Friday, December 31, 2010

Bila Tiba Tahun Baru

Salam sejahtera buat semua!

Amacam? Tirai 2010 hampir sahaja dilabuhkan. Akan diganti pula dengan tirai baru untuk tahun 2011. Macam mana dengan persiapan nak masuk tahun baru? Eh, ada ke yg perlu disiapkan? Setakat tahun baru je pun..Agak2 ada tak homosapien yg berfikir macam tu? huhu. Pada hemat saya, tak mungkin ada. Tapi tak mustahil jugak ada. Ah, apa2 ajelah. Tiap org pemikirannya berbeza. Jadi saya kira secara kasarnya semua org apabila tiba je tahun baru, pasti nak segalanya juga baru. Kan?

Meh kita cerita satu persatu peristiwa dan ragam apabila tahun baru Masihi akan menjelang tiba. Eh jap Sebelum tu. Kalau tiba je tahun Hijriah, kenapa org tak kecoh2 pulak ye? Takde la pulak org berkumpul ramai2 utk bersorak-sorai bila masuk je tahun baru Hijriah. Tak ada pulak pihak2 yg anjur konsert sampai 1-2 pagi utk raikan kedatangan tahun baru Hijri. Kenapa ye? Haa..anda sendiri pun tahu jawapannya.

Sebab..Mana sama tahun Hijri dengan tahun Masihi. Ramai yg anggap tahun Masihi lebih significant drpd tahun Hijri. Sebab segala sesuatu yg baru akan bermula. Sesi persekolahan yg baru. Tukar tempat duduk yg baru. Pegang jawatan yg baru. Pakai peralatan yg baru. Ah, everything's new lah senang kata! Tapi tahun Hijri? Hanya sekadar peralihan waktu. Dari 1430 kepada 1431. Dari 1431 kepada 1432. Begitulah seterusnya. Tapi sampai bila?

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."
Al-Asr, ayat 1-5

Inilah yg dikatakan kerugian. Yups, kerugian yg nyata. Sebab kita hanya mensia-siakan waktu. Owh, I mean, saya. Saya banyak sia-siakan waktu. Mungkin pengurusan waktu anda-anda semua lebih bagus dari saya. Mungkin, kan?. Ya, saya perlu lebih banyak belajar. Saya tak mahu jadi insan yg berada dalam kerugian. Setiap masa dalam kerugian. Malangnya, walaupun saya sedar saya sedang rugi, tapi entah kenapa diri tak tergerak dan tak termotivasi utk bangkit menjadi insan yg baru dari segi jiwanya. Dari segi akhlaknya. Dari segi perlakuannya. Dari segi tutur bicaranya. Ahh. Mustahil seorang manusia boleh berubah dlm sesaat cuma. Tapi apa yg mustahil semuanya boleh jadi tak mustahil jika kita buang daya palsu "Tidak Boleh" yg ada dalam diri. Kan?

Ops. Maaf. Saya dah membebel. Pagi tadi saya temankan Ummi dan adik2 bayar yuran di sekolah. Yelah. Sesi persekolahan yg baru kan dah nak bermula. Mula2 kami terpaksa duduk di sekolah Ummi dulu. Sebab Ummi jadi guru kelas tahun depan. Jadi terpaksa lah Ummi uruskan pembayaran anak2 murid dulu. Sekitar jam 11, kami bergegas ke sekolah Aqil dan Jaja. Owh, sebelum saya lupa. Sekolah itu sekolah saya juga. Suatu masa dahulu. Aduh. Rindu sangat2 dengan cikgu2 SKSM. Gembira dapat borak2 dgn mereka, wlpn sebentar.
[Cikgu2, tunggula sy mai sekolah time PBS nanti!..:)..]

Budak kecik ni tak sabar nak ke sekolah semula. Kot?

Cuma saya takut dengan sorang cikgu ni je. Cikgu Matematik. Sebab saya nakal, selalu tak buat kerja sekolah dulu. haha. Degil. Tapi kerana garangnya beliau, Alhamdulillah, saya berjaya skor A utk matapelajaran Matematik! Ajaib. Sampai sekarang, baru saya sedar sebenarnya teknik memberi latihan yg banyak setiap hari tu dapat mengasah minda. Owh, andai saya tak dididik dengan kekerasan, mungkin saya tak boleh jadi homosapien yg berjaya! hehe. Macam tulah. Setiap org ada cara masing2 utk mendidik diri. Ada yg sesuai dgn kekerasan. Ada yg tidak.

Kadang2 tu bila kami adik-beradik duduk berkumpul sama2, mulalah macam2 cerita yg keluar. Terutama bab sekolah dan pelajaran. Dan cikgu. Penting tau peranan seorang cikgu dlm mendidik pelajar. Bukan mudah nak guide someone sampaila dia berjaya. Pengaruh psikologi pun kadangkala mejadi penyumbang ke arah kegagalan atau kejayaan seseorang. Syasya, adik saya, pernah beritahu, cikgu Math dia sekarang ni bukan macam cikgu Math masa kat sekolah rendah dulu.

Owh, sesungguhnya kami semua belajar dgn cikgu Matematik yg sama! Katanya, cikgu yg sekarang ni, latihan bagi. Tapi macam malas je nak bincang. Bila mengajar, baru je sekejap dah nak pindah silibus baru. Tension budak tu. Kalau macam cikgu kami dulu, NO. Selagi budak tak pandai, latihan yg berbentuk serupa akan diedarkan lagi. Owh, I miss that moment. Rindukah? haha. Owh tidak. Cukupla sudah saya dipukul oleh beliau. hehe. Serik.

Kalau cikgu mengajar pun sambil buat muka monyok, tak ke stress student nanti?

Seharusnya kita senyum sokmo! :)

Owh, maaf. Saya tersasar lagi. Okeh. Emm, dari semalam saya asyik dgr cerita ttg penyelewengan harta anak2 oleh ibu bapa tatkala sesi persekolahan dah nak bermula. Semalam Cik Lin cerita, ada parents tu kekadang ambil duit bantuan yg diberikan oleh kerajaan/sekolah kpd pelajar pendidikan khas atau nama lainnya, yg mengalami masalah khas pembelajaran. Ada ke patut depa pi amek duit anak tu tadi , dgn alasan nak wat belanja baju raya. I mean, sblum raya puasa lah. Ambil dlm RM400/RM500 pulak tu. Tak patut tak patut. Bila dah nak buka sekolah, habis duit. Satu sen pun tak ada. Naya ke anak tu. Nak beli buku tulis pun tak mampu.

