Wednesday, February 17, 2010

Sabarlah wahai Anak Kecil...~

Meluap-luap marahku...!

Bakar bayi
Bunuh bayi hidup-hidup
Buang bayi

aduhh..mana pergi kemanusiaan dalam diri seorang insan bergelar ibu???

Sedih sangat bile dengar cite ttg pembuangan dan pembunuhan bayi yg makin menjadi-jadi,makin kejam dan teruk ni..Tertarik sgt dgn slot kat MHI pg tadi ttg kes ni..yg ada masa tu,kak Wardina dan tetamu undangan...Prof Madya..err...lupe la plak nama dy..huhu
takpe2...yg penting,dapat byk sgt yg berguna daripada slot tu..

Kes ni dah makin truk,mungkin memang salah institusi kekeluargaan.Tapi tak SEMUAnya adalah salah institusi kekeluargaan.Pemuda pemudi sekalian perlu tahu,sedar dan maklum akan punca2 lain bg permasalahan ini.Kadang2 kita sibuk menyalahkan orang lain,namun kita sendiri tak tahu atau tak perasan pun bahawa sebenarnya kesalahan tu berpunca dari diri sendiri.Secara analoginya adalah ibarat orng yang menudingkan salah satu jarinya terhadap org lain,namun dy tak sedar pun bahawa tiga lagi jarinya terarah pd dirinya sendiri..betul tak?

Allah dah berfirman dalam al-Qur'an,JANGAN KAMU HAMPIRI ZINA..!...dan yang menarik perhatian sy dlm slot bersama Prof Madya tu,beliau ada terangkan bahawa ade ulama' yang mengingatkan bahawa hadirnye ayat "jgn kamu hampiri zina" tu dgn dua lagi ayat sebelum dan selepasnya.Dan apabila ditafsirkan,memang berpadananlah dgn apa yg berlaku pd masa kini.




Ha,jelas kan?..sesungguhnya Maha Suci dan Agung Allah yang menurunkan al-Qur'an..Namun yang dikesali,perkara yang ditegah,makin dibuat!..perkara yang dituntut pula?Ditinggalkan...hmm,apa nk jadi pada umat Islam kini?mengaku sayangkan Islam..sensitif apabila agama dipermainkan..namun dalam hal macam ni?masih ramai lagi yg berdiam diri,masih lagi berpeluk tubuh...dunia,dunia..

Dalam ayat di atas,Allah melarang umat manusia membunuh anak2 @ zuriat mereka.Dan apa yang menarik,Allah telah menegaskan supaya jgn HAMPIRI zina!..kerana dgn hanya menghampiri sahaja pun,pelbagai perkara buruk yang tak diundang boleh berlaku...bak kata pepatah,WHAT CAN GO WRONG WILL GO WRONG...~.....*malang tidak berbau..

Dengan menghampiri zina,macam2 perkara yg boleh berlaku?BUKTInya???manusia kini makin kejam..sehingga sanggup bakar anak!..apa ni???...cuba bayangkan,banyak implikasinya jika seseorang tu membunuh zuriatnya sendiri.Kelak,dy tak akan dikurniakan waris kpd harta2 nya.Dia juga telah menghapuskan nasab keturunannya sendiri.Kalau dia dah meninggal dunia,mana ANAK SOLEH yg diharapkan dapat membantunya di akhirat nanti?di dunia,boleh jadi si pembunuh trauma dan terbayang-bayang akan anak yg telah dibunuh.Dan paling utama,tak mstahil anak yg dibunuh tu akan menuntut semula nyawanya yg telah diragut oleh sang pembunuh di akhirat kelak....tak terfikirkah hai pembunuh?????


Sesungguhnya,amat penting bg kita untuk sama-sama reset iman kita..dan upgrade iman kita agar iman dapat berfungsi dgn lebih baik..Segala apa yang ingin kita lakukan,haruslah berlandaskan iman dan akal..bukan emosi..SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN...~


diari pengarang : if you love me,don't you dare to touch me!!!...it's only after marriage..~

1 comment:

Bintu Sazali said...

bayi dilahirkan semulajadi suci..c0mel plak tu!!..sampai ati nk buang baby..="(
Ikutkan kata,binasa..ikutkan hati,mati...
thankz Allah,cz jauhkan diriku dari semua ini....

LinkWithin

Lazada Malaysia