Friday, May 11, 2012

Kuasa Fokus

Bismillah.

Ada orang pesan, kalau kita jatuh, jangan duduk kat tempat jatuh tu lama2. Cepat2 bangun, teruskan langkah walaupun payah!

Ye, memang susah nak cari kekuatan. Tapi aku sedar something. Kekuatan tu bukan boleh datang dengan mudah. Bukan boleh dpt dengan hanya sekadar menyeru kekuatan supaya kekuatan datang kepada kita. Tapi kita lah yg kena BERUSAHA mendekati kekuatan itu.

Mana sumber kekuatan tu? Pada yang memiliki kekuatan lah. ALLAH. Dialah yang berkuasa memegang segala perkara. Bukan kita. Bukan kawan2 kita. Bukan keluarga kita. Tapi hanya Allah.

So cute! Eh, jangan lupa baca mesej tu. :')



Okeh, balik semula kepada tajuk. Actually dah lama nak post tajuk ni. Tapi biasalah. BUSY kononnnyaaa.....-,- Padahal duduk bilik berguling je..Study tak jugak. Busy tang mana taktau. Haiya.

Sebenarnya teruja nak kongsi motivasi pagi yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yg aku dengar dlm minggu ni (tak ingat bila). Eh, kenal ke idak? Ala. Yg orang duk panggil Saiful Islam tu. Tak kenal jugak? Alaaa. Yang tulis buku "Aku Terima Nikahnya" tuuuuu.. Tak kenal jugaakk??..Takpa2. Gugel je, InsyaAllah boleh kenal beliau.

Tajuk motivasi, Focus Thinking. Menarik sangat! Sebab apa? Sebab, nak kabo nye, orang Islam ni sebenarnya senang sangat3 nak berjaya. Sebab kita ada Allah. Kita ada solat. Hey, macam2 yg kita ada, ok? Islam ni tak rigid. Islam ni sifatnya syumul, sempurna, sesuai utk semua orang, bukan utk Muslim sahaja.

Perkaitan antara focus thinking dengan solat. Apa ada pada solat? Dan apa pula kaitannya focus thinking dgn solat? Sebenarnya dalam solat, masa tu lah kita latih focus thinking kita. Tak percaya?

Perasan tak, setiap kali kita solat, masa tuuuuuuuu la semua benda kita nak ingat! Haihh. Serabut. Masa solat lah kita teringat macam2. Masa solat lah kita plan macam2. Memang best gila. Nak ingat apa2, solat je. -,-

Kenapa jadi mcm tu eh? Sebab kita tak fokus. Adik aku pernah cakap, kenapa kita asyik ingat macam2 waktu solat. Sebabnya masa solat kan, kita jadi tenang. Masa tu fikiran kita kosong dari segala benda. Asalnya kita fokus nak solat, tapi time tu lah SYAITON cucuk jarum. Sumbat macam2 dlm kepala kita. At the end, kita lalai. Sampai lupa rakaat. Pheww!

So macam mana caranya nak fokus dalam solat ni? Macam jugak dalam kehidupan seharian kita. SET YOUR GOAL. Kalau kita ada goal tertentu, for sure kita akan berusaha utk capai goal kita. Kan? Let say kita nak dpt flying colours dalam exam. So apa kita buat? Duduk2 macam aku ni ke? Mestilah TAK, kan? Mestilah kita berusaha, baca notes, buat latihan macam rumet saya, etc etc. Kan kannn??

Berbalik kepada SOLAT. Apa gol kita dalam solat? Nak khusyu'. Nak relax. So, work for it! Memang saaaaangatlah susah utk capai semua tu. Tapi TAK MUSTAHIL, dengan kuasa fokus. Try lah slow2. Kalau macam aku, nak fokus tang Fatihah pun fail!

So apa aku buat? Perlahan2. Try step by step. Aku try fokuskan Fatihah dulu. Dalam satu rakaat tu, baca Fatihah sahaja, dan fokus dalam Fatihah, then tak perlu baca surah. Bukan selamanya tak perlu okeh? Bila kau dah yakin kau boleh fokuskan Fatihah dan surah, so, buatlah. Then teruskan dengan fokus pada bacaan2 dalam solat.

Its' simple, sebenarnya. Cuma kita je. Nak atau taknak je. Ada ke Muslim yg tak solat sebab rasa SUSAH dan LECEH? Jangan macam tu kawan. Takmau takmau. Solatlah, tak rugi pun solat. :)

Em emmm...apa lagi nak bebel. Risau ni sebenarnya. Rumet saya pesan suruh study tapi aku belum study lagi. Wuwuwuw. Mana kuasa fokus niii?? *kena check hati ni. -,-

Last but not least, dekat sini aku sertakan link untuk anda2 semua muat turun klip rakaman Motivasi Pagi oleh Ust Hasrizal, berkenaan KHUSYU' DAN FOKUS DALAM SOLAT. Sumbangan dari seorang hamba Allah, aku dapat dari page Ust Hasrizal. Download lah. Daripada korang download lagu2 Korea tu, meh download benda ni meh. Hehe


KLIK SINI --> MOTIVASI PAGI


Sound dia tak berapa kuat, sebab maybe hamba Allah tu rakam dari radio. Wallahua'lam. Semoga dapat manfaat!

Wish me luck for my exam! Adios~


No comments:

LinkWithin

Lazada Malaysia