Hari ni pulak, ada berita tentang seorang bapa yg tergamak gunakan duit bantuan sekolah anaknya untuk berjudi. MasyaAllah. Apa dah jadi manusia sekarang ni.?. Hmm. Maklumlah. Kita sekarang hidup dlm zaman materialistik. Semuanya berpaksikan kebendaan. Wang adalah segalanya. Adakah benar begitu?

Hey. Kan Allah dah berfirman dlm surah al-Baqarah, ayat 188. Mafhumnya :

"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian
yg lain antara kamu
dengan jalan yg batil..."

Potongan ayat ni mengesahkan larangan Allah ke atas setiap umat manusia daripada memakan harta org lain yg bukan hak kita. Tak malu ke makan harta org lain? huhu

Emm, macam2 kan ragam bila masuk tahun baru Masihi. Segalanya perlu disediakan. Kalau tak lengkap satu perkara, habis porak-peranda semuanya. Ibu bapa terutamanya, tentu dah lama berusaha habis-habisan, start dari Januari tahun sebelumnya lagi dah kumpul duit utk belanja makan pakai anak2, terutama utk persekolahan. Hmm, lepas tu, bila tiba hari pembayaran yuran sekolah anak2, duit dlm poket yg menebal pasti akan cepat2 susut. Pasti muka pun berkerut duk pikiaq nak cari duit kat mana lagi. huhu. Untung bagi yg memiliki ibu bapa yg bekerja. Hmm, betullah. Kalau kita rasa kita susah, kita patut ingat bahawa ada lagi insan yg lebih susah drpd kita.

Owh. Ini muka berkerut lepas tgk resit barang2 "kembali ke asrama". haha

Okeh. Habis sudah bab persekolahan. Lepas ni saya tak mau la dengar cerita tentang pembuangan bayi, atau dlm bahasa Inggerisnya, baby dumping. Ah, seram. Ngeri bila terdengar berita tentang pembuangan bayi. Owh ya. Mungkin media massa akan sepi seketika daripada berita berkenaan pembuangan bayi. Tapi kita sama2 tunggu dan lihat, dlm masa 7-8 bulan nanti. Akan tercetus lagikah fenomena yg mengerikan ini? Owh. Andai saja tiada sambutan Malam Ambang Merdeka. Andai saja tiada konsert sepanjang tengah malam hingga awal pagi pd mlm 1 Januari. Andai saja tiada yg menganjur, pasti tiada yg terlanjur........

Ops. Maaf. Saya ni kalau merepek, betul2 merepek. Kalau membebel, pun betul2 membebel. Cukup kot setakat ni sy membebel. Org kata, siapa yg banyak bercakap ni paling banyak salahnya. Yelah, kadang2 kita tak sedar apa yg kita cakapkan. Dan kita tak tahu apa pandangan org lain ttg percakapan kita. Okeh. Segala yg baik itu dtg dari Yang Mencipta. Yg buruk dan lemah itu adalah dari yang telah dicipta. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu. Wassalam...



diari pengarang : Semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan hari2 sebelumnya!~

Tuesday, December 28, 2010

Wudhu' Wajib dan Wudhu' Sunat?

Salam sejahtera buat semua!

Dah solat belum?
Kalau belum, ha. Cepat2 pi solat!

Pernah tak anda berdoa dan meminta bermacam permintaan dari Allah, namun anda rasa permintaan tu tak ditunaikan, ataupun sangat lambat ditunaikan?

Haa..Saya pernah dengar di Radio Ikim.fm, sesiapa yg suka menangguh-nangguhkan atau melengah-lengahkan waktu solat, maka Allah pun akan menangguhkan atau melewatkan permintaan anda daripada ditunaikan.

Barulah fair, kan?
"Kamu tak buat, aku pun tak buat jugak utk kamu."

Owh, post kali ni, hanya ingin berkongsi lirik sebuah lagu yg saya baru terdengar sewaktu dlm perjalanan pulang ke rumah tadi. Tentang wudhu'. Simple je lagu ni. Simple but significant!..:)

Wudhu' - Genius Aulad Talents

First we have to wash our face
we wash our face, we wash our face
first we have to wash our face
when we take our wudhu’, when we take our wudhu’.
*(chorus)

first we have to wash our face
we wash our face
we wash our face
first we have to wash our face
*(chorus)

then we have to wash our arms
we wash our arms, we wash our arms
then we have to wash our arms
*(chorus)

then we have to wash our heads
we wash our heads, we wash our heads
then we have to wash our heads
*(chorus)

then we have to wash our heads
we wash our heads, we wash our heads
then we have to wash our heads
(voice)
*(chorus)

then we have to wash our feet
we wash our feet, we wash our feet
then we have to wash our feet

*(chorus)

then we have to wash our feet
we wash our feet, we wash our feet
then we have to wash our feet
*(chorus)


Dah selesai baca?
[Sesuai ni utk ajar kanak2 tatacara wudhu' dgn cara yg lebih menarik!..:)..]

Firman Allah s.w.t.:

"Wahai org-org yg beriman, apabila kamu hendak menunaikan solat,maka
Hendaklah kamu membasuh muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku
Dan sapukan (sedikit air) di kepala kamu dan basuhlah kaki kamu hingga
Hingga kedua-dua mata kaki , Dan jika kamu berjunub maka sucikan(mandi)"

(surah al-maidah: 6)

See? Allah dah pun berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 6, yg menuntut kita bersuci sebelum bersolat. Dan berwudhu' juga merupakan salah satu perkara yg dikategorikan sbg bersuci.

Okeh, dalam lagu yg dinyanyikan oleh adik2 Genius Aulad kat atas tu, dorang just mention anggota wudhu' yg wajib je. Jangan terkejut taw. Nanti tak pasal2 ada yg kata dorang salah nyanyi la, hape la. Sebab kebanyakan org tahu anggota wudhu' ada banyak! Dan setiap basuhan mesti 3x. Ea?

