Wednesday, February 2, 2011

Wanita : Gaza vs Malaysia

"Ni kenapa pakai tudung labuh-labuh ni?" soal Datin T dengan tegas.

Senyap. Pelajar itu malas hendak berkata apa-apa.

"Lain kali awak tak payah la pakai tudung macam ni. Pakai yg pendek2 je. Rimas sy tengok." sambung Datin T lagi setelah tidak mendapat apa2 respon, melainkan respon dari org sekeliling yg memandang dia dan pelajar itu dengan rasa hairan yg membuak-buak.

Okeh. Ini salah satu kes benar yg dah berlaku. Anda? Ada tak cerita2 yg begini? Lihatlah. Hak kita utk mengamalkan cara hidup Islam sahaja telah ditegah oleh pemimpin sendiri. Owh ya. Saya patut nyatakan di sini, ditegah oleh pemimpin yg beragama ISLAM sendiri.

Apakah ISLAM pd pandangan mereka? Di mana ISLAM dalam hidup mereka? Untuk apa ISLAM pada diri mereka?


Baiklah. Mungkin pelaksanaan gaya hidup Islam dalam diri saya sendiri pun belum lagi mencapai tahap holistik, tahap menyeluruh. Tapi sebagai seorang Islam, tak kesal ke bila hak sbg org Islam dinafikan dalam negara sendiri? Tak sedih ke bila Islam itu hanya pada nama? Tak gerun ke kalau negara lain duk kata, nama je negara Islam, tp org2 besarnya bila adakan lawatan ke negara Islam yg lain, tak bertudung? Ops. Kasar sangat ke? Sorry.

Kat Malaysia ni, banyak sangat tempat-tempat kerja yg menetapkan syarat, "Tidak Boleh Bertudung", "Tak Boleh Solat" kalau nak kerja kat situ. Ok fine. Mungkin majikannya non-Muslim. Weyh, kome tuh..tak sedar ke, ini negara Islam. So, we have our own right meh!

Dah jadi satu hal pulak, bila perkara2 macam tu muda-mudi kita jadikan alasan utk tak pakai tudung, utk tak solat Jumaat, utk tak solat lima waktu.

"Ala, takpe. Boleh qada' kan solat tu? Lagipun aku cube cari rezeki yg halal"

Woiyt. Qada' solat tu hanya utk beberapa keadaan je okeh. Berbalik kepada isu Gaza.
(Eh sori la yer. Emo, dah membebel banyak sal mende lain pulak.)

Sebenarnya tergerak nak post entri ni sebab hari tu Cikgu Azman ada cerita ttg buku "Cinta di Langit Gaza" kalau tak silap. Sahabat sy nak pinjam. Tapi tak tau la dah dapat pinjam ke belum. Teringin juga nak baca. Tapi buku pelajaran pon tak terbukak-bukak. Nak baca buku lain? Emm, kena beratur dulu la jawabnya. Sob3.

Nak tengok tak review tentang buku tu? Saya baru je surf kat internet. Klik la SINI ye. Kat situ ada la serba sedikit diceritakan tentang kandungan buku nih.

Paling saya teruja, bila Cikgu Azman ceritakan ttg Muslimat di Malaysia dan Muslimat di Gaza. Hey, muslimat di Gaza takde masa nak bergosip. Takde masa nak jalan berlenggang-kangkung macam itik pulang petang nak pi pasar. Takde masa nak soksek soksek potpet potpet tentang rumahtangga org lain, cerita dalam kelambu org lain. Huh. Memang berbeza lah kita dengan mereka, kan?

Kalau kome tengok an, ada cerita bab poligami kat situ. Wah. Wanita Gaza tak heran dengan poligami. Kenapa? Sebab depa tau, dengan berkahwin, mereka dapat melahirkan zuriat. Dan zuriat mereka itulah sbg saham utk mereka ke syurga. Subhanallah. Apabila suami2 mereka gugur syahid, maka akan diaturkan satu proses utk menyunting balu para syuhada ini utk dijadikan sbg isteri.

Anak2 yg lahir dari rahim mereka dibenarkan untuk turut sama berperang, berjuang mempertahankan tanah air, mempertahankan bumi Baitul Maqdis yg tercinta. Betapa bersemangatnya mereka, seperti kisah2 yg kita sering baca dan dengar pada zaman2 anbiya' dan salafussoleh terdahulu. Kita?

Sami'na wa ato'na ? Kami patuh dan kami taat? Entah bila keberanian itu akan muncul. Entah bila sifat al-Wahan akan terhakis. Entah bila?




diari pengarang :

Memang bersemangat! tapi mungkinkah semangat ini hanya utk seminit dua? Atau boleh kekal utk sepanjang hayat kita? Wallahua'lam... :(


12 comments:

+qAsiH naDiRa+ said...

semoga kita dapat hidayah dan pemghayatan yang mendalam tentang Islam~

Bintun Sazali said...

aminnn!

nurIman Abdul said...

salam cik bintun.:)

semangat ini lah yg kte mau..hehe,,;p

thumbs up cik bintun..bring me along with the spirit..cheewaahh..hehe ;p

Nur Ilyani Abd Munir said...

Sungguh..fikrah Islam dtg apabila mereka mengamalkan dan menghayatinya..

Along Tapa said...

aku tertarik dengan poin poligami tu...aku boleh bet 100 out of 100 pompuan malaysia tak hingin kena poligami sebab tak suka kongsi2...ko rasa ko sokong ke, tak...hehe...


Gorengbaek - Kenapa kerajaan kena tukor desktop pegi laptop?

Hangit Habis dah - Mangsa terbaru...agak-agak sape?

Bintun Sazali said...

cik nurIman >

haha. kekadang semangat tu dtg membara-bara, membuak-buak, sbb terjadi pd diri sndri @ kwn2 sendri..tp kekadang mudah je semangat tu lesap...mudah2an semgt tu takkan pernah lupus! :)

Bintun Sazali said...

Ily >

betul! kurang penghayatan, kurang kefahaman, maka camtu ah jadinya..entah smpai bila kan? sob3 :(

p/s: diri teman sndri pon lom berubh lg. entah bila? huhu~

Bintun Sazali said...

Along Tapa >


wlpon ak takmo setuju, tp aku kene gak setuju. haha ;p

wey, teman sndri pon tak mau tau..huhu...mcm ne la nk dpt semngat cam wnita Gaza? Subhanallah :)

Solihin Zubir said...

syok nowh buleyh cium ketiak bik mama tu.. huh! hangit!

mudah-mudahan kaum2 yg jahil itu akan diberikan hidayah mengenai halal haram.

begitu juga dgn kita..

Nur Ilyani Abd Munir said...

Iman manusia bak kulit bawang..nipis..kita boleh berubah kan menjadi lebih baik..InsyaAllah,slow2..don't 2 rush..Ya Muqallibal Qulub Thabbit Qulubana Ala Dinik Wa A'la Tho a'tik

Bintun Sazali said...

cik Lihin >

pehh..nak gak ker? hahah:D

aminn..mudah2an..:)

Bintun Sazali said...

ily >

Like doa tuhh!! :)

sesungguhnya kita hanya insan lemah....

LinkWithin