Friday, December 24, 2010

Kerana Lelaki Begini dan Perempuan Begitu

Salam sejahtera buat semua!

Haih. lelaki begitu dan perempuan begini?
Apa pulak la agaknya yg saya nak bebelkan kali ni ye?

Sedang syok2 termenung sambil merenung kuku jari, tetibe teringat pulak waktu muda2 dulu. [laa..dah tua rupanya.huhu] ..Waktu di sekolah menengah, sy diberi amanah utk memegang jawatan sbg seorang pengawas sekolah. Jadi tugas rutin bagi para pengawas setiap pagi, lepas perhimpunan, kami perlu check kekemasan para pelajar. Owh, sebelum tu. Hanya pelajar perempuan sahaja yg buat camni tau!. Kenapa? Entah. Saya pun pelik. Jadi, perkara yg perlu diambil perhatian ialah :
  • check KUKU, pendek ke panjang
  • check KAIN DALAM, pakai ke idak
  • check LENGAN baju, berkaf atau tidak
  • check SKAF rambut a.k.a anak tudung, pakai ke idak
Huh, banyak lagi sebenarnya. Kalau ada yg buat hal, for instance, warnakan rambut or dll, maka segala "check" tu akan lebih menyeluruh dan makin dipertingkatkan! Hmm, camtu la tugas kami setiap pagi. Kadang2 tu diri sendiri pun tak sempat nak potong kuku.
Hadei. Jadi, sila denda diri sendiri ye..;p

Tapi, pelajar2 selalu jugak pertikaikan, kenapa pelajar PEREMPUAN je yg kena itulah, kena inilah. LELAKI tak buat pun macam kite? Kenapa?? Haisyh. Saya pun tak tahula adek-adek sekalian. Tapi pada saya, peraturan ni utk kebaikan kamu semua jugak. Kebaikan di dunia dan di akhirat. Untuk apa kami check itu dan ini kalau tak bertujuan? Aurat kalian semua, kami yg tolong jaga. Owh, pada hemat saya, bukan tolong JAGA. Tapi kami tolong INGATKAN. Bukankah kita dituntut berpesan-pesan pd KEBENARAN?..:)

Owh ya. Pada pendapat sy lagi, pelajar LELAKI takde proses checking2 after assembly, sebab, depa tak suka wat semua tu. Paling koman pun, check tanda nama. Ops, saya tak berada di temapat kamu abang2 sekalian. Sebab tu sy tak tahu apa rasionalnya kamu tak lakukan pemeriksaan lengkap macam kami. huhu. Yelah, benda ni kan LECEH. Ambil masa yg sgt LAMA. Cikgu2 pun tak berapa suka, sebab ambil waktu mengajar.

Jom kita buka point sebenar.
Lelaki BEGINI dan Perempuan BEGITU.

Dua jenis makhluk Allah ni,
memang sengaja ALLAH ciptakan berlainan SIFAT ,
dari segi MENTALITI dan FIZIKALnya.

Lelaki. Memang cukup dikenali sebagai makhluk ALLAH yg memiliki 9 AKAL dan 1 NAFSU, mudah tercabar apabila ke"MASKULIN"annya dipertikaikan. Ops, semua LELAKI ke macam ni? Tak, agaknya la. Sorry ya. Saya hanya memerhati. Tapi, ego2 mereka pun, ada banyak perkara yg boleh dibanggakan. Lelaki memikul amanah ALLAH utk membimbing kaum wanita. Seperti firman ALLAH dalam surah An-Nisa' ayat 34 :

الرجال قوامون على النساء بما فضل الله بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أموالهم

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Justeru, [skema ek?hehe] seperti yg telah dinyatakan oleh Ustaz Zawawi dlm Warna Pagi IKIM.fm pagi tadi, tak sepatutnya seorang lelaki membiarkan isteri mencari nafkah utk menanggung dirinya. DAYUS tu!..Melainkan ada sebab tertentu yg tak dapat dielakkan, cam cacat anggota, lumpuh dan sakit yg tak boleh nak rawat, yg mengakibatkan dirinya kurang upaya, maka bolehla si steri tolong cari nafkah. Hmm..

Eh, sori. Sampai ke situ pulak sy membebel.

Perempuan. Banyak perkara yg perlu dijaga. Terutama sekali bab AURAT. Siapa nak tolong jaga AURAT dan MARUAH kita, kalau bukan diri kita sendiri. Saya masih ingat kata2 Ustaz Aman. Diri perempuan ni asalnya bengkok. Kalau nak dilentur, perlu cara yg halus. Siapa yg perlu mainkan peranan utk menegakkan yg bengkok tu? Tentulah si LELAKI. Kan? Sebab LELAKI adalah pendamping WANITA, begitu juga sebaliknya. :)

Perempuan pula dikatakan memiliki 9 NAFSU dan 1 AKAL. Sebab tu org kata perempuan ni adaa je benda yg dia nak miliki. Itu nak. Yang ini pun nak. Tapi akal pendek. Tak sepintar lelaki. Jgn marah kaum Hawa. Saya pun akui kelemahan diri. Nak contoh? Kalau nak buat perbandingan, siapa lebih pandai FIZIK? Tentulah kaum Adam yg lebih mengatasi kaum Hawa. Opss..tapi tak tau la boleh pakai ke idak pandangan sy. Sekadar pemerhatian. Belum secara menyeluruh lagi. Eh, jgn TERLAMPAU bangga pula ye abang2 sekalian. Setiap org ada kelemahan dan kekuatan masing2. :)

Konklusi bebelan sy kali ni, kolaborasi sesama kita dalam kehidupan seharian sgt penting bagi memastikan keamanan dan kerukunan dalam hidup kita di dunia dan di akhirat..