Sebenarnya bukan camtu tau. Itu perkara yg sunat. Lagipun, basuhan sebanyak 3x tu adalah utk memastikan kotoran pd anggota wudhu' benar2 sudah hilang. Tapi kan, saya sendiri pun susah nak ingat anggota yg wajib wudhu'. Eh, maksud saya, fardhu wudhu'. Samalah tu, kan? Sebab apa susah nak ingat? Sebab, tak AMAL! Selalu saya buat amalan yg sunat, iaitu basuhan sebanyak 3x pd semua anggota wudhu'.

Fardhu wudu' ada 6 perkara:

* niat
* membasuh muka
* membasuh dua tangan hingga ke siku
* membasuh atau menyapu sebahagian kepala
* membasuh dua kaki hingga ke buku lali
* tertib iaitu berturut-turut

Konklusinya, anggota yg wajib wudhu' adalah sebanyak EMPAT bahagian, iaitu:

MUKA
DUA TANGAN HINGGA KE SIKU
SEBAHAGIAN KEPALA
DUA KAKI

Hah. Bila dah tau anggota yg wajib ni, jgn pulak lupakan atau tinggalkan terus anggota yg sunat. Apa salahnya kita lakukan juga. Moga bermanfaat buat kita.

Pada saya, kalau dalam keadaan terdesak, nak jimat waktu atau nak jimat air, maka tak salah kalau kita hanya ambil wudhu' pd anggota yg wajib, dan dgn hanya sekali sapuan shj. Agama ISLAM tak rumit, tapi mudah dan kontemporari, kan? :)

Okeh. Sekian sahaja.
Sebarang masalah dan pertanyaan, bolehlah rujuk pada pakar2 agama yg berkenaan.
Wallahua'lam.
^_~



p/s : Sanah Helwah buat abang Amin yg sdg berada di perantauan!
Moga tabah selama merantau di tempat org!. :p


diari pengarang : Sekadar sbg peringatan buat diri pengarang, juga buat yg membaca. :)

Monday, December 27, 2010

Hari Yg Bisa Meluruhkan Jantung!

Salam sejahtera buat semua!

Oleh sebab semalam kami satu keluarga dah berhempas-pulas membanting tulang mengerjakan kebun kat sekeliling rumah, maka hari ni kami bercadang nak keluar. Shopping. Sebab ramai dah suggest suruh pi Year End Sale, Jualan Kembali Ke Sekolah, dll.

Lagipun saya masih belum dapat kasut kuliah utk next semester. huhu.
Banyak jugakla tempat kitorang pergi. Sampai satu ketika, Ummi pandu kereta terus ke Carrefour. Lama dah kitorang tak pi sana. Dengar2 kat sana ada Year End Sale. Dah terbayang dah dalam mata ni, kedai2 kasut dan beg, serta barisan2 kasut yg bakal dipilih nanti.

Okeh. Pendek cerita, akhirnya Si Cerewet ni pun dah jumpa dengan kasut yg membuatnya jatuh cinta pandang pertama. huhu. Harga pun BEST!..:).. Tak sampai RM20 pun. hehe. Owh, ini harga lepas diskaun, okeh. Bukan senang tau saya nak pilih kasut. Jalan situ, round sini. Leceh. Tu la. Sape suruh tak sediakan kasut yg lebih pelbagai utk saya. haha..;p

Ini kasut baru Si Cerewet :

Tak tahula berapa lama boleh tahan. Kalau boleh bertahan sampai setahun dua pun syukur. haha. Maklumla, jalan kat maktab kami ni..err..pelik sikit. Boleh makan kasut. haha..;p

Ops, tapi harap2 lepas jalan dah berturap ni kasut saya tak mudah rosak lagi.
[Harapan ni, harapan. huhu]

Dah puas pilih kasut, kitorang langkahkan lagi kaki, menjelajah Carrefour.
Tiba2 terasa sesuatu yg pelik.

Saat Pertama:
Nampak seorang perempuan 40-an bercermin mata, berbaju purple.

Saat Kedua:
Ternampak pulak seorang lelaki 40-an, berbaju merah belang putih.

Saat Ketiga:
Oh tidak!! Saya tak nak tengok!
Actually, sy nampak kelibat seorang lelaki berbaju biru.

Masa tu Allah je tau camna perasaan saya. Siapa mereka?
Si DIA dan HIS PARENTS!

Rupanya betul org cakap. Dunia ni kecik je, kan? huhu. Tapi sebenarnya tak mustahil kami boleh bertembung, sebab tak jauh mana pun tempat tinggal masing2. huh. Tapi entahla. Perkara yg sgt unexpectable ni sgt membuatkan jantung sy rasa cam nak luruh. Adeh. Segan, malu, bersalah. Semua ada. Yg paling membuatkan sy rasa bersalah adalah kerana...MAK nampak saya. Saya tak tegur pun dia. Saya sorokkan muka, walaupun saya tau saya berjalan sebelah AYAH. Owh tidak. Apa yg saya lakukan?..huhu

Saya terus jalan laju2, malu dan bersalah sangat2. Adeh.
Tiba2 adik saya panggil.

"Eh kakak, kejapla. Ummi nak beli barang ni,"

Aduss..Terpaksa la saya berpatah balik ke belakang. Dan, bila toleh belakang je, ada someone yg sedang tersenyum + tersengih memandang saya. Adeh. Kenapa kau senyum? huhu
Gelabah, tak tentu arah. Tak boleh fikir pape masa tu. Haduii. What's wrong with you, myself?

Bila saya tengok handphone, ada mesej masuk.

"Sombong ea..:)"

Dush. Rasa cam ada batu kat atas kepala. haha
Ops, sori si DIA. Sebab saya ceritakan semua ni kat sini.
Maklumla. This is my diary. huhu

Pastu, mesej demi mesej berbalas. Till...

"blablablabla....hehe,btw, td nmpk comey"

Dush. Satu lagi hentaman di kepala.
Perlukah anda berkata begitu kpd makhluk yg hodoh ini? But, thankz! haha

Ops, I still remember what my lecturer had said before:


Bila org puji saya, contohnya:

"Annisa, you look pretty today!"

