Wednesday, May 4, 2011

Kenapa Doa Tak Makbul?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lamanya tak update. Ah, biarla. Bukan dapat markah sahsiah or any markah tambahan untuk exam pon. Huhu. Tapi...bila difikir-fikirkan semula, tujuan berblog ni adalah untuk berkongsi..Maka...

Just wanna share something, just a simple story, but I'm sure it will bring many significant meaning for all of you, readers...

*******

Pada suatu hari, Ibrahim bin Adham telah masuk ke pasar Basrah. Maka org2 di sekitarnya melihat ke arahnya lalu berkata,

"Wahai Ibrahim, mengapa doa kami tidak dikabulkan?"

Lalu Ibrahim menjawab, "Kerana hatimu semua mati kerana beberapa hal,"

"Apa itu?" Tanya salah seorang daripada mereka.

Ibrahim bin Adham menjawab :

Kamu mengenal Allah, tetapi tidak mentaati-Nya.

Kamu mengenal Rasulullah, tetapi tidak mengikuti sunnahnya.

Kamu mengenal Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya.

Kamu memakan nikmat Allah tetapi tidak mensyukurinya.

Kamu mengenal syurga, tetapi tidak mencarinya, iaitu dengan melakukan amal2 soleh.

Kamu mengenal neraka, tetapi tidak menghindarinya, iaitu dengan meninggalkan kederhakaan dan dosa.

Kamu mengenal syaitan tetapi tidak memusuhinya, malah menyerupainya.

Kamu mengenal mati, tetapi tidak bersiap-siap menghadapinya.

Kamu menguburkan orang2 yg meninggal, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran dr mereka.

Kamu tidak mahu tidur tetapi justeru sibuk menyebar aib org lain dan kamu sendiri melupakan aibmu.


|Sumber : 50 Wasiat Rasulullah SAW Utk Wanita|

*******


Okeh. Dah habis baca? Dah puas fikir? Dah refleksi diri?

Seriously, first time baca cerita ni, pehh..terpukul. Sebab apa?
Org tua2 kata, siapa makan cili, dia la yg rasa pedasnya, kan?
Kalau kita tak buat salah, untuk apa nak rasa bersalah?

Tapi, jgn terlalu cepat putus asa. Bukannya bermakna sekali doa kita tak makbul, maka selamanya doa kita tak makbul! Allah kan Maha Pengampun, Maha Pengasih. Dia menerima segala permintaan hamba-Nya tanpa sebarang perasaan lokek/kedekut. Bukan mcm kita. Oppss..Bukan macam saya. Kedekut giler. Huhh.

So, mintalah kpd Allah seberapa byk yg kita mahu, asalkan diri ini sentiasa sedar, layakkah doa kita diterima dgn keadaan kita yg tak bersungguh-sungguh dlm berdoa? Layakkah doa kita nak diterima kalau apa yg Allah perintah kita tak wat, apa yg Allah larang kita bantai je buat? Hmm..Fikir, fikir..........

Emm, entah bila lah kan nak berubah..
Berubah jd yg lebih baik......Hmmm~
[Speechless.]





diari pengarang : Doa itu senjata org mukmin.

3 comments:

Ukhti Ibtisam said...

masa ustazah cakap semalam.. kita pun rasa terpukul..terpukul sgt..

arif al junaidi said...

bagus perkongsian ini! =)

HaDi said...

Salam...

Menginsafkan...
Perkongsian yang bermanfaat...
Syukran atas perkongsian ini..

LinkWithin

Lazada Malaysia