bila abang boleh online.

Talian internet, talifon, semua dah disekat. Sekejap2 je boleh connect dan berhubung dgn dunia luar. Had masa utk keluar dari rumah pun dah dikawal ketat. Kalau salah masa keluar, takut pulak kena tembak. Gas pemedih mata? Tengok berita tak? Ada pelajar Malaysia yg dah terkena. Hmm..Teruknya. Kan? Hakikatnya, kita selamat dan terjamin selamat. Tapi mereka?

Nak keluar dari Mesir, airport semua dah tutup. Nak pindah ke negara sebelah / berhampiran, entah bila? Dengar2 ada bantuan dari Malaysia nak dtg, angkut depa? Ea? Macam mustahil. Sebab rakyat Malaysia kata sana dekat 11 ribu sayang oii. Larat ke?

"Kami sedang memikirkan cara yg terbaik utk memastikan keselamatan 11 ribu rakyat Malaysia yg berada di sana."

Cakap memang senang. Jangan tak laksanakan tau, sebab harapan semua org terletak di bahu kamu. Bahu kalian. Kami? Hanya mampu berdoa. Semoga kalian semua selamat di bawah lindungan rahmat dan belas kasihan-Nya..Aminn~





diari pengarang :

Dengar2 puak biru dah menang. Ape lagi. Laksanakan manifesto segera. Jgn cakap je lebih. Sekian, TQ.

***Eh, beraninya kau cakap kat sini. PM,jgn baca eh. Thankz!


LinkWithin