Saya akan balas,

"What? Saya memang cantik setiap hari!"

Jadi, sepatutnya saya reply camni kat AWAK:

"What? Sebelum ni saya tak comey la?"

haha. Okeh. Just Kidding. Untuk menghiburkan hati yg lara.

Okeh. Nak rest. Penat.
Sori, entri ini tidak berfaedah. huhu
Adios!



diari pengarang : Gara2 pristiwa ni, sy lupa nk ingatkan Ummi, yg saya belum beli tiket balik ke Melaka! Adus..terpaksa pergi lain kali. huhu~

Sunday, December 26, 2010

Kemunculan Semula Ruang Menjerit

Salam sejahtera buat semua!

Bertemu kembali dalam entri yg seterusnya.
Cewah, macamla ada peminat tegar. haha..;p

Emm, saya pernah post satu entri yg meluahkan segala kekecewaan sy tentang seorang makhluk Allah yg bikin kacau dlm shoutbox saya.

Tak tau entri yg mana?
Tak payahla baca. hehe.
Ops, kalau nak cari jugak, boleh klik di SINI.

Kali ni, saya nak war-warkan tentang kemunculan semula shoutbox saya, tetapi dengan wajah yang baru. Harapnya kali ni dan pada waktu2 yg akan dtg, tiada lagi keributan dan kekacauan minda yg timbul dlm diri saya, gara2 satu masalah yg dilanda oleh my shoutbox. huhu

Owh. Sebenarnya saya nak buat hidden shoutbox.
Tapi bila google2, asyik terjumpa tutorial ttg cara2 nak selitkan shoutbox kat tepi blog.

Saya teringin sangat45x nak buat shoutbox saya tersimpan rapi macam yg cik Siti Safiyyah ni buat pada beliau punya blog. Nice, u know!..:) Dan sekarang ni sedang menunggu maklum balas dari Cik Siti. hehe. Harap2 berhasil..;p

Okeh, sekian sahaja pengumuman hari ini.
Harap Maklum.
^_~




update :

Dah dapat feedback! Terhangat dari cik Siti!..hehe..and I already apply that tutorial, cik Siti!..Syukran Jazilan!..^^



diari pengarang : Pengalaman ialah guru yg terbaik!..:)

Friday, December 24, 2010

Kerana Lelaki Begini dan Perempuan Begitu

Salam sejahtera buat semua!

Haih. lelaki begitu dan perempuan begini?
Apa pulak la agaknya yg saya nak bebelkan kali ni ye?

Sedang syok2 termenung sambil merenung kuku jari, tetibe teringat pulak waktu muda2 dulu. [laa..dah tua rupanya.huhu] ..Waktu di sekolah menengah, sy diberi amanah utk memegang jawatan sbg seorang pengawas sekolah. Jadi tugas rutin bagi para pengawas setiap pagi, lepas perhimpunan, kami perlu check kekemasan para pelajar. Owh, sebelum tu. Hanya pelajar perempuan sahaja yg buat camni tau!. Kenapa? Entah. Saya pun pelik. Jadi, perkara yg perlu diambil perhatian ialah :
  • check KUKU, pendek ke panjang
  • check KAIN DALAM, pakai ke idak
  • check LENGAN baju, berkaf atau tidak
  • check SKAF rambut a.k.a anak tudung, pakai ke idak
Huh, banyak lagi sebenarnya. Kalau ada yg buat hal, for instance, warnakan rambut or dll, maka segala "check" tu akan lebih menyeluruh dan makin dipertingkatkan! Hmm, camtu la tugas kami setiap pagi. Kadang2 tu diri sendiri pun tak sempat nak potong kuku.
Hadei. Jadi, sila denda diri sendiri ye..;p

Tapi, pelajar2 selalu jugak pertikaikan, kenapa pelajar PEREMPUAN je yg kena itulah, kena inilah. LELAKI tak buat pun macam kite? Kenapa?? Haisyh. Saya pun tak tahula adek-adek sekalian. Tapi pada saya, peraturan ni utk kebaikan kamu semua jugak. Kebaikan di dunia dan di akhirat. Untuk apa kami check itu dan ini kalau tak bertujuan? Aurat kalian semua, kami yg tolong jaga. Owh, pada hemat saya, bukan tolong JAGA. Tapi kami tolong INGATKAN. Bukankah kita dituntut berpesan-pesan pd KEBENARAN?..:)

Owh ya. Pada pendapat sy lagi, pelajar LELAKI takde proses checking2 after assembly, sebab, depa tak suka wat semua tu. Paling koman pun, check tanda nama. Ops, saya tak berada di temapat kamu abang2 sekalian. Sebab tu sy tak tahu apa rasionalnya kamu tak lakukan pemeriksaan lengkap macam kami. huhu. Yelah, benda ni kan LECEH. Ambil masa yg sgt LAMA. Cikgu2 pun tak berapa suka, sebab ambil waktu mengajar.

Jom kita buka point sebenar.
Lelaki BEGINI dan Perempuan BEGITU.

Dua jenis makhluk Allah ni,
memang sengaja ALLAH ciptakan berlainan SIFAT ,
dari segi MENTALITI dan FIZIKALnya.

Lelaki. Memang cukup dikenali sebagai makhluk ALLAH yg memiliki 9 AKAL dan 1 NAFSU, mudah tercabar apabila ke"MASKULIN"annya dipertikaikan. Ops, semua LELAKI ke macam ni? Tak, agaknya la. Sorry ya. Saya hanya memerhati. Tapi, ego2 mereka pun, ada banyak perkara yg boleh dibanggakan. Lelaki memikul amanah ALLAH utk membimbing kaum wanita. Seperti firman ALLAH dalam surah An-Nisa' ayat 34 :

الرجال قوامون على النساء بما فضل الله بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أموالهم

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Justeru, [skema ek?hehe] seperti yg telah dinyatakan oleh Ustaz Zawawi dlm Warna Pagi IKIM.fm pagi tadi, tak sepatutnya seorang lelaki membiarkan isteri mencari nafkah utk menanggung dirinya. DAYUS tu!..Melainkan ada sebab tertentu yg tak dapat dielakkan, cam cacat anggota, lumpuh dan sakit yg tak boleh nak rawat, yg mengakibatkan dirinya kurang upaya, maka bolehla si steri tolong cari nafkah. Hmm..

