Thursday, July 5, 2012

Sweet kan Allah?

Bismillah.

Sepatutnya post kali ni dah di'post'kan pada hari Ahad/Isnin yang lalu. Tapi disebabkan oleh kekangan idea dan juga sedikit kekangan masa (mcm lah kau busy bebenor), maka baru lah post ini dapat disempurnakan pada hari ini.

Kali ni banyak gambar. Sebab eksaited sangat tengok gambar lawa dan gambar yang memberi kesan, sangat memberi kesan. Bila tengok buat pertama kali, zupp!

Subhanallah. Tak terkata. :)
.....................

Pertamanya, gambar perkahwinan seorang artis yang telah meninggalkan apa yang Allah tak suka dan mencari cinta-Nya, kemudian ditemukan dengan cinta pilihan Allah. Sangat lah amazing! Rasanya semua dah tahu siapa beliau ni. Ala, jangan nak deny la. Tengok video wedding dorang pun kamu nangis2 sebab jealous kan? Hihi. ;p

Credit to : The Kliker l Wedding & Portrait Photography
.....................

Keduanya, gambar ini. Seorang lagi artis, yang telah memilih untuk berubah kepada yang lebih baik, namun ada pihak yang mengecamnya dengan mengatakan bahawa beliau telah menerima "hidayah sesat". Pheww. Dapat hidayah Allah, dikatanya dapat hidayah sesat. Politik punya pasal..Err. Saya salah cakap ke? Hehh.

Credit to : Facebook
.....................

Ketiganya, gambar ini. penuh dengan mesej yang SANGAT memberi kesan. Memang sangat terkesan, dan sangat bertepatan dgn situasi yg sedang dialami. Ya, kita selalu takut nak lepaskan apa yg kita miliki. Sebab kita FIKIR, itu HAK kita. Itu kita yang punya. Tapi lupakah kita, kita hidup kat dunia ni, hanya pinjaman dari Allah semata-mata?

Dah nama pun meminjam, of course kita kena relakan dan redhakan utk pulangkan semula apa yg kita pinjam. Hukum dunia pun begitu. Dah pinjam, perlu pulangkan semula. Seriously, tersentuh sangat bila tengok gambar ni. Allahurabbi. Kuatkan hati hamba. :'(


.....................

Dann. Last sekali, gambar ini. Diedit oleh Cik Epal rasanya. Tapi kata-kata tu, memang sangat BENAR dan TEPAT. Kalau kita jihad (bersungguh-sungguh) dan nekad nak tinggalkan sesuatu yang Allah tak suka, dan jadikan Allah sebagai kekasih hati yang utama, InsyaAllah, Allah akan berikan sesuatu yang PALING BAIK untuk kita. 

Ingat, Allah selalu ulang dalam Al-Quran, "Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu (manusia) tidak mengetahui." Siapa lagi yang lebih kenal dengan diri kita, melainkan Allah yang menciptakan kita?? Dia beri kita apa yang kita PERLU. Bukan apa yang kita MAHU. Subhanallah. Sweet kan Allah? :')

Credit to : The Kliker l Wedding & Portrait Photography
.....................

Nampak tak perkaitan antara semua gambar ni? Tak nampak? Cuba renung, cuba fikir, cuba zikir. Ada mesej yang hendak disampaikan sebenarnya. Allah Maha Adil, Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku dalam hidup kita, semuanya atas kehendak dan ketentuan Allah. Apa yang Allah tentukan buat kita, pasti ada kebaikannya buat kita.

Jadi, sebelum kita merungut, marah2 dan menyalahkan Allah atas kecelakaan/kesusahan/ujian yang menimpa kita, renungkan balik, berapa banyak nikmat Allah yang dah kita kecapi. Tak salah kan kalau kita sentiasa jadi hamba-Nya yang bersyukur? 

Nabi Muhammad SAW yang dah DIJAMIN syurga buat baginda pun, setiap malam bangun tahajjud, qiamullail sampai bengkak2 kaki. Bila ditanya kenapa baginda buat macam tu, Nabi menjawab, "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?" Subhanallah. Maha Suci Allah.

Emm. Buat diri yang sedang membebel ni, harapnya menaip bukan sekadar di jari, tapi isinya harap dapat disemat dalam hati. InsyaAllah. Sekian sahaja utk kali ini. Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah, aminn ya Rabb. 

Adios. :)


7 comments:

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

SWeeT :-)

Bintu Sazali said...

NooR AzLen BinTi HaRoN >

kann? :)

uskutsilence said...

kak Bintu..

Haha!!

Bintu Sazali said...

uskutsilence >

uiyt2. Jgn eksaited sgt! syhhh. uskut is silent! hehe ;p

Cikgu Balqish said...

salam. :)
kenal kita x??
skew tgk muka irma.

Bintu Sazali said...

Cikgu Balqis >

erm? alamak.
Siapa eh?
Tak ingat....:(

Suka tengok jugak...:)
She's more beautiful sekarang, yg dulu tak berapa beautiful n lovely..huhu
Alhamdulillah. :)

Bintu Sazali said...

Balqis Shafiqa ke? emm..fikir fikir..huuu

LinkWithin