Monday, May 10, 2010

Wanita : Apa Status Anda?

Salam sejahtera buat semua..

Saya dapati ramai sudah yg berstatus "in a relationship"...tak kurang juga,"married"...olok-olok atau sungguh-sungguh...Wallahua'lam..haha...saya harap mereka tak jadi hamba cinta..

Perkahwinan : Jalan utk elakkan maksiat serta penzinaan daripada berleluasa!..**Jadi,agak-agak dah mampu tu,jgn tunggu lama-lama..huhu~

Rasulullah S.A.W bersabda : "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya,kecantikannya,keturunannya dan AGAMAnya."

Maka pilihlah pada agamanya adalah lebih baik nescaya akan membawa kerahmatan,kebahagiaan dan kesenangan yang berpanjangan.Ketahuilah mereka bahawa kecantikan itu adalah bersifat sementara dan ianya umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki.

---> Imam Al-Ghazali ada mencatatkan; Jangan engkau kahwini wanita yang enam sifatnya:

1) Wanita Ananah
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu serta setiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit untuk kepentigan dirinya.

2) Wanita Hadaqah
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli.

3) Wanita Mananah
Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat ini keranamu".

4) Wanita Baraqah
Wanita Wanita ini ada dua makna; Pertama wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.Keduanya dia akan marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

5) Wanita Hananah
Wanita yang mengatakan kasih sayangnya pada lelaki yang lain,yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suaminya yang lain.

6) Wanita Syadaqah
wanita ini cukup untuk dikenali iaitu wanita yang mempunyai sifat suka banyak cakap dan tidak menentu serta bising.



Jadi,para wanita sekalian...Apa status anda?

"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah dan baik akhlak dan peribadinya"


~so sweet..huhu~




diari pengarang : Usaha untuk majukan diri!...

6 comments:

Anonymous said...

naudzubillah...harap tak tergolong di kalangan mereka....

Bintu Sazali said...

aminn....

Balqish said...

seindah hiasan adalah wanita solehah! :)


jom komen entri terbaru. :D

Unknown said...

salam..prkongsian yg mntap..ley ler sbar2 kn kt klas..huuhuu..

najihah said...

wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita solehah

:)

~sudi2 la bertandang ke blog saya ya!

Insankerdil said...

salam...

hmm...moga kita semua tidak termasuk dalam 6 golongan itu...

LinkWithin

Lazada Malaysia