Saturday, February 12, 2011

Akukah Pelacur Cinta?

"Aku harap aku dapat pasangan yg baik, yg memahami aku, yg sayang dan setia pd aku. Emm, bf aku ada ciri2 tu. Mungkin dy kot jodoh aku yg sebenar-benarnya, "

Wahhh. Mudahnya kau membuat tanggapan. Tak semudah itu sayangku!! Mengharap, mencipta angan2 dan impian, memang sangat mudah. Tapi hakikatnya??

Perempuan : Mudah sangat tenggelam dalam pujuk rayu dan janji manis lelaki.

Ada yg ingin membantah? Sila angkat tangan anda. Owh, sy sbg perempuan memang mahu membantah. Tapi apalah daya saya. Kerana ini adalah kebenaran. Jika menegakkan benang yg basah, tak selamanya benang itu akan berdiri tegak. Atau mungkin benang itu akan selamanya tidak menjadi lurus dek kerana sifat basahnya itu?

Ya, mungkin tak semua perempuan mudah termakan dengan janji manis dan pujuk rayu lelaki. Tapi setakat mana peratusannya? Lihat sahaja dunia sekarang. Ah, tak perlu jauh. Lihat saja pd diri kalian sendiri. Maaf. Lihat sahaja diri saya sendiri. Sehingga kini tak bertemu jalan yg lurus dan masih termangu-mangu mencari haluan di atas jalan yg terang tetapi buntu.

Mungkinkah kita ini adalah seorang pelacur cinta? Seorang yg sanggup menyerahkan segalanya, atas dasar cinta? Demi perasaan kasih, sayang dan rindu? Itukah?? Tak mustahil, tak mustahil ada yg telah menjadi pelacur cinta tanpa sedar. Astaghfirullah.


Cinta. Memang fitrah seorang manusia butuh cinta. Memang wujud dalam naluri manusia perasaan cinta. Ingin mengasihi dan ingin dikasihi. Lebih2 lagi pada wanita. Kerana wanita hatinya mungkin sekeras batu, namun jiwanya selembut kapas, sehalus tisu. Mudah sahaja berubah sifat andai dicurahkan air ke atasnya.

Namun, terfikirkah kalian apa itu cinta yg halal? Terfikirkah saya, apa cinta yg bisa membawa kita ke syurga Illahi? Tak takutkah bila mengenang cinta yg mencetuskan dosa, yg bisa menghantar kita ke neraka-Nya?? Astaghfirullah. :(

"Cinta, adalah satu rasa yg telah dianugerahkan oleh Allah kpd manusia, agar cinta itu membuahkan kecintaan kpd sesiapa shj. Dengan adanya cinta maka wujudlah kecintaan nabi kpd umatnya. Dengan adanya cinta, wujudlah kecintaan ibu kpd anknya. Dengan adanya cinta, maka wujudlah pencinta dan yg dicintai. Dengan adanya cinta maka lahirlah perkongsian dalam rumah tangga."

- A. Ubaidillah Alias, Kompas Cinta -


Subhanallah. Cinta itu anugerah. Namun sebagus manakah kita menikmati anugerah Allah yg satu ini? Seelok manakah kita mengawal diri utk tidak salah menggunakannya? Dan kamu. Sampai bila ingin membiarkan dirimu sewenang-wenangnya menyalah guna nikmat Allah yg sangat indah ini? Jadilah org yg adil. Yg meletakkan sesuatu pd tempatnya. Bukan terus memilih jalan yg buntu, yg sentiasa penuh dengan kegelapan....


Maaf andai menyinggung. Sekadar peringatan buat diri yg menulis.
Wallahua'lam~




diari pengarang : Sesungguhnya daku benci rasa ini. :'(


16 comments:

nelly said...

nelly tak bantah fakta yang mengatakan perempuan cepat lembut dengan pujuk rayu ! sama pula !!

Solihin Zubir said...

uhuk2...
sy perlukan cinta..
sy perlukan cinta Illahi...

Bintun Sazali said...

nelly >

kenyataan, takleh nk wt pe..tp kita masih pertahnkan pendirian kita! jgn lemah, msti tegas!! :)

nelly said...

yup ..terima kasih .hehehe

Bintun Sazali said...

cik Lihin >


semua org pun butuh cinta Illahi..mudah2an kita sdg menuju ke arah itu!

nama.aku.lynn said...

nad!sgt stuju dengan entry ini.nice3.

Bintun Sazali said...

lynn >

syukran..sekadar luahan rasa..

miftahun najah said...

aku tak nak jadi pelacur CINTA...
aku ingin mahar yg mahal!
semahal keimanan yg tulus kepada ALLAH..
>>>semoga kita dikurniakan seorang muslim mukmin yg bersemangat mujahid..<<<<

miftahun najah said...
This comment has been removed by the author.
Along Tapa said...

tula..mulut manis memang selalu dikaitkan dengan jantan..tapi aku tak faham kenapa blame tu hanya diletakkan pada jantan..kan??

Gorengbaek - Peribahasa kita...patut ke tak kita tukor?

Hangit Habis dah - Kalo lebih-lebih ni, aku pun benci...

Bintun Sazali said...

fatin >

btul...murahnya kita if mnjadi pelacur cinta..sng2 je nk bg ssuatu yg sptutnya dipelihara kpd org lain.sdgkan utk memiliki kita pun, bakal suami perlu byr mahar...

Bintun Sazali said...

Along Tapa >

entah? sbb depa kot yg slalu wt janji? haha..maaf, tak arif..;p

Siti Safiyyah said...

dulu macam tu kot. erkk pelacur cinta? cam kasaq jek. heh skang dah insaf.. ;)

*wahh dah makin cantik ler blog cik nadiah ni..kalah blog saya..huhu

Bintun Sazali said...

cik Siti >

memang kasar, sbb sepadan dgn apa yg dilakukan..entahlah..kalau cinta yg betul, takdelah smpai thp pelacur..tp kalau dah smpai serah segalanya,...hmm

cntik?aduhh..haha ;p

Mohamadazhan hjDesa said...

salam hari kekasih, kekasih kita baginda nabi SAW :)

Bintun Sazali said...

Mohamadazhan hjDesa >

subhanalah, anda benar!

LinkWithin