Friday, December 10, 2010

Travelog Balik Kampung~Part3 [wedding!]

Salam sejahtera buat semua!
Hah. Nak sambung lagi entri yg sepatutnya dah lama di"publish"kan nih..
Jap, nape terselit perkataan "wedding" kat tajuk tu ye?

Ha..sebab, kali ni sy berpeluang berkunjung ke rumah rakan di Kelantan, yg kebetulan ada pulak majlis walimatul urus kat rumah beliau. Tapi bukan dia yg kahwin. huhu
Sape? adik beliau la..

Cantik betul pelamin nih. huhu. Berangan sekejap. hehe.
Emm, pasangan pengantin ni kahwin awal, sebab family tak nak berlaku macam2 perkara yg tak patut berlaku.
Daripada menggalakkan maksiat, baik menggalakkan perkahwinan, ye idak?
huhu..

Sebahagian hantaran yg dibawa oleh pihak lelaki ke rumah pengantin perempuan.

Hah, kat bawah ni, cik Badriah (tudung pink) dan tuan rumah, Kak Imah..hehe

Maaf tau cik Badriah, menyusahkan kamu pulak, bersusah-payah datang amik sy kat rumah. Da la tak pernah tau rumah nenek dan atuk sy kat mana. hehe. Nasib baik, takdir yg menemukan kita. Ceh. ;p

Owh, lupa nak habaq.
Kalau kat Klate nih, org2 Klate panggil majlis2 kahwin camni, majlis "make gula" or bahasa standard nya, "makan gulai".
Sebab, selalunya hidangan yg dihidangkan berupa gulai.
Contohnya gulai kambing ke, gulai lembu ke..hah..ni la yg lain sikit dari negeri Johor.
Asyik nasi minyak jek. huhu
Tapi, apa jenis hidangan, tu tak penting.
Asalkan makanan, sume boleh masuk dlm perut sy. hihi

Sesi berangan di atas pelamin. haha
Nak ambil gambar dengan pengantin, tapi depa asyik duk tukaq baju ja, camne..huhu
[sy cerita tentang Klate, tp duk speaking Kedah la,Perak la. haha.]

Lama jugak kitorang kat rumah Kak Imah.
Makan-makan, borak-borak lepaskan rindu utk membebel bersama-sama. haha
Kawan2 yg lain, jgn cemburu ya..;p

END.


diari pengarang : Sampai sekarang sy tak gheti kecek Klate. Guano ek?..huhu~

6 comments:

'izzah said...

cemburu???huh...x dak mase..hahaha.

farisha_ipin said...

wah! jelez! haha.
xde ar..
waaa...betoi3!
lawa la pelamin td tu
^_^
bile ek nk make gula umah akk lak?
hehehhee~

same here.. duk tmpat lain tp duk ckp kedah ja..

Bintun Sazali said...

zati >

cehh..memang ang tak akan cemburu, cz travelog ang lebih menarik!!huhu..
teman plak yg cmburu kt ang..

Bintun Sazali said...

farisha_ipin >

pelamin tu mmg lawa..mlgnya bukan sy punya. sbb sy punya lg lawaa!!..hahaha...;p

aisehh..sori,berangan lg..;p

hah,tggu je la.nanti kite tag kad kawen kat fb..haha..:D

Lukisan Alam said...

xde nyusah2 nyer cik bintun,,,hahaha,,biasa saja..=)
sronok yer kamu...

Bintun Sazali said...

Lukisan Alam >

haha..apepon, very2 thank you la cik Badriah!!..^^

LinkWithin