Sunday, June 13, 2010

yang susah wajar dibantu..Tapi?...hmm~

Yang susah dibantu.

Hulurkan tangan ringankan beban.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.


Ya..memang betul semua ni..Tapi?....

Macam mana dengan seseorang yang hidup dalam kesusahan atas sebab dirinya sendiri?.Maksud saya,sebagai contoh.....

SITUASI 1 :

Encik D (bukan nama sebenar),pada masa kecilnya malas ke sekolah.Disuruh lah ke sekolah dengan apa cara sekalipun,tetap tak mahu.Kadang-kadang ibu Encik D paksa juga Encik D ke sekolah.Maka,dengan berat hati Encik D menapak ke sekolah.

Tapi?
Sebelum sampai ke sekolah,Encik D melencong ke sungai berdekatan.Mandi sungai.
Kesudahannya,Encik D langsung tak ke sekolah.

Natijahnya,Encik D hidup dalam keadaan serba kekurangan kini.Anak-anak ramai,tetapi tak mampu nak tanggung.Terpaksa mengharap simpati orang tua dan orang sekeliling.

************

Maaf.
Saya tak salahkan mereka yg kurang mampu.Saya faham jika apa yg terjadi pada mereka adalah sesuatu yg tak disengajakan.
Tapi...
Saya nak sangat tekankan di sini..Penting bagi kita untuk memiliki ilmu.

Dengan ILMU,segala yg kita mahu,mampu kita miliki.
Ada cerita pada zaman sahabat Nabi dahulu,..[err..kurang pasti bagaimana cerita yg sebenar.Tapi biarlah saya beritahu apa yg telah saya extract..:p]..Ada seseorang bertanya pada seorang sahabat nabi,apa yg dia mahu:
  1. Harta?
  2. Takhta?
  3. Wanita?
Namun,sahabat tersebut menjawab,"Aku mahukan ILMU".
Yang bertanya pun hairan,mengapa Ilmu yg sahabat ini mahukan?
Lalu dijawab," Dengan ILMU,segala yg aku mahu,aku boleh dapat.Dengan ILMU,aku boleh miliki HARTA.Dengan ILMU,aku boleh miliki TAKHTA,dan dengan ILMU,aku boleh mencari WANITA yang solehah buatku.."
[err..dialog tentang wanita tu,sy reka je..hehe..maaf,not very sure la.]

Jadi..mari menuntut ILMU sedalam-dalamnya,selagi hayat dikandung badan!...




diari pengarang : Kala kebosanan menguasai diri...huhhh~~

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

dgn ilmu la bole cari duit.xde ilmu mmg x jd ape..

Bintun Sazali said...

betull!!!...

duit:ilmu

ilmu:duit

sama2 penting!!..ngee..:D

penaberkala said...

ada ilmu, dipandang mulia
tp dgn syarat, indah pekerti dan tidak bongkak

ilmu tanpa amal, ibarat pokok yg tidak berbuah

jom, sama2 mendalami ilmu sebanyak mungkin
moga-moga bermanfaat utk diri dan masyarakat di sekeliling

Bintun Sazali said...

peaberkala> yups!..u're right..kalau bongkak kerana ilmu pun tak guna juga..huhu~

LinkWithin