Wednesday, May 30, 2012

Fil mustaqbal...

Bismillah.

Alhamdulillah, akhirnya bercuti juga saya setelah berhempas-pulas bertempur dengan encik examination. Takde lah berhempas-pulas sangat pun sebenarnya. Harapkan 3.5 ke atas tapi usaha setakat layak dapat 1.5 je..kot? Teruk. -,-

Dekat rumah, nak online susah sikit. Line macam malu-malu nak menetap kat kampung ni. Hmm. Apa boleh buat..Terima je lah seadanya. Tapi ada hikmah jugak. Takdelah asyik nak mengadap laptop je kerjanya. Heee. Lagipun kat rumah ni macam2 boleh buat. Bibik terhormat lah katakan. :)

Oh ya. Lupa nak cakap. Tajuk tu, sebenarnya sepatutnya (apa tu?) saya tulis macam ni :  في المستقبل , maksudnya "pada masa hadapan". Motif?? Emmm...Entah. Heee.

..............

Teringat waktu sebelum cuti. Ada sis tinggalkan pesan. Lebih kurang mcm ni la conversation kitorang :

"Hah, angpa balik cuti ni jangan senyap2 nikah pulak,"
"Uish akak ni. Calon pun takdak. Haha"
"Angpa jangan cari dulu naa. Tunggu akak cari tuk angpa. :)"

Ok. Time ni..tak tahu apa sebenarnya perasaan dlm hati ni. Sobs. Mata dah bergenang dah. Malu gila kalau sis nampak. Aihhh..

"Nak calon dari mana?"
"Emm, takpe kak. Dari mana2 pun boleh. All are available. Haha"
"Ha, baguih2. Takpa, tunggu akak carikan naa. Ingat, jangan duk cari lagi. Jgn sedih2 duk pikiaq yg dulu. :)"

Err. Ok fine. Maluu. Haha. :')
Memang. Hati tak boleh menipu kan? Takpe2. Belajar utk lepaskan apa yg bukan kau punya ok..

..............

Teringat pulak perbualan antara saya dan seorang makcik (err..ok. Makcik yg dikenali.) dalam beberapa bulan yg lepas.

"Nadia berapa tahun lagi kat maktab?"
"Ada 2 tahun lagi makcik. :)"

Dalam hati, rasa berdebar. Makcik nak datang meminang ke? Haha. Ok fine, angan2 je semua tu. Kalau makcik suka tp anak makcik tak sudi, sob3..So..lupakan je lah. Maybe dah boleh delete kot conversation yg ni.....?...Em..

..............

Dan hari ni pulak...sedikit perbualan antara aku, ummi dan akak ejen takaful.

"Yang tu dah ada ke?"
"Siapa? Nadiah ni? Entah dia."
"A'ah, dia la. Tu, anak Puan S*** (tak dgr la nama siapa akak tu sebut tadi. Huu) ckp dengan maknya, suruh carikan. Belajar kat maktab juga rasanya. Baik je budaknya. Dulu pernah dia dengan sorang misi, tapi tak jadi, dikecewakan. Tu yang suruh maknya carikan tu. Betul ke ni takde lagi?"
"Takde."
"Ye je takde lagi tu.."
"Betul ni, takde. Hehe"

Ok. Fake gila. Memang takde. Tapi hati ni...Hmm. Dah2 la tu. Orang da tak sudi, jangan la duk pikiaq lagi.....

"Betul ni? Kalau betul boleh jee. Kalau nak laa. Hehe. Maklumla, dalam family saya memang saya ni tukang cari jodoh kak (kak - refer to ummi)."

Em. Takpe2. Aku tak anggap conversation ni serius pun. Boleh kan mcm tu? ;)

..............

Ok, selesai 3 conversations. Apa motif letak conversations ni semua? Emm. Tak tahulah ye. Satu je kaitan yg nampak jelas terang nyata tanpa dengung (eh?). Pasal kahwin, pasal jodoh. Haihh. Bila nak berhenti pikiaq pasai tu semua?

Actually dah lama dah berhenti fikir. Malas. Penat. Tapi..biasala. Mana boleh lari dari semua tu. Ishh. Dah3. Tutup cerita. Tamat sudah. :')

Belajaq pun tunggang langgang. Diri sendiri pun belum kuat, jiwa pun masih belum sedia. So..lupakan je lah. Banyak lagi benda lain boleh pikiaq. Memang belum sampai masa lagi. Sabarr. Tak penat ke duk pikiaq benda sama setiap masa? *mcm kenal ayat ni. Hmm.

Nama pun manusia, kena set diri utk handle banyak perkara, utk pikirkan banyak benda. Tak boleh hanya fokus pada satu2 perkara setiap masa. Ok? Nak nasihat diri sendiri je ni sebenaqnya.

Misi mencari kekuatan, emm, tak tahulah mcm mana sekarang ni. Iman manusia, biasalah. Sekejap turun, sekejap naik. Sebenarnya kena selalu dekat dengan Yang Maha Membolak-balikkan hati, baru dapat kekuatan yg betul2 pasti. Emm.

Dah la. Duk membebel tak tentu hala. Apa nak jadi tah. Isyh.

Esok kena berangkat ke KL. Jadi mahu tidur dan rehat secukupnya. Letihh. Maghrib tadi pun terpaksa telan panadol, setelah sekian lama tak telan benda tu (sebab nak elakkan, bahaya kalau selalu amek!). Alhamdulillah, lega sikit kepala ni. Hope segalanya berjalan lancar esok. Doakan ya. :)

May Allah bless u all!
Adios!





2 comments:

Anonymous said...

jika sudah berhajat.. apa salah nya diutarakan.. dan lebih sedia.. dan yakin bahawa swgala urusan akan dipermudahkan.. bukan kah yakin itu tunjang akidah.. =)

Bintun Sazali said...

Anon :

Syukran..buat masa ni, bukan masanya kot...Banyak tanggungjawab dan hal lain yg lebih perlu diutamakan...:) Hati dah tutup smntra utk smua ni....sob3

LinkWithin