Friday, October 5, 2012

Produktif Muslim

Bismillah.


Fuhh. Lamaaa sangat2 dah ni tak update. Macam biasa, nak update, tapi (tapi lagi. Haihh -,-) selalunya update dalam hati je. Ngeh3. Banyak nak luah, banyak nak bebel, tapi tak sempat nak capai laptop, semua dah berterbangan. Sebab dah bebel puas-puas dalam hati. Monolog dalaman lah kiranya. Cett.

Alhamdulillah, waktu busy yang melampau dah pun beransur pergi. Eh? Ye ke? Hmm. Macam pelik kalau tak busy. Bila dah biasa busy, waktu tak ada kerja adalah waktu yg paling membosankan, waktu yg paling dan sangattt membazir. Haiya. Macam tak tahu nak buat apa. Padahal, banyak benda yang kau boleh buat. Kemas bilik ke, update file ke, study ke. Banyak alasan lah. Grr.

Berbalik kepada tajuk. Produktif Muslim. Rasanya mutakhir ni selalu sangat dah dengar perkataan yang seumpama dengan ni. Selalunya sy dengar slot Muslim Produktif dalam Ikim.fm, oleh Ustaz Pahrol Muhammad Juoi. Seronok rasanya, kalau benar-benar dpt jadi Muslim yang produktif. Hmm.

Pernah suatu ketika, waktu slot tu berlangsung, ada dibincangkan ; tajuk yang diberi tak sepatutnya begitu (Muslim Produktif), sebab kalau dah namanya MUSLIM, memang sepatutnya produktif. Tapi, biasalah, untuk meng"highlight"kan dan menyedarkan Muslim masa kini tentang peranan kita sbg Muslim. Apa guna jadi Muslim kalau tak sedar yang diri tu sangat sangat sangat berguna untuk ummah. Kann? Heh.

Ok. Kau pandai cakap je kan. Padahal cuba tengok diri sendiri. Produktif ke weyh? 

*Kaku sekejap. Tengok cermin. Pandang atas bawah. Fikir. Hmm.

Dah cukup produktif ke aku ni??? :(

Bila kita rasa kita dah banyak buat kerja, bila kita rasa kita dah cukup cukup cukup busy, cuba kita pandang orang lain yg lebih bagus performance nya, yang lebih banyak tanggungjawabnya. Setanding ke kita dengan dia? Banyak sangat ke yg kita dah sumbang utk Islam?? Banyak ke? Awak pikir la sendiri ye..

Sebagai Muslim, la budda, tidak boleh tidak, MESTI jadi produktif. MESTI sumbangkan sesuatu untuk kemaslahatan ummah. MESTI sumbang sesuatu untuk kebaikan agama Islam. Apa? Ingat jadi Muslim ni macam jadi setiausaha Persatuan Badminton ke? Sekadar pada nama. Kalau tak amanah, tak buat kerja. Kalau rasa amanah, dan rasa rajin, baru rasa nak buat kerja. Hehh. Eh jap. Kenapa mesti s/u Persatuan Badminton? Hee. -,-

Ok abaikan.

Hmm. Rasa macam duk membebel, monolog dalaman lagi. Isyh. Hah, waktu ber"usrah" dengan adik2 semalam, banyak kali rasa terpukul. Dush2! Padan muka awak, kakak naqibah! -,-

"Fasiq ni, orang yg lakukan dosa secara berterusan."
"Walaupun dia tahu perbuatan tu dosa?"
"Ya, dia tahu apa yg dia buat tu berdosa. Tapi dia buat juga."

"Neraka, apinya berwarna hitam. Ya, bukan mcm api kat dunia ni"
"Neraka Saqar adalah neraka bagi org2 yang melewatkan solat. (juga utk yang meninggalkan solat)"

Allahuakbar. Siyes. Malu nak habaq. But siyesly, bulu roma dah meremang. Ya. Saat tu, mulut terkunci terus. Sebab....dosa bertimbun beb. Apa guna nasihat orang, kalau diri sndiri pun teruk. Ye, teruk yang amat sangat. Sangat sangatt. :(

Hmm. Entahla. Gerunn. Astaghfirullah. 

Cukuplah membebel setakat ni. Apa yang penting, sbg seorang manusia biasa, memang kita tak akan termampu untuk buat semua perkara. Kita memang tak akan termampu untuk sepenuhnya "menginfaq" diri untuk Islam. Mungkin ada dalam kalangan kita yg mampu. Tapi mungkin lebih ramai yg rasa tak mampu. It's ok...sebab as a Muslim, KALAU TAK BOLEH BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA. - Pesanan untuk diri sendiri khususnya, dan kpd orang lain umumnya. Emm.

Sekian sahaja bebelan kali ni. Semoga bermanfaat untuk diri penulis, dan juga untuk semua. Salam ukhuwwah. Adios! :)





update :

Godek2 laptop, baru terjumpa gambar yg di'crop' dari fb suatu waktu dulu.  Related pula dengan tajuk ni. Semoga bermanfaat! 





5 comments:

hanimnorlaila said...

comel ;p

Ejan said...

hurm..klu buat drama base on ur blog ni mesti best kn? betul x kawan2...pastu siarkan kt tv alhijrah

Ejan said...

ermm comel2

Bintu Sazali said...

hanimnorlaila >

comel tang mana cik adik uiii...

Bintu Sazali said...

Ejan >

loh..sampai mcm tu skali ye..tak layak pong...huhu...T_T

LinkWithin