Thursday, March 1, 2012

Motivasi.

Assalamualaikum.

Motivasi. Semua tahu ke apa maksud sebenar "motivasi" ? Hehh. Actually, motivasi bermaksud sesuatu yg menggerak. The word "motive" tu, sama juga macam perkataan "motif". Lebih kepada sesuatu yg bermaksud "tujuan" atau "bergerak". Pernah dengar kan perkataan lokomotif? Hee..:)

So, maksud penuh bagi motivasi ni adalah :

"Sesuatu yang menggerak atau mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."

Pernah tak korang semua terfikir, yang kita selama ni selalu mengharapkan sumber motivasi dari luar tanpa berfikir tentang apa yg memang dah ada di dalam?

Macam ni, maksud saya...Kadang-kadang kita selalu kata takde motivasi. Then kita selalu harapkan someone datang, bg inspirasi dan semangat kepada kita sbg motivasi kpd kita. Selalu kita harapkan yg sebegitu. Tapi sebenarnya kita tak tahu, motivasi yg sebenar-benarnya, yg paling utama, yg paling kuat, ada dalam diri kita sendiri! Ada sesiapa yg sedar sebelum ni? Ada? Baguslah. -,-

Gaya cakap ni macam nak bg motivasi kpd org lain supaya termotivasi. Padahal sebenarnya saya sendiri yg tak sedar tentang hakikat bahawa motivasi dari dalam diri tu yg utama selama ni. Bukan tak sedar, sebenarnya. Cuma selalu menafikan. Teruk. Kan?

Bangun pagi misalnya. Puas rumet sy kejutkan, susah jugak sy nak bangun. Padahal kalau sy bangunkan motivasi dalam diri saya ni, boleh sangat kalau nak bangun awal pagi. Haihh. Ini tidak. Udah le lambat. Sengaja lambat pulak tu. Malas la katakannn...Nanti nak gi kuliah, kelam-kabut sana sini pulak. Teruk terukk..Camne nak jadi ربة البيت ni? *ops, lebih sudaa..:p
 -sound : robbatal bait- ...


Anyway, nak kongsi something that I just learnt. Dalam Model Disiplin yang diasaskan oleh Glasser, prinsip yang dipegang adalah :
"Tingkah laku digerakkan oleh motivasi dalaman"

See? Sangat penting rupanya motivasi dalaman ni. Tinggal kita je yang perlu tentukan macam mana nak urus motivasi, macam mana nak urus kecelaruan, macam mana nak urus disiplin diri...Ye, hanya kita yg tentukan. Bukan org lain. Huhu.

Tp sy tak nafikan, sumber motivasi dr luar juga membantu kita tuk kukuhkan motivasi dlmn. Macam sy, banyak je benda yg buat sy bermotivasi. Allah, Family, kawan2, dia..Tp tu la masalahnya. Bukan senang. Hmm.

Dahh. Em, nak update tentang perjalanan mencari ilmu ke Gontor sebenarnya. Tapi gambar2 yang ditumpangkan sementara waktu di Indon hari tu belum sedut lg dari ustaz. Ust pulak yg upload dulu dlm blog Japim. Huhu. Sogan den. -,-

Sehingga ketemu lagi, adios~


Ini pun salah satu sumber motivasi. :)




Diari pengarang : Lepas ni macam malas dah nak buat diari pengarang. Boleh je kan? Cehh.


No comments:

LinkWithin

Lazada Malaysia