Wednesday, July 25, 2012

Sebarkan Cinta-Nya!

Bismillah.

Salam Ramadhan! :)
Apa khabar iman hari ni?
Puasa kita hari ni kerana apa?

Kerana Allah ke?
Kerana parents suruh ke?
Kerana kawan2 puasa ke?
Kerana dah jadi adat ke?
Kerana apa ye? :)

Sebagai umat islam ni, kita kena tahu sebab dan rasional bagi setiap amalan yg kita lakukan. Jangan berpuasa kerana ikut-ikutan. Ingat tu. ^^

Sedar tak sedar je, kita dah beberapa hari berada dalam bulan Ramadhan. Emm. Semalam, waktu borak-borak dengan seniors dan sahabat2, ada something yg saya terperasan. Rupa-rupanya selama 4 hari berpuasa ni, saya belum pernah beli makanan berbuka lagi! Wahh. Heheh ;p

Mana tak nya. Asyik ada je halangan. Tertidur, telefon buat hal, dll. Pheww. Tapi takpe. Sebab tu kita kena yakin, Allah yang beri rezeki. Tapi janganlah sampai kita tak berusaha langsung. ;p

Hah. Lagi satu nak pesan. Bulan puasa ni, belajarlah berjimat dan jgn suka membazir. Jangan terlalu turutkan nafsu. Kalau pi bazar Ramadhan, SABARkan diri. Memang teruja tengok makanan yg pelbagai, tapi kita kena ingat, Allah tak suka pada org yg suka membazir. ;)

.........
Ok, back to the topic.

Tersentuh dengan sebuah kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Fawwaz Fadzil pagi tadi, dalam Motivasi Pagi di Warna Pagi Ikim.fm. Sangat tersentuh.

Kisah ini berkisar tentang As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Kenal tak siapa beliau ni? Haa. Imam Hassan Al-Banna adalah seorang mujahid yang berjuang menegakkan agama Allah. Pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir, dan juga merupakan pengasas Al-Ma'thurat yang kita duk baca pagi dan petang tu. :)

Dikisahkan, sewaktu hidupnya, beliau pernah memberikan salam kepada seseorang ni selama 5 tahun tanpa jemu walau orang tersebut tak pernah menyambut salam Imam Hassan al-Banna. Bayangkanlah sendiri, apa perasaan anda kalau anda sapa seseorang tapi tak dibalas langsung. Even senyum pun tak. Kalau kita, dah lama agaknya give up.

Tapi Imam Hassan al-Banna, walaupun beliau tahu orang tu tak suka dan benci kepada beliau, namun Imam Hassan al-Banna tak pernah berhenti dan putus asa. Akhirnya, orang yang membenci Hassan al-Banna tergerak hati utk bertanya, "Kenapa kau tak pernah jemu utk beri salam kepada aku??"

Rasanya apakah jawapan Imam Hassan al-Banna???

"Kerana aku sayang kepadamu." Allah..mulianya hati mujahid ni..Macam ni lah yang dikatakan mencontohi sunnah dan sirah Nabi. Bak kata seorang murabbi, "engrave" atau ukirlah sirah Nabi dalam kehidupan kita, baru kita akan rasa bagaimana pahit dan manisnya perjalanan hidup sebagai seorang Muslim. Betul kan? :')

*Siapa yang baca novel trilogi RAM, start dari Bagaikan Puteri, mesti perasan, Laksamana Sunan pun suka cakap macam ni : Sebagai manusia, aku sayang padamu... ^^

Ustaz Fawwaz pesan, jangan kita benci pada orang yang melakukan maksiat. Tapi bencilah kepada kemaksiatan yang dilakukannya. Tidak diutuskan Nabi Muhammad melainkan utk menyebarkan rahmah ke seluruh alam. Ini firman Allah.

Dan sekarang Nabi Muhammad sudah tiada, maka tugas kita lah untuk meneruskan perjuangan Nabi SAW menyebarkan rahmah -kasih sayang- kepada seluruh umat manusia. Islam itu indah, Islam itu syumul, Islam lah cara hidup kita selamanya. :)

Semoga Islam tetap menjadi cara hidup kita selamanya, InsyaAllah!
Take care. Adios!


p/s : Sayang semua kerana Allah! :)




No comments:

LinkWithin

Lazada Malaysia