Thursday, October 18, 2012

Kitakah Menara Hidayah?

Bismillah.


Teringat perkongsian yang kami dapat waktu hujung minggu hari tu. Waktu duduk-duduk berbincang dengan adik-adik, dengan kakak-kakak yang disayangi kerana Allah..hehe. Cukup seronok waktu tu, macam-macam ilmu baharu yang saya dapat. Eh jap. Ayat macam ayat refleksi. -,-

Menyentuh tentang tajuk. Menara Hidayah. Ape kebende nye tu? Okeh. Ni perkongsian dari seorang adik. Dia kata, dalam hidup ni, tugas sebagai seorang da'ie adalah untuk menyampaikan, untuk mengajak orang lain kepada kebaikan. Dann, kita ni umpama "menara hidayah" untuk orang lain. Lagi sekali mau tanya, apa sebenarnya "menara hidayah" ni?

Sebenarnya tak berapa ingat ceritanya macam mana, tapi intipati daripada perkongsian ni, kita sebagai seorang da'ie, seorang pemimpin, seorang naqibah, perlu jadi menara hidayah kepada orang yang kita pimpin. Perlu jadi petunjuk kepada orang yang kita pimpin. Perlu jadi panduan, perlu jadi contoh. That's why lah kenapa diumpamakan sebagai "menara hidayah". Menarik kan nama tu? :)

Tapi kann...hmm. Bila refleks semula..kita ke menara hidayah yang disebut-sebut tu? Layak ke aku nak jadi menara hidayah untuk orang lain? Jawapannya, anda tentukan.

Sebab dalam hidup ni, asalkan kita "ada sesuatu", perlu kita beri sesuatu. Asalkan ada yang boleh kita sampaikan, sampaikanlah kepada orang lain. Jangan nak tunggu orang perli "kalau dah baik, kenapa nak baik sorang-sorang, kenapa tak nak ajak orang lain jadi baik sama?". Nak ke macam tu? Kalau tak ada orang cakap mcm tu kat dunia, mungkin kat akhirat nanti ada? Nauzubillah.

Hmm. Orang yang sibuk menaip ni pun, sebenarnya taklah baik, taklah sempurna, taklah suci daripada sebarang dosa. Kalau nak diikutkan, bertimbun-timbun dosa. Jadi.....mampu ke saya jadi menara hidayah buat mereka? Hmmmm.........

Ok lah. Cukup. Tak mahu membebel lama-lama. Sekadar melepaskan apa yang terbuku di hati, sambil-sambil mengisi ruang kosong yang sangat banyak. Heee. Orang bagi masa suruh study ang takmau. Nanti dah dua tiga hari nak exam barulah terkulat-kulat terkebil-kebil tertension-tension depan nota-nota. Pheww! -,-

Selamat maju jaya buat semua yang bakal menghadapi peperiksaan dalam waktu terdekat ni. Study molek deh. Bittaufiq wannajah fil imtihan! May Allah bless! Eh. Kali ni takdak gambar nak attach. Tapi kite nak kongsi video lah. Suka lagu ni. Selamat mendengar! Adios! ;)








Tuesday, October 16, 2012

Masalah Rambut?

Bismillah.


Anda sering mengalami masalah keguguran rambut yang melampau? Kulit kepala yang berminyak dan berkuping? Kelemumur? Rambut kasar dan rosak? Ok, di sini, saya boleh memberi cadangan sebagai penyelesaian kepada masalah anda!

Memperkenalkan, Hair Treatment Series yang dikeluarkan oleh syarikat Catalyst Nutraceutical Sdn Bhd. Syarikat ini telah mengeluarkan pelbagai produk yang berasaskan Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil (VCO), yang telah terbukti mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Menarik kan? :)

Kenapa dinamakan Minyak Kelapa Dara?

Sebab, minyak kelapa ini diproses tanpa sebarang penggunaan haba atau kimia. Oleh itu, struktur asal dalaman minyak kelapa ini dapat dikekalkan keasliannya, berbanding dengan minyak kelapa biasa yang diproses menggunakan haba dan kimia yang boleh membawa kepada kemudharatan apabila manusia memakannya.

