Wednesday, July 20, 2011

Apa Yang Kita Cari Sebenarnya?

Kadang-kadang org selalu bagi nasihat kalau kita dalam stress mode. Kadang-kadang kita yg bg nasihat pd org lain yg sedang stress. Tapi, semua tu..Haisyh...

Senang kan berkata-kata?

Bila berkata tak berfikir, semuanya just mcm angin lalu. Tapi bila cakapnya fikir, dan fikirnya itu zikir, itulah yg paling membawa kesan pada sesiapa yg mendengar.

Emm, nape ek tetibe je wat post camni? Takdelah. Duk ronda2 facebook tadi. Nampak status seseorang..Yeah, someone yg I kenal dulu, tapi dah berubah 88.8% dah la ni.(memandai je) Sedih pun ada, curious to know what happen to her pun ada...

Dari status tu, sy agak dy sedang miserable. Hidup cacamarba. Bukan takde pegangan agama. Tapi penghayatan agama tu yg kurang. Mungkin? Ahh, yg bercakap ni 2X5 je. Nak berlagak baik pulak.

Then sy tengok ramai gak yg komen. Mostly, lelaki. Yelah, bile awek cantik rasa sedih for sure lah ramai cowok2 yg nak tolong pujuk, ambik hati..an.. Tapi yg hairan bin ajaibnya, semua lelaki itu suh dy ingat Allah, solat, dll. Walhal lelaki2 itu? Huhu..Entahlah der. Siapalah kite ni nak menilai tahap keimanan seseorang, sebab yg kita ada hnya pandangan mata zahir, bukan pndgn mata hati.

Awek tu pulak mungkin dy rasa rimas, mungkin termalu, mungkin tak jumpa apa yg dy nak cari sebenar-benarnya, dy just leh cakap, thankz, insyaAllah dan apa2 ucapan yg sewktu dengannya sahaja. Yelah, nak komen byk2 pun, bila masalah hati yg menyerang, kite tak mmpu nak luah semuanya.

Takpelah. Saya harap that sis jumpa apa yg dy cari. Sama seperti kita ni. Sebenarnya, pada hakikatnya, jiwa dalaman kita ni sentiasa mencari sesuatu yg kadang2 kita sendiri tak tahu bhwa roh kita sgt perlu kepada perkara tu. Mungkin juga bila kita rasa begitu, Allah sengaja nak uji hati kita, iman kita, sejauh mana usaha kita untuk mencari kebenaran yg terselindung di sebalik segala kepalsuan dunia ni..

Emm, banyak bercakap banyak jugak salahnya, kan?

Dah2. Actually, I ada kelas lagi ni. Dan sebenarnya ada rasa bersalah yg masih beraja di dalam lubuk hati nih. Makin dipendam, makin parah. But...entahlah. Maaf atas segala khilaf yg hamba telah lakukan..

Jom sama2 mencari apa yg sepatutnya kita cari. Semoga kalian berjaya bertemu dengan apa yg dicari itu..Sekian utk setakat ini, adios!~

Kebenaran yg selalu ditidakkan.




Diari pengarang : Susun semula jadual kerja!

2 comments:

namaakulynn said...

nice one nad!
banyak je mcm tu skrg.*sigh

Bintun Sazali said...

lynn >

betul tu betull..tak mustahil kite lak tibe2 jd camtu..nauzubillah..moga pegangan kita kuat ke arah yg benar..huhu

LinkWithin