Saturday, September 17, 2011

Rumah Idaman. Korang Ade?

Assalamualaikum.

Dulu-dulu, waktu arwah ayah masih ada, kalau balik kg or pi mana2, kitorang tak akan pilih untuk lalu highway, melainkan perlu atas sebab2 tertentu. Nape ayah pilih macam tu? Sebab...kat highway takde life. Takde pemandangan menarik! Hanya ada jalan tar yg panjang, pembahagi jalan, pokok2 n rumput hijau, dan juga kereta yg berlumba-lumba nak laju2 atas jalan highway tu.

Satu kegemaran ayah yg kami pun suka, bila lalu kat jalan kampung or jalan biasa (bukan highway la maknanya), ayah suka tengok design rumah2 yang ada kat sepanjang jalan tu. Tengok rumah ni cantik, tengok rumah tu besar, tengok rumah ni comel, tengok laman rumah tu bersih, dll. Best. Aku pon suka. Sampai sekarang pun aku suka wat camtu.

Sekarang ni walaupun arwah ayah da takde, ummi pun suka buat yg sama. Dan beliau slalu cakap yg dulu ayah suka tengok2 rumah yg lawa2 n tengok design dia. Uhuk2. Rindu. Emm.....[aduhh. Plan asal nak citer sal rumah idaman. Jgn nangis jgn nangis! Kental!! --Al-Fatihah]

Hmm, dan satu kegemaran aku, kesinambungan daripada minat ayah ni, bila aku tengok design rumah yg lawa2 tu, mulalah aku plan macam2. Siap create pelan rumah lagi. Nak bilik tido yg macam mana, ruang solat macam mana (nak macam rumah Nurul!! hehe), ruang tamu luas mana, dapur yg macam mana, laman rumah yg macam mana. Kalau boleh tak mau rumah besar2. Malas nak kemas. Haha. Biarlah comel, selesa dan bersih selalu. :)

Sekarang ni dah banyak dah pelan rumah ada kat dalam pale aku nih. Amacam? Korang ade? Hehe :)

Ok. Siap sudaa. Nak pi open house! Adios!~



update : Bila pi open house kat umah sorang pakcik ni, dapat lagi satu design baru. Stor yg kecil comel dan terletak rapi kat luar rumah. Em, best jugak. Heee..:)


Ini da macam dalam citer kanak2. Huhu Tapi awesome dan comel! :)


Best. :)


Hello Kitty? Err..


Great! :) Tapi kang tak pasal2 ada yg terguling ke bawah time ngah tido. Huhu ;p


Dapur camni pun ok. Smart and clean. :)



Diari pengarang : Berkhayal tu boleh, asalkan dapat menjana cita2. :)

6 comments:

Shazwan Azizan - wanblur said...

suka katil warna ijau tue. jatuh pun jatuh la.. hehe

Bintu Sazali said...

shazwanazizan / wanblur :

isyh3..ambek la, sila2. banyak kat tenet..:)

Anonymous said...

weyh, hobi arwah ayah kau sama ngan ayah aku. ngan mak aku! sama sama! and aku pun terikut gak, suka tengok rumah lawo :)

*aku nak rumah macam Datuk Yusof Haslam boleh tak? hehee

Nurul Syafiqah Zailani said...

amboi, slh 1 dri part umah aq pon msok gak ke...hahahah...bgus2....

Bintu Sazali said...

cdot :

waa..bagus2..bole kite decorate design sesama..kikiki

umah beliau camne weh? ngeehhe

Bintu Sazali said...

Nurul Syafiqah Zailani :

opkos la..nama pon idamann..;p

LinkWithin

Lazada Malaysia