Friday, October 15, 2010

MALAS boleh jadi MODAL?

Alhamdulillah...

Saat sedang kalut menggosok baju pagi tadi, telinga ni masih diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk menangkap dengar suara Ustaz di radio IKIM.fm dalam sesi MOTIVASI PAGI...

Saya suka buka IKIM.fm pagi-pagi.. best..boleh dengar berita terkini (pastu jd tukang forward berita dlm kelas..hehe-dan yg untungnya, org belum tahu,kita dah tahu lebih awal!.haha), dan slot yg saya suka, MOTIVASI PAGI..sy tak pasti siapa nama Ustaz ni..yg penting, cara penyampaian beliau memang best!!..
:thumbsup:


Hah, pagi tadi..dapat satu kata-kata..yg menariknya...kata-kata ni memang tempias pada diri sendiri..(padan muka!)

"Modal bagi orang yang MALAS adalah BERTANGGUH!"

Aduh!..tersenyum..gelakkan diri sendiri.

Memanglah, tak dapat dinafikan...kalau bertangguh, semua kerja jadi lambat..tak menjadi..tak perfect..Mungkin akan ada org yg tak setuju..sebab..kadang-kadang kerja last minute tu la yg terbaik..dan kerja di saat akhir senang dapat idea..kan?

TAPI?

Kan lebih elok kalau kerja tu dapat diselesaikan lebih awal..takdelah nanti salahkan masa yg tak cukup, salahkan printer yg rosak..salahkan itu, salahkan ini...Nak ke kita salahkan ALLAH?..Allah dah bagi kita semua masa 24jam..sama rata!..Tak ada siapa pun yg dapat lebih!..
(err..ke ada siapa-siapa dapat 8 hari seminggu?..or...25jam sehari?..haha...nonsense~)

" Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara"

uiks?..Apakah?..emm..Tak paham?..mai ceq nak terangkan..

Selagi masih ada ruang dan waktu untuk terus bernafas di atas muka bumi Allah ini..hargailah nikmat-nikmat ini sebelum ia pergi..

"SIHAT sebelum SAKIT"
"MUDA sebelum TUA"
"KAYA sebelum MISKIN"
"LAPANG sebelum SEMPIT"
"HIDUP sebelum MATI"


Bila nikmat yg ALLAH bagi hilang sekelip mata, barulah kita nak menyesal..Maka akan timbullah perkataan-perkataan seperti:

Kalaula aku berjimat dulu....

Kalaula aku gunakan waktu muda aku untuk buat amal kebajikan banyak-banyak...

kalaula aku buat kerja tu awal-awal..

kalaula aku masih hidup.......

erk..

Ha, masa tu baru nak menyesal..Allah dah pun berfirman dalam surah-surah-Nya di dalam Al-Qur'an,tentang bagaimana menyesalnya seorang hamba Allah jika dia tak berjaya masuk ke syurga. Contohnya dalam surah An-Naba', ayat 40:

[Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan Yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab Yang dekat (Masa datangnya), - Iaitu hari seseorang melihat apa Yang telah diusahakannya; dan orang Yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau Aku menjadi tanah (supaya Aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".]

Nak tahu?

KALAU..JIKALAU....KALAULAH...IF...

perkataan-perkataan yg seperti ini, yg mengharapkan sesuatu yg memang tak akan terjadi, merupakan PINTU bagi SYAITAN untuk MENGHASUT manusia..
Kenapa?
yela...bila berkalau-kalau..mula lah nk salahkan takdir..Nape la aku tak dapat jadi camni?Nape itu,nape ini..tak aci lah, n macam-macam lagi...Senang bagi syaitan untuk menggoyahkan keimanan kita!

Nauzubillaiminzalik..

"Kesihatan yg baik boleh diumpamakan sebagai sebuah MAHKOTA yg dipakaikan di atas kepala. Tak ada siapa yg nampak akan mahkota tersebut, melainkan oleh orang-orang yg telah dicabut nikmat sihatnya!"

" Sesungguhnya, teriakan yang paling banyak di dalam neraka nanti adalah teriakan orang-orang YANG SUKA MENUNDA-NUNDA AMALAN..."

Jadi?..

Harapnya yang menulis dapat ambil pengajaran dari refleksi kali ni..dan para pembaca pun dapat memahami dan ambil peringatan yg baik daripadanya...Wallahua'lam..

psstt..gambar boleh menipu!..huhu
-hasil sentuhan photoshop + photoscape-




diari pengarang: hey, tolong buang rasa PUTUS ASA jauh-jauh!!

8 comments:

nama.aku.lynn said...

cakap pasal 'kalau'..'if' dan pkataan yg swaktu dgannya..
buatkan aku tringat masa aku drjh 6!
tyme kls agama..ustaz aku bg bg tazkirah la skit dlm klas..
dia cakap byk pasal pkataan 'kalau' ni..
tapi..tu laa...otak budak2..main je keje..yg aku igt tajuk die je..
isi tazkirahhhh nye???erkkkk.,
kne g mnuntut balik ngan uztaz tu..hahah

Bintu Sazali said...

nama.aku.lynn
> hah!..betul2!..aku rase ko patut cari ustz tuh, duk bersila dpn dy, dgr sebutir tazkirah dy..suh dy repeat tzkirah suatu masa dahulu..hehe..;p..
takde ah..men2 je..

emm..biasela tu..knk2..hehe..lgpun..da nama pun insan..lupe tu pkra biasa..uhuk2..Alhamdulillah, Allah ilhamkan aku tuk ingatkan ko pd ustz tu la ni ek?hihi...:p

AlFaqirah Fillah said...

salam...
nice post..
hehe..
saya pun suka dengar motivasi pagi kat IKIM..best..

tahniah yer.post yang bmanfaat utk diri saya..
macam mana nak wat pict cam tu..comey2

Balqish said...

sis, I miss u.
sis fb dah x aktif ke??
selalu juga dgr ikim. time pagi mmg seronok, ustaz zahazan ke yg cerita??

Al - Mu'allim said...

salam.
betul tu...
penggunaan 'kalau' ni umpama kita tak redha dgn apa yg berlaku pd kita.

Padahal kita belum tahu smada 'kalau' kita lakukan perkara tersbut, kita akan jd lebih baik.

Bintu Sazali said...

nurulfatehah

> alhamdulillah...sesungguhnya Allah pun dah berfirman, berpesan2lah kamu pd jalan kebenaran dan kesabaran..:)

pic tu?guna photoshop n photoscape..^^

Bintu Sazali said...

BalqisShafiqa

> dah lama dah dele fb..huhu...harap balqis sihat sejahtera skrg ni..jgn slalu sakit2 meyh..skrg ni musim exam ni..huhu

owh..kalau ustz zahazan ada gak slot pagi,tp dlm slot tfsir alqur'an...kalau motivasi pagi,nama ustz tu,ustz Najhan..:)

Bintu Sazali said...

Al - Mu'allim

> u're right..belum cuba,belum tahu..tp kdg2 khilaf gak..tersebut gak camtu..huhu..hmm..manusia2..

LinkWithin

Lazada Malaysia