Berbalik kepada HAIR TREATMENT SERIES yang saya sebutkan tadi, apa ye khasiatnya? Okeh, mai sini nak cerita. Apa benda sebenarnya Hair Treatment Series ni? Produk ni sesuai untuk LELAKI dan WANITA tau. Ni dia :



Hair Treatment (botol kecil) : RM 39.90
Hair Revitalizer (botol tinggi) : RM 39.90



Cara Penggunaan :

Hair Treatment :

- Titiskan sedikit Hair Treatment pada tapak tangan dan sapukan 30 minit sebelum mandi.
- Pastikan sapuan terkena sehingga ke kulit kepala / akar rambut.
- Setelah 30 minit, basuh rambut seperti biasa dengan syampu.
- Jika rambut anda panjang, sapuan nipis sudah memadai.

Hair Revitalizer :

- Titiskan sedikit Hair Revitalizer pada tapak tangan anda.
- Sapukan Hair Revitalizer pada rambut anda.
- Jika rambut anda panjang, sapuan nipis sudah memadai.
- Tidak perlu dibilas semula.
- Boleh digunakan untuk kegunaan harian.
- Penggunaan yang kerap akan membantu dan mempercepat proses perawatan dan penyegaran kulit kepala dan rambut.


Kelebihan menggunakan Hair Treatment Series ?

- Merawat kebotakan dan keguguran rambut
- Menghitamkan dan melebatkan rambut
- Mengatasi masalah penyakit kulit kepala
- Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala
- Menghapuskan kelemumur pada kulit kepala
- Mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya kelemumur dari membiak
- Rambut menjadi subur dan bertambah hitam
- Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya
- Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari
- Menyuburkan kulit kepala


Sebenarnya, masalah keguguran rambut memang dialami oleh semua orang. Normal. Tapi, kadar normal bagi rambut yang gugur adalah dalam lingkungan 50-80 helai sehari. So, biasalah tu kalau bilik air, bilik tidur, bersepah dengan rambut yang gugur. Jangan risau ya ladies and gentlemen sekalian. Tapi pastikan kadar pertumbuhan rambut yang baru lebih tinggi dari kadar rambut yang gugur, untuk mengelakkan masalah kebotakan! Untuk bacaan anda semua, sila klik di SINI. :)

Nak kongsi satu perkara tentang rambut ni. Perkongsian ni saya dapat waktu dalam kelas, ustazah yang bgtahu. Hee. ;) Ni dia :

Jangan sikat rambut dalam keadaan berdiri, seeloknya sikat rambut dalam keadaan duduk. Kenapa ye? Sebab, sikat sambil duduk dapat menguatkan otot jantung. Ada bukti kenyataan ni dari saintis, tapi malangnya saya tak dapat cari bukti saintis tu. Maaf ye. Heee..

Okeh, itu saja untuk kali ni. Sebarang pertanyaan atau sebarang maklumat lanjut, boleh pm/ sms saya di facebook Lydia Catalyst. Semoga bermanfaat! Adios!




Friday, October 5, 2012

Produktif Muslim

Bismillah.


Fuhh. Lamaaa sangat2 dah ni tak update. Macam biasa, nak update, tapi (tapi lagi. Haihh -,-) selalunya update dalam hati je. Ngeh3. Banyak nak luah, banyak nak bebel, tapi tak sempat nak capai laptop, semua dah berterbangan. Sebab dah bebel puas-puas dalam hati. Monolog dalaman lah kiranya. Cett.

Alhamdulillah, waktu busy yang melampau dah pun beransur pergi. Eh? Ye ke? Hmm. Macam pelik kalau tak busy. Bila dah biasa busy, waktu tak ada kerja adalah waktu yg paling membosankan, waktu yg paling dan sangattt membazir. Haiya. Macam tak tahu nak buat apa. Padahal, banyak benda yang kau boleh buat. Kemas bilik ke, update file ke, study ke. Banyak alasan lah. Grr.

