Monday, December 20, 2010

I Don't Need A Man?..erk~

Salam sejahtera buat semua!

Waktu cuti sekolah ni, Ummi selalu la jugak upah pakcik2 tukang utk betulkan tiang rumah, bersihkan kebun, kutip sawit, buat longkang, dan lain2 lagi. Haisyh. Apa boleh buat. Kat rumah kitorang takde budak lelaki atau lelaki dewasa yg boleh diharapkan utk wat sume kerja2 tu. Yg ada tinggal Aqil sorang je.

Larat ke budak umor 9 tahun nak wat sume tu? haha..Nak harap kitorang? adeii...Lagi la. Baru wat keje sikit da sakit pinggang la, sakit tulang belakang la. Haih. Macam2. Pulak tu, cepat bosan. Baru seminit cabut rumput depan rumah, muka masing2 dah macam org takde prasaan. Poyo jek masing2. hehe..;p

Tapi dalam dua hari ni, nak tak nak, kena gak gagahkan diri utk menambak tanah kat depan rumah. Mulanya tanah tu memang tinggi. Setelah satu setengah hari kitorang tambak, jadila cam dalam gambar ni :


Semalam, kitorang rasa cam tak mampu je nak habiskan kerja2 menambak tu. Adeh. Memang letih. Sampai lewat petang membanting tulang. Malam tu, kami semua satu family tido awal. Penat sangat3!!..

Pagi 13 Muharram 1432 H

Time breakfast sama2 satu family, Syasya tetiba bukak cerita tentang mimpi dia.
Syasya kata dia mimpi tanah yg kitorang tambak dah siap! Siap sempurna dgn pasir lagi. Saya terus sambung, " Weh, mimpi kite sama!"

Saya pulak mimpi, tanah yg ditambak tu siap sempurna, dgn batu putih kat atas tanah merah, cz memang hajat kitorang nak wat camtu. Sebab tu kena ratakan dulu tanah tu. Baru boleh letak batu putih. Tapi..itu hanya MIMPI!..huhu

Ummi sambung pulak, Aqil kata dia mimpi Pak Cik Azman dtg nak tolong tambak tanah. Tapi time Pakcik Azman dtg, tanah tu dah siap tambak dah!. Haha..Ajaib!..;p

Si Jaja pulak, mimpi dia, ada bajak [or what you all called it ek?..huhu] dtg rumah, tolong settlekan tanah yg bertimbun tuh sampai siap. haha.. Hadoii..

Adakah ini yg dikatakan CHEMISTRY?..haha..semua org mimpi yg sama, sebab malam tu semua kepenatan, dan tidor dgn impian utk menyiapkan kerja tu cepat2..haha
Tapi si Kak Nor ni ha, Pelik lak mimpi dia. Pegi mimpi sal buah2an kat kebun kitorang lak..Haisyh. Sebabnya semalam petang, lepas abis satu round tambak tanah, kitorang round sekeliling rumah, tengok pokok kelapa, terbayang air kelapa muda. Tengok nangka, terbayang nangka masak lemak cili api. Tengok pokok sukun, terbayang sukun goreng yg lazat bila dimakan dgn sambal kicap!!..haha..;p

Last sekali petang tu, kitorang just dpt petik pokok pelam dan amik pisang je.
Pelam tu dah abes wat rojak semalam, pisang pulak, da siap goreng pagi tadi. haha..:)

Pagi tadi, kitorang sambung balik kerja2 menambak tanah.
Penat memang penat. Tapi apa boleh buat.
Demi kemaslahatan dan kesejahteraan rumah kami. ;p

Aqil yg berpeluh-peluh buat kerja. Belum mandi lagi tu!


Habis tangan ni melecet. Kamu tak kesian ke kat saya?..huhu



Bila la tanah ni nak rata..

Owh. Utk pengetahuan pembaca, Aqil ni bukan sengaja tau pakai kain pelikat. Sebenarnya dia masih dlm tempoh berpantang lepas bersunat or we called it berkhatan..ngeh3..;p
Prevention is better than cure..huhu

Chaiyok! Kena jugak siapkan hari ni! Sikit je lagi!

Kesimpulannya, memang kite hidup kat dunia ni saling memerlukan. Lelaki perlukan perempuan. Perempuan pun perlukan lelaki. Tipula kalau kamu cakap, sy tak perlukan lelaki dalam hidup sy. Saya mampu hidup sendiri. NO! Kamu sdg menipu diri kamu sendiri. huhu

Sy ingat lagi Ustazah Salbiah selalu ingatkan kitorang, putri2 IPPM ni, supaya berhati-hati dan cermat utk memilih lelaki.
Sebab, lelaki yg paling berguna ialah YG KUAT dan YG AMANAH!!
Ada disebutkan dalam Hadis Nabi atau Firman Allah. Tapi, sy tak dapat ingat la ayat tu. huhu

OKEH. Sampai sini je. Nak kumpul tenaga utk angkat cangkul lagi petang ni. huhu



diari pengarang : Abang Amin, Adib, bila korang nak balik?...:(...Penat taw!...huhu~

9 comments:

princeduyong said...

memang hidup kena saling membantu...

Bintun Sazali said...

princeduyong >

betul3!..:)

MrShah53 said...

bgus..=)

nama.aku.lynn said...

WAHH!KAGUMM AKU TGOK MENAMBAKK TANAH TU NAD!HIHIHI..BESTT KAN KALAU SKALI SKALA BUAT KEJE CMNI DGN FAMILY..THE MOST PRECIOUSSS MOMENT BAGI AKU.HIHIH.

P/S:AKU PERLU KAU,KAU PERLU AKU..HUHHU

Bintun Sazali said...

MrShah53 >

xiexie..:)

Bintun Sazali said...

lynn >

wow!..besaqnya..;p
haha

mmg. the most precious moment. pagi ni saling sapu-menyapu minyak panas ke atas badan masing2..huhu..sakit giler weyh~

'izzah said...

salam..
sabor yer..rumah org bru nie pon tambak tanah jgak tpi bajk yg buatkan..hihi..=)
psl cacar air org kna jmaat bru nie @ 11 muharam..mmg bkteria nie sbb kta p mner2 ker??huhu
sabar jer laa..x tau la smpat ke x blik mktb ngn muka yg sgt terrible nie..hihi..amin syukran doakn..

Bintun Sazali said...

izzati >

syafakillah...aduii...tu ke yg org pggil chicken pox?..mmg sgt terrible la nnti..huhu

hope sempat baik sblum naik cuti..

uiks? kalau bajak yg tambak tu lain cite la..hahah..;p

Abe Lo said...

salam alaik...aik...kan aku dah kata, support tiket aku balik...ngeh3..=>

LinkWithin