Friday, October 22, 2010

hey, SILA STUDY..!

Soalan pembuka bicara :
What is the best gift untuk dibawa pulang kpd family, jika mahu pulang ke kg?..huhu~


*********
"Uiks, ngah watpe? Study ek?"

"Yups.."

Aduss....cemburu la if seseorang tu ada kesedaran untuk study...tak lama lagi nak exam..tapi?...haiyaa...

Betul jugak kan..

MODAL BAGI ORG YG MALAS IALAH PERBUATAN BERTANGGUH!

dan...

MALAS ADALAH PUNCA BAGI SEGALA KEGAGALAN!

Jadi?..

hmm..susah kan kalau KEMALASAN lebih berkuasa daripada KERAJINAN...

dan lebih susah jika ALASAN lebih banyak daripada TINDAKAN!


Tanpa sebarang usaha, mungkinkah seseorang tu boleh berjaya?
Boleh ke tanpa sebarang tindakan, seseorang itu akan menapak ke hadapan?
Adakah dikira berjaya jika sesuatu kejayaan itu bukan datang daripada
usaha yg bersungguh-sungguh?

Firman Allah Taala dalam Surah Ar-Ra'd, ayat ke-11 :

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah keadaan mereka sendiri..."


Tanpa sebarang USAHA dan TINDAKAN, dan hanya mengharapkan sesuatu yg baik akan berlaku, itu bukan tawakal!..Selagi kita tidak bersungguh-sungguh utk mengubah nasib dan keadaan diri kita, selama itu Allah tak akan mengubah keadaan kita.

Masa tak pernah mencemburui kita...Tapi kita yg seharusnya CEMBURU PADA MASA!

Kenapa?
Sebab...walau apa pun yg terjadi, masa akan tetap berjalan..tetap akan meninggalkan kita yg jauh di belakang..dan kita tak akan dapat mendapatkan semula masa yg telah berlalu..Untuk apa masa mencemburui kita, sedangkan masa selalunya akan pergi jauh meninggalkan kita yg terkial-kial mengejarnya?

Sebab tu la pepatah Arab ada menyebutkan, bahawa MASA ni ibarat PEDANG...jika kita tak memotongnya, dia yg akan memotong kita!..

DOA + [ USAHA - PROCRASTINATION ] + TAWAKAL = SUCCESS!

Harapnya diri ini mampu melakukannya!
~InsyaAllah..dgn izin ALLAH~


diari pengarang : ruang refleksi diri..huhu...Emm, i think this blog will be neglected for a while, until the exam is over!~

5 comments:

Iman_Inside said...

juga berharap boleh melakukannya..tapi..bilakah??huuu...

Bintu Sazali said...

entahlah?....huhu...aduss...sapa ada jual KESEDARAN??...sy nak beli!..huhu~

Solihin Zubir said...

gudluck ok!
all da best! :D

Anonymous said...

nadiah! akk doakan nadiah najah lam exam...(^^,)

Bintu Sazali said...

Solihin Zubir>

syukran jazilan!!..^^


kak Syuq>

tq kak!!..u too, hope will do well!..^^

LinkWithin

Lazada Malaysia