Eh, sori. Sampai ke situ pulak sy membebel.

Perempuan. Banyak perkara yg perlu dijaga. Terutama sekali bab AURAT. Siapa nak tolong jaga AURAT dan MARUAH kita, kalau bukan diri kita sendiri. Saya masih ingat kata2 Ustaz Aman. Diri perempuan ni asalnya bengkok. Kalau nak dilentur, perlu cara yg halus. Siapa yg perlu mainkan peranan utk menegakkan yg bengkok tu? Tentulah si LELAKI. Kan? Sebab LELAKI adalah pendamping WANITA, begitu juga sebaliknya. :)

Perempuan pula dikatakan memiliki 9 NAFSU dan 1 AKAL. Sebab tu org kata perempuan ni adaa je benda yg dia nak miliki. Itu nak. Yang ini pun nak. Tapi akal pendek. Tak sepintar lelaki. Jgn marah kaum Hawa. Saya pun akui kelemahan diri. Nak contoh? Kalau nak buat perbandingan, siapa lebih pandai FIZIK? Tentulah kaum Adam yg lebih mengatasi kaum Hawa. Opss..tapi tak tau la boleh pakai ke idak pandangan sy. Sekadar pemerhatian. Belum secara menyeluruh lagi. Eh, jgn TERLAMPAU bangga pula ye abang2 sekalian. Setiap org ada kelemahan dan kekuatan masing2. :)

Konklusi bebelan sy kali ni, kolaborasi sesama kita dalam kehidupan seharian sgt penting bagi memastikan keamanan dan kerukunan dalam hidup kita di dunia dan di akhirat..

Dan,
kalau anak2 tanya kenapa lelaki begini dan perempuan begitu, Ummi?
Jawablah, kerana Lelaki Begini dan Perempuan Begitu, sygku..
^_~


diari pengarang : Amboih. Payah kalau dah tersasar membebel. Sebab tu blogger terkenal Ben Ashasri kata "Jangan Bagi Aku Membebel"..huu~

Wednesday, December 22, 2010

Saya Tak Punya Ramai Kawan

Salam Sejahtera buat semua!

Hmm, bunyi cam sedih je tajuk tu. Tapi memang sedih pun. huhu
Pagi tadi dengar Warna Pagi Ikim.fm. Topik yg dibincangkan ialah :

"Tiada Kemahiran Berkomunikasi dan Kurang Penampilan Diri
Punca Gagal Mendapat Kerja"
Betul ker?

Memang best topik nih. Sesuai dengan keadaan semasa, spt yg kita tahu ramai lepasan2 Universiti mengeluh tak dapat kerja lepas grad. Kan?
Tp apa masalah sebenar depa? Adakah kelulusan tak cukup?
Ataupun terlampau memilih? Takpun memang tak pandai nak cari kerja?
Wallahua'lam..

Hangat jugak la perbincangan topik ni.
Tapi apa kaitan dgn tajuk sy tu? huhu

Sebenarnya, pada pandangan sy sendiri, sy tak punya ramai kawan sbb tak pandai nak berkomunikasi. Susah sgt nak get along with others. Bukti? Bila dalam blog, sy tau nak luah macam2. Kadang2 perkara yg dirahsiakan dr kawan2 pun, sy muntahkan semuanya kat sini. Tapi kalau di alam nyata, bila berdepan dengan realiti, hmm.. Sampaikan kawan2 pernah label sy, seorang yg sgt perahsia.

Memang. Sy suka berahsia.
Sy malu nak luah semuanya face to face. Kenapa ek?

Lagi satu, sy kurang penampilan diri.

Penampilan dari segi apa tu? Bila sebut penampilan diri, pasti kita fikir, cara berpakaian dll yg nampak pd luaran. Ye? Saya tak tahula org pandang sy macam mana.Tapi sy memang kurang penampilan diri. Susah la nak pasifkan rasa merendah diri yg melampau bila bercampur dgn org lain. Saya rasa mcm tak setaraf dgn org lain. lebih2 lagi dgn org yg sgt berilmu. Bila org lain lebih tinggi ilmunya daripada kita, mmg layakla utk kita hormat, kan?..Lagi satu, bila org tu taraf kehidupannya nampak lebih baik dr kite, pakai branded2, barang sume berjenama, gaya berpakaian pun stylo habes, uisyh..Tak berani sy nak dekat. Sebab rasa macam tak sekufu.

Salah ke diri sy jd macam ni ek?
Entahla.

Psiko.
Itu pun salah satu sebab kenapa org tak nak kawan ngan sy. Kot?
Psiko dari segi perbuatan dan juga perasaan. hmm~
[macam penghuni rumah sakit jiwa je?huhu]

Dulu sy pernah surf tentang personaliti mengikut bulan kelahiran.
Hasilnya macam yg tertulis kat dlm skroll box ni.
90% mmg bertepatan dgn diri saya.

 FEBRUARI 

Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang reality dan abstrak.
Inteligent, bijak dan genius.
Berpersonaliti yg mudah berubah.
Mudah menawan org lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pd segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong,
mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yg lasak.
Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yg remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi ,
suke berangan-angan, dan
ada harapan utk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yg tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yg bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pd benda yg tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.


Tapi semua Februarian macam ni ke?
Saya tengok tak pon..hmm..
Tapi takpelah. Nama pun KAJIAN, kan?
Allah tak ciptakan semua org sama. Setiap manusia pasti ada bezanya.
Dan seharusnya saya bersyukur menjadi diri saya.


*Kualiti diri yg hanya ada bila bersama dengan org2 yg rapat sahaja. huhu*

Cara Tingkatkan Estim Diri:
"Motivasi-Portal Pendidikan Utusan"



diari pengarang
: Self-esteem rendah ni. :(..Haisyh~

Monday, December 20, 2010

I Don't Need A Man?..erk~

Salam sejahtera buat semua!

