Saturday, May 14, 2011

Laskar Pelangi

Subhanallah!

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah…

Dalam dua tiga hari ini apa yg saya harapkan, iaitu supaya Allah lembutkan hati, buka hati saya untuk terima motivasi termakbul. Ahh, mungkin saja itu hanya ujian dari Allah. Allah nak tengok, kalau Allah makbulkan harapan saya, adakah sy akan bersyukur pada-Nya? Atau malah berpaling setelah mendapat kesenangan? Subhanallah…

Emm, biasanya waktu exam dah mai, time tu la kepala akan jadi sedikit kurang betul atau dalam bahasa lainnya, bengong. Heheh. Yups, entah apa-apa je yang kita akan buat untuk meredakan ke”tension”an yang melanda, kononnya. Kan kan? Rata-rata kita akan buat seperti yg saya sebutkan tu, sebab kita kurang meletakkan harapan dan kebergantungan kita pada ALLAH. Sepatutnya dalam apa jua hal pun, jadikan ALLAH sebagai yg pertama, bukan yang terakhir!

Ok2, tang tu tolak tepi sat. Sy nak cerita sikit ni. Pernah dengar tak cerita Laskar Pelangi?? Yups, cerita yang ramai cadangkan supaya ditonton, cz cerita ni ada kaitan dengan profesion keguruan, dan juga menyentuh hal-hal pendidikan. Subahanallah! Walaupun paparan dy macam zaman dulu-dulu punye, namun banyak sebenarnya mesej yg cuba disampaikan oleh pengarah.

Sangat tersentuh sampai bergenang ayaq mata (nak menangis segan ngan rumet.Haha). Bila tengok citer ni, membuatkan saya refleksi diri saya, pernahkah saya jadi seperti Lintang, pelajar yang sangat cinta akan ilmu, sangat berusaha demi mendapatkan pendidikan, sangat gigih untuk mendapatkan ilmu demi mengubah nasib diri dan keluarga? Lintang juga merupakan seorang yg sangat bermotivasi, mampu memotivasikan org lain, dan tak pernah putus asa walau jalan untuk mengejar pelangi yang diimpikan terhalang dek bebanan tanggungjawab sebagai seorang abang.

Juga, sebagai seorang bakal pendidik, membuatkan saya terfikir, mampukah saya jadi spt Pak Harfan, seorang guru yang sangat bersemangat, walaupun banyak tentangan dan halangan dalam proses memberi didikan kepada 10 murid yang ada di sekolah tersebut. Mampukah juga saya menjadi spt Ibu Muslimah, guru wanita yang sanggup menolak kepentingan diri sendiri semata-mata untuk mengutamakan kepentingan anak didiknya? Subhanallah..

Sesungguhnya menjadi seorang guru bukanlah cukup hanya dengan mengajar, kemudian cukup bulan ambik gaji. Isyh, kalau camtu lah, rasanya memang ramai yang nak jadi cikgu, dan ramai lah murid yang bijak pandai namun tak pernah terdidik akalnya, imannya dan akhlaknya. Bukan senang sebenarnya...memang bukan senang...Huhu...

Kalau diri sendiri pun tak mampu diubah, tak mahu berubah, entah apa lah nasib anak didik saya akan datang...:( Seorang pendidik seharusnya seorang yg sentiasa mengisi jiwa dan minda dengan ilmu, bukan hanya penuh dengan maklumat! Hah, apa pulak bezanya ILMU dan MAKLUMAT??

Waktu kitorang berjumpa dgn Cg Hj Azman sebelum beliau bercuti utk melaksanakan umrah hari tu, dapat lah tazkirah percuma ni drpd beliau waktu kitorang duk sembang2 tu. Beliau kata, sebarang ILMU yang tak diamalkan, itu bukanlah ilmu namanya, tapi itu yg kita panggil MAKLUMAT. Apa kita dapat, kita simpan, tak amal. Kalau ilmu ni, sesuatu yang kita dapat then kita amal. See the difference? Good..:)

So, untuk menjadi seorang guru atau lebih tepat lagi, seorang pendidik, bukanlah semudah mengelipkan mata. Bukanlah semudah mematahkan sebatang lidi. Huhu. Ada rakan mengingatkan,

Silap seorang doktor mampu membunuh 1 pesakit,
Namun silap seorang guru mampu membunuh seluruh generasi!

Berat sungguh tanggungjawab seorang guru. Kan? Seorang guru ni, bak kata org, do-it-all! Semua kerja dy sorang yg buat. Isyh, sampai ada org kata cikgu ni TAMAK! Ahhh..biarlah org nak kata apa. Yg penting, KEIKHLASAN itu mestilah seiring dengan KESUNGGUHAN kita dalam menyampaikan ilmu kepada anak didik. Sampaikan melalui jiwa, maka akan sampai juga kepada penerima melalui jiwa.

Opss...terlebih membebel pulak. Di kala blog tak boleh dibuka ni, melimpah-limpah pulak words yg keluar. Hehe. Ok, takat tu je lah ye. Ada siapa2 yg boleh study untuk sy? Huhu.


“mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…”

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪


Selamat Hari Guru! ♥~






Diari pengarang :

Terima kasih kpd Mastura cz bg sy copy citer ni. :)
Owh ya, selamat berperang dgn soalan peperiksaan ye rakan2 guru pelatih sekalian!! Hihi..;p

2 comments:

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik.

saya mencadangkan ukhti menonton sang pemimpi iaitu sambungan laskar pelangi.

Bintu Sazali said...

syukran atas cdgn..:) malangnya sy takde pulak cite tu...insyaAllah akan cuba mencari...syukran skali lagi :)

LinkWithin

Lazada Malaysia