Sunday, April 24, 2011

Hikmah Sibuk!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!


Okeh, nyanyi la sendiri yer. Betulla kan, hari-hari kerja. Even "tanam anggur" kat rumah pun kira kerja jugak lah tuu kan? Ehehe. jgn marah, t cepat tua. ;p

Lately, sy dan rakan2 asyik disibukkan dan menyibukkan diri dgn macam2 aktiviti, task, test dan sebagainya. Wahhh! Rasanya kalau nak kira cas2 negatif sepanjang minggu ni, memang banyak tak terkira! Kedutan di wajah pun semakin hari semakin terbina. Haiyaa..Mana taknya, masing2 asyik wat muka berkerutt je, wat muka masamm je. Sampai hilang daya senyum. Aduii. Hebat sungguh penangan kesibukan tuh. Maaf sangat2 kepada my rumet, my jiran2, and all my friends, kalau diri ini seringkali menyakitkan hati anda2 semua. Maklumlah..emo la katakan...

Kerapkali juga kami merungut, taknak buat ini! Taknak bayar itu! Taknak jd mcm ni! Takmau mcm tu! Huhu. Tapi? Pada akhirnya kami tetap akur dan taat. Well, سَمِعْنَا وَ أَطَعْنَا... :)

Sudahnya, apa yg kami tak mahu tu tetap jugak dilaksana, tetap jugak berjaya diselesaikan. Itulah yg org kata, sedar akan tanggungjawab. Kalau kami tak tahu tanggungjawab, memang tak akan terbuat lah semua tu. Betui dak kawan2? ;p

Kalau dulu, masa foundation, akak2 selalu kata "eh, bz nya korang" bila depa tengok kami semua selalu kalut wat mcm2. Kumpul segala mcm fail lah, kelas smpai lewat petang lah..Depa siap ckp camni lagi, "Time kitorang foundation dulu takdela sampai cam korang nih. Kesiannya" Huhu..Thankz to akak2 semua, cz prihatin dgn kami. :) Sekarang junior and senior dah terpisah jauh. Tak duduk sebumbung ostel lagi. Rindu pulak...Huhu

Hah, dan akak2 ni selalu ckp, "time degree nanti mesti lg bz" Okeh. Sy setuju! Huhu. Bukan bz dgn kelas2 kuliah. Tp dengan segala mcm aktiviti. Sibuk dgn ISL (??), presentation..Haih..Tambah2 pulak siapa yg ada pegang mcm2 jawatan tu. Sy simpati sangat bila tgk kawan2 yg berkaliber tu terpaksa ke sini sana membuat itu dan ini. Kalau nk dibandingkan sibuk saya dgn sibuk mereka, rasanya memang sgt jauh bezanya! Tapi saya? Baru dpt kerja sikit je pon dah merungut-rungut selama seminggu. Cuba la rasional sikitt...Huhu :(

Sejak dah naik PISMP ni, rasa mcm tak sempurna kalau tak sibuk. Bila ada masa free je, masing2 cam teruja sgt2! Hehe. Mulalah nak berfoya-foya, tidur sesuka hati, on9 sini sana.(Itu saya.Hehe) Haiyaa. Bukan nak study. Tambah2 pulak sekarang ni kami belajar mcm2 fakta dan byk citation2 yg perlu diingat bg setiap subjek! Huhu. Kalau tak perlu buat semua ni, bukanlah student namanya.

So, kena la ada inisiatif sendiri. Takkan asyik nak kena tolak baru nak bergerak. Rakan2ku, masih ingatkah anda kata2 Madam Low? "U all jgn jadi pahat. Ketuk sekali, bergerak, Ketuk sekali, bergerak." sambil wat gaya dy. Kita gelak, gelak jugak. Tapi jgn lupa ambik ibrah. Huhu (peringatan tuk diri sendiri!)

Hmm, itu kalau tak sibuk. Kalau dah sibuk, semua benda tolak tepi. Yg difikirkan, kerja,kerja dan kerja. Isyh, tp solat tu takde la sampai tinggal, kan? Cuma makan je la yg selalu diabaikan. Huhu. Kalau dah terlampau bz tu, perut pon tak terasa lapar. Nanti dah sampai tahap kritikal baru la nak cari ubat. Haiyaa...Makan itu penting maa..Sumber tenaga kite. :)

Kesimpulannya (kena simpulkan,sbb dah byk sgt membebel.Hehe), kalau kita selalu disibukkan dgn mcm2 kerja, cuba utk jd seorg yg positif. Walaupun sy sendiri belum mampu, tp sy cuba. Kan ke seronok bila jd org yg sibuk ni. Rasa cm org pentinggg je (perasan.Haha)

Lagi satu, dah nama pon pelajar, up lg sikit, bakal guru. Kena lah biasakan diri dgn mcm2 kerja, mcm2 task, mcm2 pengurusan. Nanti takdela rasa terbeban sgt bila dah mula bekerja sbg seorang guru. Ea? Ok2 sy cubaaaa.....=.="

La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!





diari pengarang : Kalau tak mau kerja, jgn jadi manusia. Ok bye. Huhu~

2 comments:

LynnAiza said...

nad!sesungguhnya keadaan kita serupa ok..hahhaha..
tu lah tu,,akak2 lain pon pelik sbb batch aku (kita la) nmpk mcm lebih bizi dr diorg..tah ape yg buatkn diri nmpk bizi pon tataw..tp yg pastii,kepala otak rasa nak cramp bila kerja melambak..hohoohh..

p/s:cramp cramp pon,,aku tetap nk on9!hahah~

Bintu Sazali said...

on9 itu pasti! haha

bak kata kgkwan aku,bz2 kite pon sempt je nk blogging n berfb! heheh :D

LinkWithin

Lazada Malaysia