Waktu cuti sekolah ni, Ummi selalu la jugak upah pakcik2 tukang utk betulkan tiang rumah, bersihkan kebun, kutip sawit, buat longkang, dan lain2 lagi. Haisyh. Apa boleh buat. Kat rumah kitorang takde budak lelaki atau lelaki dewasa yg boleh diharapkan utk wat sume kerja2 tu. Yg ada tinggal Aqil sorang je.

Larat ke budak umor 9 tahun nak wat sume tu? haha..Nak harap kitorang? adeii...Lagi la. Baru wat keje sikit da sakit pinggang la, sakit tulang belakang la. Haih. Macam2. Pulak tu, cepat bosan. Baru seminit cabut rumput depan rumah, muka masing2 dah macam org takde prasaan. Poyo jek masing2. hehe..;p

Tapi dalam dua hari ni, nak tak nak, kena gak gagahkan diri utk menambak tanah kat depan rumah. Mulanya tanah tu memang tinggi. Setelah satu setengah hari kitorang tambak, jadila cam dalam gambar ni :


Semalam, kitorang rasa cam tak mampu je nak habiskan kerja2 menambak tu. Adeh. Memang letih. Sampai lewat petang membanting tulang. Malam tu, kami semua satu family tido awal. Penat sangat3!!..

Pagi 13 Muharram 1432 H

Time breakfast sama2 satu family, Syasya tetiba bukak cerita tentang mimpi dia.
Syasya kata dia mimpi tanah yg kitorang tambak dah siap! Siap sempurna dgn pasir lagi. Saya terus sambung, " Weh, mimpi kite sama!"

Saya pulak mimpi, tanah yg ditambak tu siap sempurna, dgn batu putih kat atas tanah merah, cz memang hajat kitorang nak wat camtu. Sebab tu kena ratakan dulu tanah tu. Baru boleh letak batu putih. Tapi..itu hanya MIMPI!..huhu

Ummi sambung pulak, Aqil kata dia mimpi Pak Cik Azman dtg nak tolong tambak tanah. Tapi time Pakcik Azman dtg, tanah tu dah siap tambak dah!. Haha..Ajaib!..;p

Si Jaja pulak, mimpi dia, ada bajak [or what you all called it ek?..huhu] dtg rumah, tolong settlekan tanah yg bertimbun tuh sampai siap. haha.. Hadoii..

Adakah ini yg dikatakan CHEMISTRY?..haha..semua org mimpi yg sama, sebab malam tu semua kepenatan, dan tidor dgn impian utk menyiapkan kerja tu cepat2..haha
Tapi si Kak Nor ni ha, Pelik lak mimpi dia. Pegi mimpi sal buah2an kat kebun kitorang lak..Haisyh. Sebabnya semalam petang, lepas abis satu round tambak tanah, kitorang round sekeliling rumah, tengok pokok kelapa, terbayang air kelapa muda. Tengok nangka, terbayang nangka masak lemak cili api. Tengok pokok sukun, terbayang sukun goreng yg lazat bila dimakan dgn sambal kicap!!..haha..;p

Last sekali petang tu, kitorang just dpt petik pokok pelam dan amik pisang je.
Pelam tu dah abes wat rojak semalam, pisang pulak, da siap goreng pagi tadi. haha..:)

Pagi tadi, kitorang sambung balik kerja2 menambak tanah.
Penat memang penat. Tapi apa boleh buat.
Demi kemaslahatan dan kesejahteraan rumah kami. ;p

Aqil yg berpeluh-peluh buat kerja. Belum mandi lagi tu!


Habis tangan ni melecet. Kamu tak kesian ke kat saya?..huhu



Bila la tanah ni nak rata..

Owh. Utk pengetahuan pembaca, Aqil ni bukan sengaja tau pakai kain pelikat. Sebenarnya dia masih dlm tempoh berpantang lepas bersunat or we called it berkhatan..ngeh3..;p
Prevention is better than cure..huhu

Chaiyok! Kena jugak siapkan hari ni! Sikit je lagi!

Kesimpulannya, memang kite hidup kat dunia ni saling memerlukan. Lelaki perlukan perempuan. Perempuan pun perlukan lelaki. Tipula kalau kamu cakap, sy tak perlukan lelaki dalam hidup sy. Saya mampu hidup sendiri. NO! Kamu sdg menipu diri kamu sendiri. huhu

Sy ingat lagi Ustazah Salbiah selalu ingatkan kitorang, putri2 IPPM ni, supaya berhati-hati dan cermat utk memilih lelaki.
Sebab, lelaki yg paling berguna ialah YG KUAT dan YG AMANAH!!
Ada disebutkan dalam Hadis Nabi atau Firman Allah. Tapi, sy tak dapat ingat la ayat tu. huhu

OKEH. Sampai sini je. Nak kumpul tenaga utk angkat cangkul lagi petang ni. huhu



diari pengarang : Abang Amin, Adib, bila korang nak balik?...:(...Penat taw!...huhu~

Saturday, December 18, 2010

Sawan Pengantin : Korang Pernah Dengar Tak?

Salam sejahtera buat semua!
Alhamdulillah. Semalam, dengan izin Allah, saya dapat mengikuti kelas fardhu Ain yg diadakan di masjid kg sy. Sebenarnya, penuntut kelas fardhu Ain ni hanya terdiri dari kalangan org tua2 je. Mak cik makcik dan nenek nenek. huhu

Tapi, tak salah pun sy ikut kelas tu. Ustaz Aman pun tak marah. Beliau lagi suka. Sebab, bukan senang nak tgk generasi muda kat kampung2 ni dtg masjid. Kalau ada pun mungkin hari Jumaat je. Nak solat Jumaat. Pastu chow. Awal pulak tuh..huhu

Okeh. Hah, pernah dengar tak tentang sawan pengantin? Saya baru dapat tahu semalam, time borak2 dgn sorang makcik ni. Org gelar dia Wak Siti. Owh, kebetulan sebelum tu Ustaz Aman pun ada sebut tentang sawan pengantin ni.

Entah macam mana tah boleh masuk cite sawan pengantin ni, sy pun tak brape ingat. Tapi bila disebut nama sawan ni, makcik2 tu faham. Maknanya dorang lebih tahu. Maklumla. Dah makan garam lebih dulu dari saya.

