Thursday, February 3, 2011

Ah, kau memang dah tua!

Ketika umur masih belasan tahun dulu ( owh, sedar diri dah tua rupanya.huhu ), selalu je terfikir kata2 senior ni :

" Bila umoq kita dah cecah 21, masa tu segala sifat kita, sikap kita, itulah yg akan diwarisi kepada anak2 kita nanti"

Wah. Advance tak? Sebab dah fikir nasib anak2. huhu. Eh tapi tak salah kan? Penting nih. Emm, sy tak sure la setakat mana kebenaran dan kepastian serta kemenjadian kata2 senior sy tu. Tapi risau la jugak an. Nak ke anak2 kome tiru sikap suka bangun lewat kome? Nak ke anak2 angpa nanti jadi org yg suka lawan cakap mak ayah? Tak mau kan? Macam tu jugak saya. Macam tu jugak kamu semua. Ya, dan macam tu la sebenarnya impian dan harapan mak ayah kita. Kan?

Entah bila la nak berubah. Sekarang, umur belasan dah terpaksa ditinggalkan. Selamat datang angka DUA! dan selamat datang juga dunia yg penuh cobaan, dugaan dan cabaran..=.=

Makin meningkat umur, makin banyak tanggungjawab. Makin banyak keputusan perlu dibuat. Zaman semakin berubah. Umur pun semakin bertambah. Sepatutnya kemajuan yg kita cipta dari hari ke hari. Bukan mencipta kerosakan, bukan mengumpul kelalaian, bukan memerap kemalasan! T_T

Ye, dan saya selalu jugak dengar kata2 ini :

"Bila tiba hari lahir, jangan suka sangat. Sebab hari lahir kita mungkin akan jadi hari kita kembali kepada-Nya"

Who knows, right? :(

Ibn Mas'ud pernah berkata,

Perkara yg paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah.

Okeh. Sy setuju. Memang, umur je meningkat. Tapi amalan? Tahap yg sama jugak. Lowest level. Malah makin teruk. Makin lagha. Makin lalai.

Okeh2. Tukar mo0d sat. Sedih la sedih2 ni. :(

Emm, pernah tak korang dengar camni. Sewaktu hari ulangtahun kelahiran kita, sepatutnya kita yg memberi hadiah kepada org yg melahirkan kita. Bukan org lain yg beri hadiah pada kita. Siapa yg melahirkan kita tu? Of course la UMMI, IBU, MAMA, MAK, dll yg sewaktu dan sejantina dengannya. Bukan AYAH, FATHER, WALID, ataupun DADDY. Kan? :)

Sy belum pernah lagi aplikasikan bnda ni. Tapi InsyaAllah, akan sy cuba!

Kadang2 ibu dan ayah kita tak harap pun balasan atau ganjaran berupa material. Paling penting ialah kita kenang jasa mereka. Kita balas pengorbanan mereka. Kita doakan mereka. Itupun masih belum tentu terbalas lagi. Sebab pengorbanan yg depa lakukan terhadap kita terlalu besar, tak dapat nak dikira. Kan? Subhanallah.

Terima kasih yg tak terhingga Ya Allah, sbb sehingga kini aku masih boleh menghirup udara ciptaan-Mu. Masih boleh membuka mata melihat keindahan dan keagungan-Mu. Masih boleh mendengar ayat2 suci-Mu. Masih boleh beribadah kepada-Mu. Jadikanlah aku org2 yg dipelihara di bawah lembayung rahmat dan belas kasihan-Mu. Panjangkanlah umurku dalam keberkatan-Mu Ya Rabbi...Amin Ya Rabbal 'Alaminn.....~






diari pengarang :

Betul kan? Hidup umpama roda. Allah Maha Adil, sebab tak jadikan kita selamanya dalam keadaan yg selalu senang, dan tak selamanya selalu susah. MasyaAllah! :)


6 comments:

~naddy~ said...

agreed!wah...kamuu berfikiran matang...bagus!

Bintu Sazali said...

hahahahaahah :D

auww..~
matang lah sangat..kikiki..;p

FaRhAH Za'Ba said...

Opss! saya dah 21thn..mcm mane ni..hurmmm...

Bintu Sazali said...

hah, kene cepat2 bentuk diri tu kak! hehe ;p

Hafriz Mohamad said...

btul3!!...
pusingan ini akn trus brgrak seusia brputarnya jarum masa...

Bintu Sazali said...

Maha Adil Allah :)

LinkWithin

Lazada Malaysia