Sunday, July 29, 2012

Khatam al-Quran?

Bismillah.

Kali ni, nak share satu persoalan yang diutarakan dalam majalah al-Ustaz Isu No 04. Hah, siapa-siapa yang belum pernah belek dan beli majalah ni, sila lah beli. Best, sebab banyak masalah kontemporari yang dibincangkan dalam majalah ni. :)
.........

Tajuk :
Khatam al-Quran Beramai-ramai

Soalan :
Saya inginkan kepastian. Adakah program khatam al-Quran secara beramai-ramai dengan setiap peserta masing-masing membaca beberapa kerat ayat berlainan lengkap 30 juzuk dikira sebagai telah mengkhatamkan al-Quran?

Jawapan :
Ia tidak dikira sebagai khatam al-Quran. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh salafussoleh. Seseorang Muslim dikira mendapat pahala bila dia membaca al-Quran dengan sendiri ataupun mendengar bacaan al-Quran.

Perlu diketahui bahawa Allah SWT turut menjanjikan rahmat dan ganjaran buat org yg mendengar bacaan oleh orang lain. Firman-Nya dalam surah al-A'raf ayat 204 yang bermaksud : "Dan apabila dibacakan al-Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam. Mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat."

Berkenaan dengan amalan yang dinyatakan, ia hanya bersifat kerjasama dalam melakukan kebaikan sahaja. Mudah-mudahan ada pahalanya. Namun tidak sekali-kali pahala khatam al-Quran.

Marilah kita sama-sama berusaha mengkhatamkan al-Quran daripada awal hingga ke akhirnya. Bukannya berpura-pura mengkhatamkan secara pembahagian seperti ini. Wallahua'lam.

(Ust Hj Zahazan Mohamed)

.........


Sentap. Terasa. Huhu..
Jom cuba khatam al-Quran banyak-banyak kali! ;)

Dalam majalah al-Ustaz isu no 4 ni pun ada diselitkan poster mini tentang pelaburan akhirat. Best, cuma atas individu je. Nak pahala, buat. Takmo pahala, hmm. Ikut angpa lah..Berminat nak tahu? Beli lah majalah ini! Cewah. Promote lak an. ;p

Sekian sahaja untuk kali ni. Semoga kita semua sentiasa hidup dalam rahmat Allah. Selamat berpuasa dan selamat berbuka maghrib nanti! Wassalam..





5 comments:

Siti Safiyyah said...

abis, yg kat sekolah2 selalu buat tu, tak kira khatam la camtu ek? err..

Bintu Sazali said...

Siti Safiyyah >

ramai dah tahu pasal ni..kadang2 org yang anjurkan 'khatam beramai-ramai' tu pun tahu yg sebenarnya benda ni tak dikira sbg khatam quran...

emm,takpelah...smoga Allah beri kita rahmat dan pahala atas bacaan al-Quran yg kita dah baca tu..:)

LynnAiza said...

nice sharing babe.baru tahuu.hhuhu

Bintu Sazali said...

LynnAiza >

me too babe!! huhu..

p/s : weyyy. gambar ko kat atas ni ngah mam eskem eh? fuhhh..sbaar sabarrrrr...-,-

dugaan berpuasa. haha ;p

Anonymous said...

khatam tapi tak faham tak kena dengan tujuan al quran diturunkan , sebetulnya faham al quran itu baru kena dengan tujuan al quran diturunkan

LinkWithin