Dan,
kalau anak2 tanya kenapa lelaki begini dan perempuan begitu, Ummi?
Jawablah, kerana Lelaki Begini dan Perempuan Begitu, sygku..
^_~


diari pengarang : Amboih. Payah kalau dah tersasar membebel. Sebab tu blogger terkenal Ben Ashasri kata "Jangan Bagi Aku Membebel"..huu~

17 comments:

Cempakamelati said...

No komen la pasal siapa yang lagi panjang akal...yang saya tahu lelaki dan perempuan saling lengkap melengkapi.

Bintun Sazali said...

Cempakamelati >

syukran atas komen tu..:)
yups, lelaki dan perempuan saling melengkapi. Pendek atau panjang akal pun sebenarnya bergantung pd diri masing2, kan?..

Siapa yg berusaha, adala hasilnya. Kalau duduk saja2 goyang kaki, tak dpt apa la..:)

sugar2 kapas strawberry said...

hahaha..what do you think bout rancangan tv MR MAMA?laki dok umah jaga anak,masak kemas sume2..tp bini cri duit.bkn dia takmpu nk g keje..eh nthlah

Bintun Sazali said...

kak lynn >

haha!..itula yg dibincangkan pagi tadi!..:)

yups, kita kena tengok dari sudut yg pelbagai. byk jugak komen dr pndgr IKIM yg kata cam akak. hehe

kdg2 isteri sibuk bekerja sbb gajilebih tinggi dan pangkat lebih tinggi, suami jd rendah diri. ataupun ada jugak lelaki yg rasa seronok dan selesa, sebab tak payah cari duit lg, sbb dy rasa bini mampu sara keluarga. Byk cekdak dy.huhu..Takbleh3....;p

MerPati tErbAng MenCarI ...... said...

tetap bersykur menjadi wanita :p

Bintun Sazali said...

cik merpati >

yups, cz semua org ada kelebihan dan kekurangan!..:)

nama.aku.lynn said...

nad,den copy ayat kau sng sikit..point nye ada..

kolaborasi sesama kita dalam kehidupan seharian sgt penting bagi memastikan keamanan dan kerukunan dalam hidup kita di dunia dan di akhirat..

kan2..=)

aqish said...

sis, tahun depan kita buat keje mcm ni lagi.
jadi pengawas form 6.
hahaha.
mencabar kalau berdepan dgn lelaki.

Bintun Sazali said...

lynn >

haha,,yups, make it easier..copy jer..haha..:D

Bintun Sazali said...

aqish >


waa..jd pengawas jugak?..:)
kerja mulia tu..hehe

Siti Safiyyah said...

teringat dulu zaman skola gitu gak..ppuan je yg over checking lebih..laki haram nak buat gitu gak..tp ble pk2 blk, ppuan kn byk mende nak dijaganauratnye..so sbb tu ppuan kene checking lebih..kan kan? :)

Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah :)

ms ct said...

salam,nad..
bile nad cite pasal checking mnchecking ni, mmg terimbau kembali zaman skola..
kdg2 kte tgok bnde yg di check tu remeh..tp once kite da kuar skola, xde sape nk igtkan kite psl bnde2 tu sume..mse tu la bru trfikir,jahilnye aku dulu...

hehe..
jemput dtg blog ain : ms-ct.blogspot.com

Bintun Sazali said...

Siti >

betul3!...memang perempuan ni byk perkara yg perlu dijaga, dr luaran smpaila dalaman. sampaikan nak kena ada org lain tolong ingatkan..:)

Bintun Sazali said...

ain >

betul ain..ak wat n sebab nak refleksi diri jugak..huhu..kalau dulu ade je checking.jd kite beware apa yg perlu dijaga. skrg smbil lewa je..huhu

waa..ko pon ada gak blog?..:)
okeh,ak dtg!!..^^

ms ct said...

xpe..skrg msing2 da besar,n bkal menempuh dunia lg luas kt luar sne..sme2la kte sntiasa beringt.. insyaAllah,Allah sntiasa bantu kite..

bru je ad blog ni..permulaan ckap kosong je,tp insyaAllah nk improve pengisian dlam blog..

ske bce blog ko..sempoi n byk pengisian..x boring nk bce..even ko cite psal diri ko,tp still selitkan peringatan..
thumbup 4 ur blog...
;)

Bintun Sazali said...

ain >

InsyaAllah, aminn...!

isyh ko ni. segan ak. huhu..;p
maceh2. macam lynn penah post kat blog dy ritu, blog ni tuk student obesi je..cam ko..haha..;p..bykla cite ko boleh wt nanti..:)

nway, syukran jazilan soddiqi!!..^^
all the best taw!..

ms ct said...

ish..blog ni utk sume..student obesi sme je..haha

thanx..ko pn all d best..

LinkWithin