Bila dah blur, sy pun tanya la Wak Siti.
Sawan Pengantin tu apa ek?
Wak Siti kata, pengantin je kena sawan ni.
Time hari pengantin tu wat majlis, pengantin tu akan murung. Senyapp jek. Tak toleh kiri kanan.
Camtu la lebih kurang. Saya pun belum jelas lagi tentang sawan ni.

Tadi sy try surf kat internet, lain plak definisi yg bloggers lain bagi. Haisyh. Tak taula.
Ada yg kata, anak dia, kecik lagi, kena sawan pengantin lepas pergi kat satu majlis kawen ni. Uiks? Ada gak ea camtu?
Ada pulak, sedara dia yg kena. Pastu, ubatnya ialah dgn cara:

1. Amek bedak yg si pengantin pakai, tepek ke muka.
atau
2. Amek selimut pengantin, balutkan ke tubuh.

Menjadi ke ek? Wallahua'lam.
Saya tak pernah dgr dan tak pernah alami. Jadi sy tak tahu. Mungkin perlu banyak bercampur dgn org tua2, baru dpt byk cerita dan petua. Cewahh..

Sbg langkah berjaga-jaga, banyak2la baca doa elak penyakit dan gangguan syaitan. Manalah tahu, perkara2 macam ni biasanya merupakan antara propaganda syaitan utk merosakkan umat manusia.
Nauzubillahiminzalik!

PERINGATAN!
Jgn terlalu percaya pd perkara2 khurafat.
Silap2 boleh terpesong aqidah kita!

Okeh. Itu je la cerita ttg Sawan Pengantin nih.
Sesiapa yg ada info lain, boleh la kongsi dgn sy yer..:)

Eh. Jap2.
Kalau beraksi camni, adakah tergolong dlm kategori Sawan Pengantin gak?

|
|
|
V


haha. Perasan jek. ;p



diari pengarang : Alamak. Dah kena buat countdown utk kembali ke sekolah..huhu~

Thursday, December 16, 2010

Mulianya Muharram!..

Assalamualaikum!

Hari ni 9 Muharram 1432 Hijriah.
Ada yg berpuasa tak hari ni?
Puasa ganti? Puasa sunat? Takpela.
Puasa apapun, yg penting niat kita hanya satu, utk dapatkan redha Illahi.
Kan?..:)

Esok 10 Muharram. Owh, tak. Sebenarnya malam ni dah pun masuk 10 Muharram.
Camne tu? Camni..kalau mengikut kiraan Islam, mulai selepas azan Maghrib je, maknanya dah masuk hari baru. Tarikh baru. Kalau kiraan Masihi pulak, selepas pukul 12 tgh malam, baru tarikh akan bertukar. Beza kan?

Kita selalu dgr org buat "Bubur Asyura" bila tiba bulan Muharram. Kadang2 kita tak sedar pun da masuk bulan Muharram. Tapi kewujudan bubur Asyura tu yg mengingatkan kita terhadap bulan Muharram. I mean, 10 Muharram. Yela, org buat bubur Asyura tu, khusus sempena 10 Muharram je, kan?...err..

Setiap sesuatu perkara dibuat pasti ada pencetusnya.
Macam jugak bubur Asyura ni.
Selalu jugak sy dgr, peristiwa bubur lambuk atau bubur Asyura ni dtgnya dari peristiwa pd zaman Nabi Nuh, ketika baginda dan pengikut2 yg setia berada atas bahtera yg menyelamatkan mereka dari bah yg amat besar. Masa tu terpaksa catukan makanan, cz stok makanan dah hampir berkurang. Campur punya campur, jadila bubur lambuk!
Tapii..
Saya tak pasti cerita ni sahih atau tidak. Wallahua'lam..:)

Okeh. Tutup cerita bubur lambuk.
Sebenarnya nak habaq tentang
beberapa amalan sunat yg dituntut pd bulan Muharram.
Ini dia...Sila skrol dgn hati yg terbuka ye..:)

 BERPUASA

Mafhum hadis :

" Barangsiapa yg berpuasa satu hari dlm bulan Muharram,
pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun"

" Barangsiapa yg berpuasa 3 hari dlm bulan Muharram,
iaitu pd hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya
pahala spt beribadat selama 2 tahun"


BANYAKKAN AMAL IBADAT
seperti solat sunat, zikir, dan sebagainya.

BERDOA AKHIR TAHUN
pd hari terakhir Zulhijjah slpas Asar sbyk 3x

BERDOA AWAL TAHUN
pd 1 Muharram selepas Maghrib sbyk 3x


Actually, nak juga post tentang amalan2 sunat yg dituntut utk kita lakukan pd 10 Muharram. Tapi tetibe teringat, sy dah pernah post entri tu. Kalau sudi, sila klik link ni :

" Persediaan Untuk Hari Asyura "

Okeh. Adik sy, Jaja dah pesan awal2, jgn membebel banyak2 kak.
Nanti org tak larat nak baca...huhu
Selamat membaca dan Selamat beramal!..:)



diari pengarang : Semoga ibadah kita semua diterima. Aminn!..~

Tuesday, December 14, 2010

Mano Poie Ekau Punya Shoutbox ?

Salam sejahtera buat semua!
Cepat kan masa berlalu? Kita dah pun masuk ke pertengahan bulan Disember.
Maknanya tak lama lagi cuti sy akan tamat tempoh!...huhu
Ahh. Biarla. Who cares?

Ok. Jom masuk pd topik asal.
Perasan tak, dulu kan ada shoutbox kat ruang widget tu?
Tak prasan? Takpela..T_T

Nak habaq ni.
Saya terpaksa buang shoutbox sy tu. Sebab sy geram.
Geram dgn satu orang nih, yg tak senonoh. huhu..
Ada ke patut, dia letak nama yg bersimbolkan seks?..adeii..

Ni bukan tempat nak promote menda2 camtu la..
Sy tau, dia bukan Malaysian. Tapi, utk elak dari dia ulang semula perkara yg sama, baik sy buang je trus. Maaf ya. Saya tahu, shoutbox ni perkara paling mudah bg bloggers atau pelawat utk berinteraksi dgn tuan punya blog.

