Tuesday, March 27, 2012

Part-time Job

Assalamualaikum.


Sekarang ni semua orang duk sibukkk cari part-time job. Students, especially. Kenapa hah? Toksah tanya. Dah tahu dah jawapannya. Of course lah sebab mahu duit. Mahu untung maa. Bila dapat untung maka dapatlah duit. Bila dapat duit boleh la bayar hutang ke bil-bil tertunggak ke buku-buku ke. Kan kann?

"Eh, korang kan dapat elaun? Nape sibuk2 nak tanya & cari part-time job ni? "

Well, der...Biasalah tu. Kdg2 benda mcm tu jadi oleh sebab :
  1. Tak pandai urus kewangan
  2. Memang banyak tanggungan nak kena settle
  3. Kos sara hidup yang tinggi
  4. Dll.

Lumrah lah tu, kan? Nak nak zaman sekarang ni. Semua benda pakai duit. Sampai ada yg sanggup tipu situ sana sini (mcm lagu siti pulak dah), semata-mata sebab mahu untung. Ye, mahu untung lohh. Siapa yg takmau? Tapi itulah. Nak cari untung pun kena guna cara yg betul abang-abang, kakak-kakak. Bukan main redah je. Halal ke haram ke syubhah ke, sume ko kaut. Isyh3. (geleng kepala)

Em, ok. Back to the topic.

Sebenarnya sy pun tengah mencari-cari & tercari-cari ruang dan peluang utk dapatkan sumber kewangan ni. Nak dapatkan sugar daddy mana mungkinnnlahh. Haha. Kan kan? -,- (Nauzubillah)

Kalau nak diikutkan, memang byk sebenarnya peluang perniagaan skrg ni. Lebih2 lagi yg dibuat secara online. Yelah, zaman dah canggih ye idak? Aku tengok skrg ni pun sume sibuk jual tudung lah baju lah hape. Tapi sory lah kak. Saya ni tak berapa minat lah nak shopping2 bagai. KEDEKUT lah katakan. Selagi apa yg masih ada tu masih lg boleh digunakan, hah, guna lah sampai hancur & rabak. Then baru bukak hati tuk beli baru. Jimatt sikitt.  -,-

Orang kata, ukur baju di badan sendiri. So, janganlah ko pegi ukur baju kat orang XXXL bila saiz ko tu S sahaja. Kalau agak2 tak mampu or rasa macam "kalau aku beli mende ni, next 5 months tak makan nasik la aku", so, JANGAN BELI. Membazir tu kawan syaitonn.


Eh, lari tajuk lagi. Tapi takpe. Masih lagi berkaitan kan? Hehe. Ok, nak masuk tajuk dah. Takmau bebel-bebel. Nanti kau bosan. Hah, agak-agak apa part-time job yg sesuai eh?   ( itu je pun soalannya. Cehh -,- ) Jawab la kalau mahu. Kalau tak mahu, diam saja. Lagipun I'm not a serious "salesgirl-to-be". Sebab aku "cikgu-to-be". Huuu. Tapi boleh je nak jadi dua2. Kalau nak. -.-

........

Ye, sekarang aku macam Nini.
Malas nak buat asgmnts. Tq. Bye.


Orang kata kalau nak tahu someone tu matang atau tak, tengok la pada tindakannya, cara dia bercakap, cara dia meluah pendapat, cara dia menulis di blog, cara dia update status di fb. Dan, ye, aku memang belum matang. Haihh. Bila mahu matang hah? Takpa2. Hidup baik-baik, dan kehidupan la yang akan mematangkan kita. Allah lebih tahu apa yg ditentukan utk kita, kan?


Sudah cukup cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Daripada korang tersiksa, lebih baik ku pergi saja. Ecehh. Take care! May Allah bless U all! :)


Adios~



2 comments:

ainzoo said...

sama jugak la. tak reti nak part time job. not that kinda type of multitasking person. kolo belajo, mmg tak tau nak nyambil2 buat keje lain (eh, slang muo pulak yang kluo).

Tapi, sungguh multitasking apabila reload kredit henpon sambil rempit dengan moto Honda EX5 di Kota Bharu - hehe.

Bintu Sazali said...

ainzoo >

memang. sy pun mcm tu..uhuk2...slang muo? takpe, sy muor jugakk...hehe

LinkWithin

Lazada Malaysia