Thursday, April 12, 2012

Reflection.

Assalamualaikum.


Menjadi seorang yang bertanggungjawab? Entah. Tak tahu la pernah atau tak. Tapi aku tak pernah meng"qualified"kan diri sendiri sbg seorang yg bertanggungjawab. Asal dapat amanah, mesti tak dapat nak buat betul2. Sebab tu, aku takut kalau org bg amanah kat aku. Ingat aku boleh buat ke? Ingat aku ni, macam yg awak2 fikirkan ke? Hmm. Entahlah.

Kalau menjadi seorang naqibah misalnya. Ya, aku tahu, tugas seorang manusia adalah menyampaikan. Selagi hayat masih dikandung badan, jangan pernah lupa dan lari dari tugas menyampaikan. Jgn pulak cakap, Nabi Muhammad tu nabi, so nabi je yg layak menyampaikan. Betul macam tu? NO!! Sangat silap kalau awak awak semua cakap macam tu.

Kembali pada fokus asal. Naqibah. Ye, naqibah tugasnya, lead the usrah, sampaikan sesuatu yg berguna, buat anak-anak usrah gembira berada dalam bulatan gembira mereka. Tapi aku? Bila diri sendiri banyak kekurangan, bila diri sendiri setiap masa speechless sbb ilmu tak tinggi mana, bila diri sendri rasa tak layak ada kat tempat tu, how can I be the good naqibah? What do u expect from me, actually? Aku tak sebagus yg kalian sangkakan. MAAF..

*Berhenti setengah jam. Jenguk2 berita tentang gempa di fb*


Ok, sambung lagi. Kat mana tadi? Oh ya. Tanggungjawab. Em, dan bila setiap kali jalankan tugas sbg naqibah tu, balik hostel mesti akan terfikir. Apa sebenarnya yg aku dah buat ni? Kenapa mulut ni sedap je cakap macam2 tapi hati tak rela? Sebab apa? Dan aku pasti, aku tahu jawapannya. Sebab aku pendosa. Cakap macam2, suh orang buat itu ini, ajar mazmumah mahmudah, tapi? Diri sendiri dah jauh dari landasan. Diri sendiri dah senget2. Tak lagi dalam landasan yg betul. Lemahnya aku..

Setiap kali tu jugak aku akan risaukan satu perkara. Surah As-Saff, ayat 2 dan 3. Sila google, sama-sama amek peringatan. Aku risau sebab aku cakap benda yg aku tak buat. Bila aku fikir balik, dah tu, sampai bila aku nak jd seorang yg cakap tp tak buat? Maybe itu hikmahnya Allah bg peringatan dalam al-Quran. Nama pun peringatan. Kan? Tapi entah bila nak berubah. Hmm.

Dan waktu aku jenguk fb tadi, tak pasal2, nampak status update dari seorang senior. Memang kena, tepat. Padahal aku tau ayat2 ni. Aku selalu dengar ayat2 ni. Tapi..?? Emm...

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.” - Hassan Al Basri


Manusia itu memang fitrahnya berbuat silap. Belajar daripada kesilapan. Adios.



No comments:

LinkWithin

Lazada Malaysia