Wednesday, December 1, 2010

Travelog Balik Kampung ~ Part 1

Salam sejahtera buat semua!
Wah. Lama betul tak buka blog nih. Berhabuk.
Alhamdulillah, tetiba dapat on9 dengan jayanya kat rumah ni. Bukan senang tau nak dpt line!..

Seperti yg dijanjikan suatu waktu dahulu, sy nak catat cerita tentang travelog balik kampung kami sekeluarga yg agak mencabar dan menyeronokkan!..haha..:p

Maklumla. Bukan senang nak dapat balik kg. Kena tunggu cuti panjang. Itupun nasib baik Ummi tak handle apa2 kelas tambahan. Kalau tak memang tak ke mana la kami nih. huhu

Baiklah.
Ummi ambil keputusan utk balik ke Klate pd hari pertama Hari Raya Haji.
Itu je tiket yg dapat. Nak wat camne kan? Kami pergi naik ketapi. So,kena berangkat ke Kluang dulu, tinggal kereta kat sana, then driver Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menjemput kami pd malam itu..:)

Perjalanan dari rumah ke Kluang. Memang sgt jauh. Jenuh duduk dalam kereta.
Sampai depa bosan. :p

Sampai di Kluang, masih awal lagi. Keretapi ke Kelantan akan sampai dlm pukul 9 lebih.
Jadi, memang kebosanan melanda dari segenap sudut. Saya, apa lagi. Asyik jadi pemerhati.
Hidung pulak kadang2 sesak dan mata pun pedih, sbb tak tahan dgn asap rokok.
Mana2 pergi, ada je asap rokok.
Sedap sangat ke isap rokok nih?
huhh...

Penantian satu kebosanan. Eh. Penantian satu penyeksaan. hehe

Hari dah menjelang malam. So,kami perlu sentiasa bersiap- siaga. Tak mau la kelam-kabut bila ketapi sampai nanti. Check barang2, penting tuh!

Ha. Lepas tu. Bergambar je la kitorang. Bergambar sakan.

Ummi dan Aqil

Kakak dan Jaja

Jaja perasan comey

Budak2 makan biskut. huhu
Masa ni dah berapa kali makan dah...hehe


Dalam jam 9, dah nak jam 10 dah pun, baru ketapi sampai.
Naik2 ketapi je...

Makan lagi!...

Sesungguhnya sgt bosan dan agak tak selesa sbb kali ni kami tak dapat nak tempah gerabak yg ada katil. Terpaksa la tido gaya bebas.

Macam ni!..huhu

Dalam ketapi, asap rokok masih tak henti2 berkeliaran. huh. Sesak.
Rasa macam nak mengamuk. Tapi apakan daya?
Memang tak dapat nak tido dgn tenang. Sakit tengkuk.
Mata pun tak berapa nak pejam.
Tapi...last2..

Terlena jugak...huhu
Ops.. terpaksa tutup hidung. Tak tahan dan tak mau mati cepat cz hidu asap rokok. huhu

Hmm..banyak lagi nak tulis. Tapi kenapa ek, idea tak bercambah malam ni?
Takpelah. Ada rezeki, panjang umur dan bila line ok lagi, sy akan sambung part 2 pula.
Have a nice day!




diari pengarang : Kenapa blur hah? sob3~

14 comments:

Serikandi Mujahidah... said...

blur itu seni...ahaks..

Bintun Sazali said...

yelah kak tinie winnie!..hehe..;p

Solihin Zubir said...

uiiii... lama btol tak naik keretapi.. last naik masa darjah satu.. huhu..
tapi trai kat KL tu dah salu sangat dah,..... hehehe..

farisha_ipin said...

salam...pengalaman tu..
bestnye dpt naik keretapi!
na da lama x naik. sgt rindu keretapi.. smbung eh kak nanti. x sabar nk bc part 2~

PuteriBonda Anis said...

comel!

:D

Bintun Sazali said...

Solihin Zubir >

haha..slalu? ada gak la pglman tuh..hehe..;p


farisha_ipin >

rindu ketapi? haha..:p..okeh2..doakan la line ni wt baik ngan kite lg.huhu


PuteriBonda Anis >

ape yg comel kak?hehe..

SuhaNa said...

Assalamua'laikum warahmatullah ukhti..Alhamdulillah,selamat ye..hehe..memang seronok naik keretapi tapi kalau malam sejuk bebenor..tapi jawlah yang berguna neh..ada pengalaman =)

Al - Mu'allim said...

Salam 'alaik

Naik keretapi memang best kalau naik ramai. Waktu di kampus dulu, keretapi adalah pilihan utama balik kg dari KL Sentral - Tumpat sb ada tiket konsesi, dapat diskaun 50%.

13jam perjalanan mmg bosan kl xde kawan, tp kalau pakat naik rmai2, mmg meriah.

Bintun Sazali said...

SuhaNa >

syukran jazilan ya ukhti!..:)
uisyh..mmg!..sejuk sangat2!...sbb ada aircond..huhu
hehe..pglman mengajar kta sglanya!..:p


Al - Mu'allim >

wahh..kira dah biasa naik la ni?hehe
mmg sronok bila ramai2..tp yg tak seronok,bila ramai2 tu ada plak benda2 yg menyesakkan nafas dan menyakitkan mata..huhu
Sabar je la..~

sufiyyah zulkifli said...

:) naik train best. dpt tengok wayang alam. :)

nadia, jgn ckp yg tudung coklat itu awk. adik awk kan? kan? kan?

lagi satu, next time, dtg kelantan, roger la saya. :) boleh dtg rumah makan2. :D

Ain Atika Zailani said...

bestnya balik kampung ramai ramai....=)

Bintun Sazali said...

sufiyyah >

wah!..teacher sufi came here!...hehe..;p

uiks?tdg coklat?adik sy la..hhehe
nape?muke sama ea?..;p
siblings..biasa la..^^

makan2? i like!..haha..;p..insyaAllah..:)

Bintun Sazali said...

Ain Atika Zailani >

mmg best kak!..hehe...tp tang nk bayor tmbg tu la yg tak best..haha..;p

Ain Atika Zailani said...

hahah...alaaa...xpe sekali sekala...ahahha

LinkWithin