Tapi sy malas ah nk tgk link2 camtu lagi.
Fobia. huhu

Okeh. Takde apa nak tulis lg.

END



diari pengarang : Owh. sy lupa. Nak tanya soalan ke, nak tegur sy ke, taip je kat ruang Formspring tu, ok?..Jgn lupa letak nama tau!..daa~

Friday, December 10, 2010

Travelog Balik Kampung~Part 4

Perpisahan itu memang menyakitkan.
Ceh. Okeh. takde kene mengena, walaupun ada kaitan dgn tajuk. huhu

Owh, sebelum sy lupa!
Salam sejahtera buat para pembaca!..:)
Jgn lupa utk mendoakan kesejahteraan org lain. Bukankah kita semua telah dituntut utk melakukan spt itu, dgn memberi salam sesama kita?..^^

Baik. Ini bahagian terakhir utk entri "Travelog Balik Kampung" nih.
Gambar di atas, kami ambil sewaktu bertolak keluar dari rumah nenek dan tok ayah, utk menuju ke Stesen Keretapi Wakaf Baru.
Penuh laman rumah nenek dan tok ayah dgn sepupu2 dan makcik2 kitorang.
Waktu tu, kami bertolak dahulu ke stesen kereta api. Barang2 bertolak kemudian.
Sebab tak muat nak letak dlm satu kereta. hehe

Sampai kat stesen ketapi, ramai2 pakat check jadual perjalanan ketapi pd malam itu.
Saja nak confirmkan. :)

Nampak tak, that Englishman?
Belakang dy, isteri dy kot..huhu..Saje2 amik gambar ni. Adik2 sy jakun sgt. Tak pernah nampak secara life kot. haha..Padahal saya? Selalu sgt. Kat Melaka Sentral. huhu

Kononnya nak ambil gambar berlatar belakangkan kereta api.
Tapi yelah. Kan sesak waktu tu.
tetibe ada pakcik nak lalu. Dah hilang fokus kanak2 nih. haha

Hampir jam 8, or lebih sikit, keretapi pun sampai.
Masuk2 je, macam biasa, si Aqil nih. Makan.
Acara wajib. =.=

An unexpected incident telah berlaku terhadap kami pd malam tu. huhu
Sekaligus memberi kami pengalaman yg tak pernah disangka-sangka.
Rupanya malam tu ramai penumpang yg nak naik ketapi. Tapi tak dapat beli tiket. Jadi, depa masuk je ketapi. Peduli hape ada tempat ke idak. Janji dapat naik!

Kebanyakan depa nih org Siam. Org Siam yg duduk kat Klate, dan kerja kat Gemas.
huih..sy ingatkan sekejap je dorang nak naik ketapi tuh. huhu
Takpela..sabar sabar. Memang sesak setiap gerabak. Penuh dengan penumpang.
dan penuh dgn ASAP ROKOK.
suxx. T_T

Sekali lagi, sy tak dpt tido. Mata memang pedih, tp apakan daya. nak tido risau.
Cz dah kena himpit ngan lelaki-lelaki Siam itu. huhu
Jadi. letak kepala atas meja, dan mula la snap gambar.

Jaja, kat mana2 pun dy selesa membaca. Kebetulan dy bawak novel dari rumah. Jaja kata dah lebih enam kali dy baca novel tu. isyh budak nih.
Saya yg beli pun tak pernah bukak lagi novel tu. huhu

Jadi, malam tu, utk memastikan sy berjaga dan juga berjaga-jaga (huhu), sy try la baca novel tu. Satu cerita je. Padahal ada 3 cerita dalam tu. Sempat baca novel Syud.
Tak sempat bukak novel Hlovate.
Dan akhirnya sy tertido jugak. Nasib la. Cukupla Allah sbg pelindung. huhu

Pagi.
Ummi tak tahan dengan bau asap rokok yg tak hilang2 dari malam tadi.
Yelah, sepanjang masa puntung rokok tuh kat bibir, camna nak ilang bau asap rokok dlm gerabak tu. huhu

Syasya dan Jaja.

Emm, waktu balik ni sy tak berapa banyak ambil gambar. Sebab tudung sy tak "happen". haha
Maksudnye tudung tak betul. Susah nak pakai. Haisyh. Dan keadaan2 yg merimaskan sering melanda. Dan membuatkan diri tidak berada in good mood. Dush.

Sampai je kat Stesen Ketapi Kluang, sy dan Syasya kena ke bus stand, sbb kitorang berdua terpilih utk menaiki bas. Kereta tak muat kerana barang2 terlalu banyak. huhu
Letih sangat2. Oleh sebab tak cukup tido, kitorang apa lagi. Tido habis-habisan sepanjang perjalanan nak ke Batu Pahat. haha

Turun kat bus stand, kitorang tak terus ke Parit Sulong. Merayau dulu! hehe
Kebetulan, esoknya hari lahir Jaja. Maka kami pun berjalan mencuci mata dan membeli hadiah utk si jaja nih.

Tuala pengelap tangan. That doll, cute sangat!!...^^
Bila sy tunjuk kat Ummi gambar ni, Ummi kata, tuala murah je, doll tu yg buatkan dy jd mahal.
Memang pun. huhu

Frame yg cantek! Plus, warna dy menarik..huhu

Lampu meja or lampu bilik tidur.
Saja snap. cz katak itu mengingatkan sy kepada Harlina. huhu

Comel!!!! Ada sesiapa boleh tolong belikan tak? hehe..;p

Syasya Aina menunjukkan "Aina" nye..hehe

Okeh, Bintun Sazali yg koya nih. Ignore ignore!..huhu


After puas berjalan, kitorang pun tunggu bas tuk ke Parit Sulong.
Tunggu punya tunggu, dekat 1 jam lebih bas tak sampai2. Ciss.
Ummi kata, "Padan muka,"
huhu..

Last2, dekat jam 2 baru kami sampai di Parit Sulong, dan Ummi jemput kitorang kat sana. Balik rumah, terus ..tido lagi...huu
Penat la weyh.

END.


diari pengarang : Sudah-sudahla tu mengarut cik Bintun Sazali..huhu~

LinkWithin

Lazada Malaysia