Sunday, September 5, 2010

Tentang Kita dan Si Tetamu Agung..

.:ASSALAMUALAIKUM:.
Salam sejahtera buat semua..

Alhamdulillah..sedar tak sedar..dah dekat sebulan kita berpuasa..

Hmm..macam mana?..Berat badan turun 2kg?..Rasa lesu setiap hari?..Dah 25 kali pergi bazar Ramadhan sepanjang 25 hari berpuasa?..isyh2...

Macam mana dengan bacaan al-Qur'an?

Macam mana dengan amalan bersedekah?

Bagi yg mampu..macam mana dengan zakat?

Astaghfirullah....

Saya diberi ruang dan peluang oleh ALLAH untuk membaca hasil coretan Uncle Bad dalam majalah ANIS keluaran terkini..tentang "Perginya Tetamu Agung"..

Memang terpukul,sebabnya saya sendiri selalu terfikir..Bilalah agaknya Ramadhan nak pergi..Bilalah Syawal nak datang..nak makan rendang..nak ketupat..nak itu,nak ini..

Tapi dalam Ramadhan?

Jarang saya mengharapkan khatam al-Qur'an 30 Juzu',jarang saya harap dapat bersedekah..jarang saya harapkan dapat qiamullail dengan jayanya..jarang saya harapkan segala ibadah dapat saya lakukan dengan tenang dan ikhlas...Semuanya JARANG...sampai bila??


Memetik nukilan Uncle Bad, bila tetamu agung bernama Ramadhan dtg, kita sambut kedatangannya dengan bermacam persiapan,tapi tak sehebat persiapan menyambut Syawal..

bila tetamu agung Ramadhan nak berangkat pergi, kita seronok sangat!..Sebab dah tak perlu kawal diri dari bermacam perkara..Petang 29 Ramadhan..tetamu bernama Ramadhan dengan langkah sedihnya bersiap untuk meninggalkan kita..Namun kita?

Akhirnya lewat Asar 29 Ramadhan,tetamu agung itu pun berangkat pergi..tanpa iringan sesiapa..

Sebab?

Semua orang dah sibuk dengan kedatangan Syawal..yang mungkin sebenarnya tak layak pun untuk mereka...

Adakah puasa kita seperti umat-umat terdahulu?..Para sahabat dan para salafussoleh terdahulu menangis apabila Ramadhan hampir berlalu..kerana mereka tahu,setiap saat ketika berada di dalam Madrasah Ramadhan merupakan saat-saat yang saaangat berharga kerana setiap amal kebajikan yang dilakukan,pahalanya berganda!

Kita sekarang?...ada aku kisah?

MasyaAllah...:(


Ya Allah..ampuni dosa kami ini...Masih sempatkah kami bertaubat kepada-Mu??


Astaghfirullah...

diari pengarang: Sampai bila akan terus beralasan?...hmm~

2 comments:

penaberkala said...

cepat masa berlalu
ramadhan akan berlalu pergi tidak lama lagi

apapun, ramadhan kali ini jadikan yg terbaik
kerana ramadhan akan datang belum tentu menjadi milik kita
thanks for reminder

Anonymous said...

Astaghfirullah...
terima kasih nad utk peringatan
;))

LinkWithin

Lazada Malaysia