Saturday, February 19, 2011

Hanya kerana Allah!

Bismillah..


Nak mulakan apa2 seeloknya dengan lafaz basmalah. Nak lakukan apa2 seeloknya dahulukan dengan lafaz basmalah. Sebab apa? Supaya mendapat keredhaan Allah! :)

Lagipun tak salah jika kita biasakan diri kita, lisan kita utk berzikir, membasahkan bibir dengan nama2 Allah dan kalimah2nya. Berbanding daripada membasahkan bibir dengan air2 dosa, kata2 mazmumah, umpat, keji dan yg sewaktu dengannya. Kan?

Susah betul nak update blog sekarang ni. Ilham tak kunjung tiba la. Mungkin sebab tak banyak membaca, atau tak buka hati utk terima ilmu daripada alam dan sekeliling.
Sedih2. :(

Alhamdulillah, td sempat tonton kuliah Ustaz Kazim. Sengaja saya pilih video tu utk ditayangkan kpd yg hadir ke Balai Islam institut kami. Sebab diri ni sedang mencari jawapan atas kekeliruan ttg makna "kerana Allah" dalam sesuatu perkara.

Ukhwah kerana Allah. Bersahabat kerana Allah. Tuntut ilmu kerana Allah. Bekerja kerana Allah. Makan, minum, tidur, semuanya perlu dilakukan kerana Allah. Tapi camne nak tahu apa yg kita lakukan tu adalah kerana Allah? Selalu sy tanyakan soalan ni kpd diri sendiri. Ya, hanya kpd diri sendiri.

Dan mungkin sy dapat jawapannya hari ini. Sebelum tu, nak share ni. Tanda2 kesempurnaan iman dalam diri seseorang. Selalu kita dengar semua ni. Aplikasi je yg payah. Kan? huhu. Maaf, sy pantulkan soalan ni kpd diri sy sendiri shj. Diri yg byk khilaf.

Tanda2 Kesempurnaan Iman dlm Diri Seseorang :


1. Sayang kerana Allah

Dia sayangkan seseorang hanya kerana Allah. Bukan berkawan dengan seseorang tu atas sebab nak harta, nak kedudukan, atau nak ganjaran/kelebihan. Tapi berkawan atas dasar 'kerana Allah'. Ya, org yg berkawan atas dasar 'kerana Allah' ni, dy tak tahu kenapa dy berkawan dgn seseorang tu dgn cukup rapat, dan sayang sgt sahabatnya tu.

Skop sayang ni luas tau. Bukan hanya dalam persahabatan. Atau bukan hanya ttg hubungan manusia dgn manusia. Tp merangkumi juga hubungan manusia dgn alam, manusia dgn pencipta. :)


2. Benci kerana Allah

Benci juga kerana Allah. Pernah dengar tak, apabila kita benci sesuatu kemungkaran yg kita sendiri lakukan, bermakna waktu tu Allah mencintai kita! Sebabnya,tempat pertama seseorang akan terima sentuhan cinta adalah pada HATI.

Di situ, Allah akan melenyapkan segala rasa putus asa, segala rasa kesedihan yg ada pada diri kita akibat dari dosa2 yg kita lakukan tu. kemudian Allah akan gantikan dengan harapan dan keinginan dalam diri utk berubah menjadi insan bersih. Insan yg lebih baik. Mudah2an!


3. Memberi kerana Allah

Contoh paling mudah, sedekah. Kita ikhlas dalam memberi dan tak ungkit2 semula pemberian kita. Kalau dah mengungkit tu, bukan ikhlas le tu...Kan? huhu.


4. Tak memberi kerana Allah

Yang ini pulak, sy baru tahu. Tak memberi pun ada niat 'kerana Allah' jugak. Contoh yg mudah utk kita faham adalah, memberi sedekah kepada peminta sedekah.

Kalau kita tahu peminta sedekah tu seorang kaki botol, atau pencuri, dll yg sebagainya, utk apa kita beri sedekah kpd dia? Tak ke sia2 tu? Silap2 kita pulak jadi pemangkin kpd dia utk lakukan kemungkaran. Isyh. Nauzubillah.


Nah, seronok kan? :)
Ilmu itu cahaya. Dan cahaya itu tak akan masuk ke dalam hati-hati org yg melakukan maksiat. Astaghfirullah.....

Dah hadam dah pelajaran dan pengajaran hari ini? Ceh. ;p
Emm, mungkin ramai juga yg seperti saya, keliru dan tak faham tentang apa yg kita katakan "kerana Allah" tu. Ataupun sy seorang shj yg tak faham? Entahlah. Apa yg penting sekarang, sy dah berkongsi.

"Sharing is caring, but sometimes suffering!"
Ini kawan saya yg cakap. :)


Semoga mendapat manfaat dari post kali ni. May Allah bless u all! :)





diari pengarang :

Entah kenapa rasa mcm skema sgt. Adakah sy sudah berubah? Laras bahasa kesopanan semakin muncul! :) haha. Sorry. sy koya~

2 comments:

Iman_Inside said...

tahniah cik bintu..

kamu telah membudayakan bahasa dlm penulisanmu..

hak3..;p

Anonymous said...

insyaAllah..moga segala perkara yang dilakukan..lillahi ta'ala..

LinkWithin

Lazada Malaysia