Tuesday, February 15, 2011

Bila haiwan lebih berakal dari manusia~

Haiwan berakal? Eh, mana ada haiwan berakal. Depa hanya ada otak, namun tak dikurniakan akal. Kan? Itu secara teorinya. Namun kalau kita tengok keadaan umat manusia zaman sekarang, fuhh. Lebih teruk dari binatang!

Benarlah sabda Rasulullah pada suatu waktu dahulu, diriwayatkan oleh Muslim :

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."

Betul kan sabda Rasulullah? Betullah. Nabi Muhammad tak akan cakap apa2 melainkan atas ilham dan wahyu yg dikurniakan oleh Allah SWT kepada baginda. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui! Kalau tak, tak mungkinlah Nabi Muhammad akan bersabda seperti itu.

Kenapa himar? Kenapa nak samakan manusia dengan binatang? Tak perlu saya nyatakan jawapannya di sini. Cukup dengan pemerhatian kita semua terhadap org2 di sekeliling kita. Kalau sentuh bab maksiat, MasyaAllah. Memang banyak contoh utk diterangkan sbg makna perumpamaan manusia dengan binatang ni.

"Hari tu org pi pantai tau. Pastu nampak dua org nih, laki pompuan mandi sama2 dlm pantai. Kejap2 peluk2. Kejap pusing depan, kejap belakang. Usap2 rambut. Eee..Nauzubillah! Tak larat mata ni nak memandangnya! " Cerita seorang sahabat baru2 nih.

Astaghfirullah. Perbuatan zina dah toksah cakap dah. Banyak sangat sampai org tak cukup mulut nak cerita. Sampai boleh jadi mengumpat mengata. Tengok? Tambah dosa org lain pulak dah. Bersetubuh depan khalayak, khalwat beramai-ramai. Haisyh. Apa nak jadi???

Dah la manusia zaman sekarang, termasuk yg sedang menaip ni pun, tergolong dalam kategori manusia yg hanya memiliki selemah-lemah iman, hanya mampu cegah maksiat dan kemungkaran di dalam hati. Tapi pasti ke? Kalau tetap tak mampu?? Mana perginya iman kita? Kalau paling lemah pun mampu cegah dalam hati, kalau tak mampu cegah??? Astghfirullah. :(

Benci sangat2 bila cakap pasal nih. Sebab bimbang terjerumus. terjerumus semula. :(

Orang selalu kata, kalau Allah tarik kita dari keseronokan dunia, keluarkan kita dari kelalaian dunia, that's mean Allah sayangkan kita! Bersyukurlah andai kalian merupakan insan2 itu. Namun memang hidup ini ada pasang surutnya. Dan bergantung kepada kita utk terus berada di jalan yg mana. Jalan yg pasti membawa kpd redha Allah? Atau jalan yg pasti membawa kita kpd kemungkaran-Nya?

Emo sangat ke? Maaf. Sekadar luahan rasaku~






diari pengarang :

Ahh. Sy memang hanya pandai menulis dan tak pandai mengaplikasi.


12 comments:

Solihin Zubir said...

smoga kita dijauhi drp godaan syaitan yg sntiasa membisik manusia agar melakukan maksiat...

Bintu Sazali said...

aminnnNN!!

mudah2an...

Balqish said...

salam ziarah.
sis, seronok zaman sekarang ni dah jadi yg pelik2 pulak!

~naddy~ said...

saling ingat-mngingati perlu ada dlm diri setiap umat nabi.
selamat mnyambut maulidur rasul :)

Bintu Sazali said...

balqis >

hmm, memang pelik. huhu

Bintu Sazali said...

sis naddy >

salam maulidur rasul t0o..:)

LynnAiza said...

xemo pon nad..den paham den paham..moga kita djauhi..aminnnn~

Unknown said...

baarakallahu fiiki.. :)

penaberkala said...

xpe, tulis la selagi mampu
hidup kan kena berpesan-pesan

salam maulidur rasul :)

Bintu Sazali said...

lynn >

mudah2an..

p/s: bukan kita dijauhi. tp dijauhkan! hehe ;p

Bintu Sazali said...

syed >

syukran! :)

Bintu Sazali said...

encik penaberkala >

Alhamdulillah, semoga menulis kerana Allah dan dijauhi sifat ujub dan riak! huhu


Salam Maulidurrasul juga :)

LinkWithin

Lazada Malaysia