Thursday, June 17, 2010

"Aksara Pencorak Hidupku"

Bila merayau-rayau dalam alam maya,macam-macam la yg kita boleh jumpa.

.:Sila klik pada banner untuk keterangan lanjut:.

Rasanya baru pertama kali [sepanjang menjadi seorang blogger] sy menyertai contest.Nampak macam menarik,lagipun sy suka membaca.*walaupun tak kerap.hehe*

Okeh,tak mahu membebel panjang-panjang,sila baca ya..:)


"Aksara Pencorak Hidupku"




Judul Buku :

TARIQ;Menang ataupun Syahid

Penulis :
Abdul Latip Talib

Penerbit :
PTS Litera Utama Sdn Bhd

Bilangan Muka Surat :
244 m/s

Harga :
sem. Malaysia - RM 23.90
Sabah/Sarawak - RM 26.90
[Beli kat PBA KL,so dapat diskaun!..berapa?Tak ingat la..huhu]



Macam mana aksara dlm Novel Sejarah Islam ni mempengaruhi hidup saya?Sikap sy?Pemikiran sy?Minda sy dlm memerhati dan menjalani hidup ni?Banyak...

Saya petik sedikit kata-kata daripada buku ni...

"...Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara spt ini,tanpa adanya perubahan yg bererti,nescaya nama baik kalian pasti hilang,rasa gentar yg ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani.Oleh itu pertahankan jiwa kalian."

-Tariq bin Ziyad-

"Setiap orang yg berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yg ada padanya spt harta benda,jiwa raga,pena (penulisan),dan lidah (berdakwah)."
-Sayyid Abul A'la al-Maududi-

Pada saya,banyak pengajaran yg boleh kita ambil dari novel karangan Abdul Latip Talib ni.Saat membacanya,seperti kita yg sedang berhadapan dgn situasi tesebut.
*Macam real la,org kata..

Tariq az-Ziyad,asalnya seorang budak suruhan yang berketurunan Barbar.Beliau memiliki semangat pahlawan yg sangat tinggi,membuatkan ramai yg menghormatinya sebagai seorang wirawan Islam.Pengarang telah membuktikan kepada pembaca tentang kemurnian agama Islam melalui tindakan panglima Tariq dan pejuang-pejuang Islam yg lain memberi bantuan kepada bangsa dari negara Andalusia [Sepanyol] dan sekaligus menawan negara yg diperintah oleh Raja Roderiga,seorang raja yg terkenal kejam.

Panglima Tariq az-Ziyad telah bertindak licik dengan membakar kapal-kapal perang milik pejuang Islam yang telah ditaja oleh Panglima Julian,kerana cara tersebut akan dapat membangkitkan semangat juang para satria Islam.Juga dapat meyakinkan mereka dengan pertolongan Allah serta janji-janji Allah kepada para syuhada yang sanggup bejuang demi menegakkan kebenaran.
"Wahai saudara-saudaraku,lautan ada di belakang kalian,musuh ada di hadapan kalian,ke manakah kalian mahu lari?Demi Allah,apa yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran...."
Kata-kata semangat yang dituturkan oleh Panglima Tariq terbukti telah menaikkan semangat para pejuang Islam.Natijahnya,mereka berjaya menawan Andalusia,membebaskan rakyat daripada penindasan,serta menghapuskan kekejaman Raja Roderiga serta para pengikutnya.Penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui.

..Kegelapan telah sirna setelah datangnya cahaya..

Bila sahaja terkenang semangat yang dimiliki oleh para pejuang Islam terdahulu,pasti akan refleksi,bagaimana pula dengan kita?Masih adakah lagi yang sanggup bergadai nyawa demi menegakkan maruah agama daripada tercalar?Masih adakah yang mampu membela nasib golongan yang tertindas seperti yg sedang berlaku di Palestin?Wujudkan semangat juang seperti itu dalam diri kita?

Seperti yg disebut oleh Sayyid Abul A'la al-Maududi di atas,InsyaAllah..selagi masih wujud ruang dan peluang untuk meninggikan kalimah Islam,selagi itulah saya akan terus menulis dan berkongsi dengan semua.

Agi idup agi ngelaban!

~Wallahua'lam~


diari pengarang : Ya,orang Mukmin sebenarnya kuat!..Andai semangat pejuang terdahulu masih bertebaran di muka bumi,pasti Islam akan terus kekal di puncak yg tertinggi...

6 comments:

BalqisShafiqa said...

sis, cemerlang laa!
buku bercorak keagamaan ni balqis baca juga tp terbantut.
kalau novel jiwang nangis leleh mmg layan laa.
haha.

Bintun Sazali said...

BalqisShafiqa > syukran ya ukhti!..^^
Best tau buku ni,tak macam buku lain.Cerita dy memang rasa cam real sangat-sangat.Kalau Balqis try baca,confirm boleh terbayang situasi yg sdg digambarkan tuh..:)

actually,mmg suka cerita-cerita pembangkit semangat like this..;p

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
pemilihan buku yG menarik, gaya penulisan yG bagus..naik semangat bila membaca.. =)
sy da semak, takda masalah..
syukran atas penyertaan..
nantikan keputusannya yer

Bintun Sazali said...

Azrai Ahmad Zamri > syukran ya akh!..^^

SuhaNa said...

salam a'laik..

sudah menjadi pemilik pada buku ni.Memang di akui,penagarang buku ni cukup heba dalam penulisannya.Betul-betul memberi kesan mendalam. Mereka berjuang kerana Allah,sanggup mati demi Islam..subhanAllah..cukup hebat tahap keimanan para pejuang ini..

Mabruk!

Bintun Sazali said...

SuhaNa > Allahuyubarik fih....Syukran ya ukhti!..:)

LinkWithin