Berbalik kepada tajuk. Produktif Muslim. Rasanya mutakhir ni selalu sangat dah dengar perkataan yang seumpama dengan ni. Selalunya sy dengar slot Muslim Produktif dalam Ikim.fm, oleh Ustaz Pahrol Muhammad Juoi. Seronok rasanya, kalau benar-benar dpt jadi Muslim yang produktif. Hmm.

Pernah suatu ketika, waktu slot tu berlangsung, ada dibincangkan ; tajuk yang diberi tak sepatutnya begitu (Muslim Produktif), sebab kalau dah namanya MUSLIM, memang sepatutnya produktif. Tapi, biasalah, untuk meng"highlight"kan dan menyedarkan Muslim masa kini tentang peranan kita sbg Muslim. Apa guna jadi Muslim kalau tak sedar yang diri tu sangat sangat sangat berguna untuk ummah. Kann? Heh.

Ok. Kau pandai cakap je kan. Padahal cuba tengok diri sendiri. Produktif ke weyh? 

*Kaku sekejap. Tengok cermin. Pandang atas bawah. Fikir. Hmm.

Dah cukup produktif ke aku ni??? :(

Bila kita rasa kita dah banyak buat kerja, bila kita rasa kita dah cukup cukup cukup busy, cuba kita pandang orang lain yg lebih bagus performance nya, yang lebih banyak tanggungjawabnya. Setanding ke kita dengan dia? Banyak sangat ke yg kita dah sumbang utk Islam?? Banyak ke? Awak pikir la sendiri ye..

Sebagai Muslim, la budda, tidak boleh tidak, MESTI jadi produktif. MESTI sumbangkan sesuatu untuk kemaslahatan ummah. MESTI sumbang sesuatu untuk kebaikan agama Islam. Apa? Ingat jadi Muslim ni macam jadi setiausaha Persatuan Badminton ke? Sekadar pada nama. Kalau tak amanah, tak buat kerja. Kalau rasa amanah, dan rasa rajin, baru rasa nak buat kerja. Hehh. Eh jap. Kenapa mesti s/u Persatuan Badminton? Hee. -,-

Ok abaikan.

Hmm. Rasa macam duk membebel, monolog dalaman lagi. Isyh. Hah, waktu ber"usrah" dengan adik2 semalam, banyak kali rasa terpukul. Dush2! Padan muka awak, kakak naqibah! -,-

"Fasiq ni, orang yg lakukan dosa secara berterusan."
"Walaupun dia tahu perbuatan tu dosa?"
"Ya, dia tahu apa yg dia buat tu berdosa. Tapi dia buat juga."

"Neraka, apinya berwarna hitam. Ya, bukan mcm api kat dunia ni"
"Neraka Saqar adalah neraka bagi org2 yang melewatkan solat. (juga utk yang meninggalkan solat)"

Allahuakbar. Siyes. Malu nak habaq. But siyesly, bulu roma dah meremang. Ya. Saat tu, mulut terkunci terus. Sebab....dosa bertimbun beb. Apa guna nasihat orang, kalau diri sndiri pun teruk. Ye, teruk yang amat sangat. Sangat sangatt. :(

Hmm. Entahla. Gerunn. Astaghfirullah. 

Cukuplah membebel setakat ni. Apa yang penting, sbg seorang manusia biasa, memang kita tak akan termampu untuk buat semua perkara. Kita memang tak akan termampu untuk sepenuhnya "menginfaq" diri untuk Islam. Mungkin ada dalam kalangan kita yg mampu. Tapi mungkin lebih ramai yg rasa tak mampu. It's ok...sebab as a Muslim, KALAU TAK BOLEH BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA. - Pesanan untuk diri sendiri khususnya, dan kpd orang lain umumnya. Emm.

Sekian sahaja bebelan kali ni. Semoga bermanfaat untuk diri penulis, dan juga untuk semua. Salam ukhuwwah. Adios! :)





update :

Godek2 laptop, baru terjumpa gambar yg di'crop' dari fb suatu waktu dulu.  Related pula dengan tajuk ni. Semoga bermanfaat! 





LinkWithin

Lazada Malaysia