Monday, January 14, 2013

Saya Tahu..Tapi......?

Bismillah.

Tengah-tengah syok menge'like' dan menge'share' nasihat2 untuk para wanita di fesbuk, tiba2 muncul satu gambar; gambar rakan yang tak menutup aurat. 360 darjah berbeza dari dulu. Dan, timbul pulak satu perasaan yg tiba2 menyentap hati. 

"Aku salah ke sebab tak nasihat dia?"
"Rasanya takpe ke kalau biarkan je?"
"Agak2 dia boleh terima ke kalau aku tegur dia?"
"Apa aku nak buat ni?"

Sedih. Rasanya sampai saat ni saya dapat saham sebab tak pernah tegur kawan tu. Yes, kami memang tak pernah rapat. Yes, saya tahu maybe dia nampak lebih cantik bila dedahkan sana sini, itu ini. Yes, memang semuanya nampak cantik dan nampak tak berdosa. But in fact??

Sebenarnya kalau dia tutup apa yang perlu, lagi cantik. Tak luak pun cantik dia. Sebab dia memang cantik. :')

Kadang-kadang orang yang tahu ni, dosa dia lebih banyak dari yang tak tahu. Sebab dia tahu dan dia tak sebarkan. Atau dia tahu tapi dia biarkan. Ataupun dia tahu tapi dia diamkan. Saya juga termasuk dalam golongan yang tahu tapi selalu membiarkan. Hmm. So, apa yang perlu kita buat?

Pernah satu masa dulu, orang yang menaip ni (saya lah -,-) beranikan diri tegur seorang kenalan fb yang dedah sana sini dan rela gambar2 tak senonohnya dipuji dan disukai oleh ramai, terutama golongan LELAKI. Well, kalau kawan pesbuk PEREMPUAN pun teruja nak jadi 'silent readers/viewers', apatah lagi LELAKI. Walaupun mungkin ada LELAKI-LELAKI yang tak komen or like gambar2 tu, gambar tu tetap juga jadi tontonan umum. Sesiapa saja boleh tengok. Termasuk anda. Dan saya.

Tapi apa jadi bila saya tegur? Habis kena maki, carut, dan sebagainya. Tragedi (tragedi??) tu buat saya tak senang duduk dan susah hati. Dan buat saya kurang yakin untuk menegur lagi. Walaupun saya tahu, perbuatan berdiam diri bila tengok maksiat berlaku tu adalah perbuatan yang salah. Entah. No komen.

Tapi sampai saat ni, saya tahu perbuatan berdiam diri bukanlah satu perbuatan yang sepatutnya. Nak tak nak, kena tegur. WAJIB tegur. Apa guna atas I/C tertulis ISLAM tapi tak amal cara hidup ISLAM? Harap kawan saya diberikan peluang untuk berubah.

Saya taknak dapat saham sebab tak tegur dia. Dan saya taknak dia hukum saya di akhirat nanti sebab TAK PERNAH NASIHATKAN DIA. Saya tak nak. Harap awak boleh faham, kawan. :'(

"Sesungguhnya tiap seorang daripada kamu adalah bersaudara...."

Atas sebab kita bersaudara, harapnya saya mampu lihat awak berubah. Walaupun bukan sebab saya yang nasihatkan awak, tapi harapan saya, adalah untuk lihat awak berubah. Sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan. :')

Maaf andai tersilap bahasa.
Adios.








4 comments:

sha my heart said...

kdg2 susah nk tegur kn

Bintu Sazali said...

yep..lagi2 kalau kawan. Lagi susah kadang2 tu, nak tegur kawan rapat. Memang kena mujahadah betul...huhu..

Annur Syuhadah Saffrone said...

try tegur dlm gurauan... ^_^

Bintu Sazali said...

kak Annur Syuhadah >

Tak rapat, takut tersilap..wuwuwu

LinkWithin