Thursday, October 18, 2012

Kitakah Menara Hidayah?

Bismillah.


Teringat perkongsian yang kami dapat waktu hujung minggu hari tu. Waktu duduk-duduk berbincang dengan adik-adik, dengan kakak-kakak yang disayangi kerana Allah..hehe. Cukup seronok waktu tu, macam-macam ilmu baharu yang saya dapat. Eh jap. Ayat macam ayat refleksi. -,-

Menyentuh tentang tajuk. Menara Hidayah. Ape kebende nye tu? Okeh. Ni perkongsian dari seorang adik. Dia kata, dalam hidup ni, tugas sebagai seorang da'ie adalah untuk menyampaikan, untuk mengajak orang lain kepada kebaikan. Dann, kita ni umpama "menara hidayah" untuk orang lain. Lagi sekali mau tanya, apa sebenarnya "menara hidayah" ni?

Sebenarnya tak berapa ingat ceritanya macam mana, tapi intipati daripada perkongsian ni, kita sebagai seorang da'ie, seorang pemimpin, seorang naqibah, perlu jadi menara hidayah kepada orang yang kita pimpin. Perlu jadi petunjuk kepada orang yang kita pimpin. Perlu jadi panduan, perlu jadi contoh. That's why lah kenapa diumpamakan sebagai "menara hidayah". Menarik kan nama tu? :)

Tapi kann...hmm. Bila refleks semula..kita ke menara hidayah yang disebut-sebut tu? Layak ke aku nak jadi menara hidayah untuk orang lain? Jawapannya, anda tentukan.

Sebab dalam hidup ni, asalkan kita "ada sesuatu", perlu kita beri sesuatu. Asalkan ada yang boleh kita sampaikan, sampaikanlah kepada orang lain. Jangan nak tunggu orang perli "kalau dah baik, kenapa nak baik sorang-sorang, kenapa tak nak ajak orang lain jadi baik sama?". Nak ke macam tu? Kalau tak ada orang cakap mcm tu kat dunia, mungkin kat akhirat nanti ada? Nauzubillah.

Hmm. Orang yang sibuk menaip ni pun, sebenarnya taklah baik, taklah sempurna, taklah suci daripada sebarang dosa. Kalau nak diikutkan, bertimbun-timbun dosa. Jadi.....mampu ke saya jadi menara hidayah buat mereka? Hmmmm.........

Ok lah. Cukup. Tak mahu membebel lama-lama. Sekadar melepaskan apa yang terbuku di hati, sambil-sambil mengisi ruang kosong yang sangat banyak. Heee. Orang bagi masa suruh study ang takmau. Nanti dah dua tiga hari nak exam barulah terkulat-kulat terkebil-kebil tertension-tension depan nota-nota. Pheww! -,-

Selamat maju jaya buat semua yang bakal menghadapi peperiksaan dalam waktu terdekat ni. Study molek deh. Bittaufiq wannajah fil imtihan! May Allah bless! Eh. Kali ni takdak gambar nak attach. Tapi kite nak kongsi video lah. Suka lagu ni. Selamat mendengar! Adios! ;)








2 comments:

Nurul Syafiqah Zailani said...

bukan da bese ke buat refleksi...hahahaha...bleh jd pnulis refleksi trbaek ni...

Bintu Sazali said...

bla3 ;p

LinkWithin

Lazada Malaysia