Tuesday, November 22, 2011

Mabruk Harimau Muda!

Assalamualaikum.

Semalam kecoh kata Harimau nak lawan Garuda. Rasanya org lain lebih tahu. Aku tak minat secara extreme pun tentang bola nih. Tapi kalau ada match, aku boleh je tengok. Tapi just nak tengok gol pergi tang mana je la. Haha. Ok fine. Tak lawak. -,-

Apapun, tahniah kepada pasukan Malaysia yg bermain dengan sepenuh kesungguhan semalam. Ada pendengar Ikim kata, pasukan Malaysia bermain dengan kekuatan minda, selain bermain bersungguh-sungguh menggunakan kekuatan fizikal. Bagus tu. Yelah, kadang-kadang bila kita hampir putus harapan, kuasa minda je yg dapat membantu. Kau Boleh! :)

Tengok pada keputusan perlawanan, 5-4. Konklusinya Malaysia dan Indonesia sama-sama hebat. Tahniah buat kedua-dua pasukan. Jangan berbalah pulak lepas ni. Huu. Emm, syukran utk botak cz sudi roger-roger tentang match malam tadi. Aku tak tengok tv pon. Penat la. Biasala, 'suri rumah' memang camni. Cett. -,-

Ok dah. Aku bukan pengulas sukan. So tak banyak yg aku tahu. Yg penting aku rasa bangga sebab sukan camni dapat jadi salah satu wadah untuk menyatukan rakyat Malaysia sekaliannya. Dalam hal lain or perkara lain,sibuk nak berbalah, semua perkara nak dikaitkan dengan politik. Bosan aku. Huhh. Tapi aku tengok bab sukan, lebih-lebih lagi sukan bola sepak ni, ramai yg boleh bersatu, sama-sama menyokong pasukan negara dengan semangat yg sama, dengan harapan yg sama. Subhanallah. :)

Semoga terus mara lagi pada masa yg akan datang! We love Malaysia!
Adios~





Tahniah Harimau Muda!






Diari pengarang : Kalau players sume main sambil menutup aurat, rasanya lagi best. Kata negara Islam. Hehh. :)


No comments:

LinkWithin