Thursday, November 11, 2010

Mai belajaq AQIDAH sat~

Salam sejahtera buat semua.
Baiklah. Sudah2 la tu post entry yg mengarut-marut. Huhu..
Jom kita review sikit topik Aqidah nih..:)

Iman, Islam dan Ihsan!

*******************
Pengertian Iman serta Konsepnya

Iman dari segi bahasa membawa erti percaya.
Dalam konteks penghayatannya dlm kalangan umat Islam, iman
membawa maksud mengaku dengan lidah,
membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota.

Dalam erti kata lain bahwa seseorang yang mengaku dengan lidahnya
mengenai keesaan dan kekuasaan Allah,
mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan
segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.

Terdapat enam asas kepercayaan dalam amalan,
cara hidup Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun iman.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang
bermaksud:

"Iman itu ialah bahwa kamu yakin dan;
percaya kepada Allah,
percaya kepada malaikat-malaikat-Nya,
percaya kepada kitab-kitab-Nya,
percaya kepada rasul-rasul-Nya,
percaya dengan kedatangan Hari Akhirat dan
percaya dengan ketentuan balk dan buruk dari-Nya".

Orang yang tidak percaya dan tidak yakin dengan perkara-perkara
atau rukun-rukun iman tersebut adalah kafir.
Orang Islam yang menafikan salah satu atau semua rukun iman
dianggap murtad iaitu terkeluar daripada agama Islam.


*******************
Pengertian Islam dan Konsepnya

 Islam daripada segi bahasa bererti sejahtera.
Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam ia bermaksud
menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah
dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan
oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam.
Rukun-rukun Islam ini terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah
yang bermaksud:

"Islam itu adalah bahwa engkau bersaksi tiada Tuhan yang
layak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah
pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat,
menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan zakat
dan mengerjakan haji di Makkah jika berkemampuan."


*******************
Pengertian Ihsan dan Konsepnya

 Konsep ihsan ini telah digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah
hadisnya yang bermaksud:

"Ihsan adalah bahwa engkau menyembah Allah seolah-olah
kamu melihat-Nya, jika kamu tidak dapat melihatnya,
maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu"

Hadis ini menjelaskan bahwa ihsan itu adalah tindakan seseorang
melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahwa
Allah sedang memerhatikan gerak-geriknya dan dia hanya
mengharapkan balasan baik daripada Allah semata-mata.
Dalam arti kata lain bahwa semua amalan kebajikan yang dilakukan
adalah dengan penuh keikhlasan.


*******************
Intisari Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

 Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan,
maka suatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan
ketiga-tiganya iaitu:

Seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan
Allah
(iman) akan senantiasa tunduk menerima perintah Allah
dan patuh melaksanakan nya
(Islam) dengan penuh keikhlasan
tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia
(ihsan).

Gabung jalin antara keyakinan terhadap Allah,
kepatuhan melaksanakan perintah-Nya dan keikhlasan yang sepenuhnya
akan melahirkan insan yg teguh akidahnya.


*******************
Ciri2 Org Yg Sempurna Iman,Islam dan Ihsan

 Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat,
kitab-kitab suci Allah, para rasul, kehadiran Hari Akhirat dan
ketentuan baik dan buruk daripada Allah.

Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah
seperti solat lima waktu sehari semalam,
puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan
menunaikan haji di Makkah.

Senantiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan
dan sentiasa mengharapkan hanya ganjaran
daripada Allah semata-mata.


*******************
Sumber : Sila klik sini.

*esok nak exam baru wat nota?Jgn tiru aksi ini.huhu*


diari pengarang: Baca buku tapi macam tak ada input. Camne ni? Haisyh..T_T

4 comments:

My Love said...

Salam...

Ada satu kaedah utk memudahkan ingat fakta dan nota..

"U write what u read... u read what u write"... ulang2 sampai la ingat ;)

Bintu Sazali said...

Ustaz Love>
that's sound interesting!...syukran jazilan Ustaz...:)

InsyaAllah..akan cuba amal...^^

Siti Safiyyah said...

wah, bagus entry ni.. keep it up!

p/s: exam ape lak ni ye? hee

Bintu Sazali said...

Siti>

tq!...:p
hehe....skali skala (eh,bukan.kena slalu..hehe) kena post perkara2 ilmiah jugak..hehe

exam pengajian islam,bawah tajuk aqidah..:)

LinkWithin

Lazada Malaysia