Friday, June 29, 2012

DOA ISTIKHARAH

Bismillah.

Teringat suatu masa dulu, waktu tu baru je selesai Dhuha. Tiba-tiba umi tegur, "Baca doa Dhuha tak?" Saya yang blur lantas bertanya, "Eh? Dhuha pun ada doa sendiri ea?"

Umi kata, memang ada. Doa khusus utk Dhuha. Waktu tu baruuu saya tahu. Dan waktu hari lahir tahun tu, Ummi hadiahkan buku "75 Solat-Solat Sunat". Terbaik lah. Semua doa, dan kaifiat solat-solat sunat ada dalam tu. Alhamdulillah, syukran Ummi. :)

Erm, berbalik pada doa istikharah. Sebenarnya ada banyak versi. Tapi doa ini sebenarnya merupakan salah satu doa yg saya copy dari fb (seingat saya), dah lama dah. Nak bersihkan desktop punya pasal, saya decide utk tampal doa itu dalam blog ini. Semoga sekalian yg membaca turut mendapat manfaat. Insyaallah.

Doa Istikharah

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.

Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Istikharah ni, biasanya kita akan buat apabila kita berdepan dengan keadaan di mana kita sukar untuk membuat keputusan. Kebanyakan orang beranggapan, bila istikharah, Allah akan datangkan petunjuk melalui MIMPI. Sebenarnya bukan begitu.

Kadang2 mimpi ni hanya mainan syaitan. Tak pun, mainan akal fikiran kita. Mana taknya. Sebelum tidoq, sepanjang hari duk pikiaq benda tu. Hati pulak, dah berat kat salah satu keputusan. Jadi bila termimpi ke apa ke, terus anggap itu petunjuk. Sebenarnya bukan macam tu ye anak-anak..:)

Tak semestinya Allah akan hadirkan petunjuk melalui mimpi. Selalunya, Allah akan bagi petunjuk tu tanpa kita sendiri sedar. Kadang-kadang melalui gerak hati. Kadang-kadang melalui wasilah seperti kawan-kawan, dll. Em, itu semua dalam pengetahuan Allah. Yang penting, sebelum buat istikharah, hati tu kena KOSONGkan. Kena LAPANGkan. Jangan berat sebelah. Mengerti? :)

Ok lah. Setakat ini sahaja perkongsian kali ni. Segala yang baik itu datang dari Allah, yg lemah itu datang dari saya. Maaf andai ada yg tersilap. Mohon diperbetul andai ada yg bercanggah. Sekian, adios.




No comments:

LinkWithin

Lazada Malaysia