Thursday, March 3, 2011

~✿ Akak, Saya, Kita ✿~

Assalamualaikum!

Hah, sila jawab tau. Sebab, semalam waktu mendengar kuliah dr Ustzh Salbiah, sy terbaca sebaris ayat drpd buku "50 Wasiat Rasulullah utk Wanita" yg berbunyi begini :

Seseorang yg disampaikan salam kepadanya yg berbentuk tulisan, HARUS baginya menjawab salam tersebut sesudah shj ia membacanya.

Faham tak? Makna kata, kalau ada kwn sms ke, bg surat ke, tulis2 la kat mana2 pun, tak semestinya kita akan taip "wa'alaikumussalam" kembali, tapi kita HARUS jawab salam yg disampaikan tu dgn lafaz. Alhamdulillah! Dah berkongsi sesuatu! :)

Eh, tp betulkan ye andai sy tersilap.

Okeh, jom masuk tajuk pulak. Selalunya kan, apa kata ganti nama diri yg kamu semua gunakan utk membahasakan diri kamu sewaktu berkomunikasi dgn org lain?

I?
Saya?
Kita?
Aku?
Akak?
Along?
Nama sendiri?
dll?

Okeh, terpulanglah pd kita utk menggelar diri sendiri sbg siapa di hadapan org lain. Dan semestinya kata ganti nama diri kita tu sesuai dgn keadaan, masa, tempat, dan dengan org yg dilawan bercakap. I mean, org yg sedang berkomunikasi dgn kamu itu.

Bukan apa. Post ni hanya utk refleksi diri. Saya jujur ni, tak pandai la nk bahasakan diri sbg apa dalam certain keadaan. Haisyh. =.="

Biasanya dgn kawan2 yg rapat, sy gunakan "aku" je. Mungkin org akan nmpk cam kasar, tp sebenarnya itulah tanda mesra. Ye dak? :)

Kalau dengan akak2 atau org yg lebih tua, kadang2 gunakan "kite", atau "saya". Maklumlah, sopan la kot? ;p Eh jap. Kalau dgn abg2, entah la yer? "Saya" kot? Agak2 perlu berkasar sikit, "aku" je. Kalau dengan org tua, saya selesa gunakan "saya". Kot?? Kalau dengan makcik2 kt kg saya tu, entahla. Tak tau nak guna apa. "Saya", macam skema sgt. haha. Selalu la pilih "kite" sebagai kata ganti nama diri yg selamat. hehe. Huh.

Dengan adik2 pulak, I mean, my junior, wahh..Saya tak pandai bahasakan diri sbg "akak" ! Sorry to say, but this's my weakness! Huhu. Entah nape la ye? Malu kot? Sy segan la kamu semua. Sepatutnya seorang akak ni merupakan seorang yg layak kamu jadikan contoh. Tapi saya? Huh. Tah la. Speechless. Adakah kerana ego, sy jadi begini? Aduhh~

Emm, tu je. Sampai bila agaknya sy akan guna "kite" nih? Takkan da tua nanti, da umur 30++ nanti pun nak guna "kite" lagi? Hehe.

Takpe2. I don't think so. Mungkin dan boleh jadi, pengalaman akan mematangkan kita. Usia yg bertambah bukan satu halangan, sebenarnya merupakan satu pemangkin utk mencedok lebih banyak pengalaman. Kan? :)

Dan saya percaya, suatu hari nanti, saya akan bahasakan diri saya sbg "akak" dgn org2 yg lebih muda dr saya. Mungkin kan? Hehe.


Ok. Gambar ni takde kena-mengena dgn tajuk.
Saja berangan. Haha. =.="



diari pengarang :

Post ni special tuk seorang budak ni. Dy siyes tak suka sy bahasakan diri "kite" dgn dy. Haha ;p Maaf ye dik! :)

7 comments:

Miftahun Najah said...

nanti tak lama lagi kena bahasa kan diri "ustazah" pulak...

Mindfreakgirl said...

xpe. na ada 5 tahun lg kat cni.. semoga dpt dgr perkataan "akak" itu muncul drpd mulut akk sendiri. amin~ ^_^

Siti Safiyyah said...

waalaikumussalam..haa saya jawap ni..;p

heh saya lagi sedih..kadang2 yg sebaya pon panggil saya kakak..maybe sebab diaorg tengok muke saya nampak matang kot? ohh maybelah. tapi dengan adik2 bese gune akak la. kadang2 saya..depends on situation..tak kisah la sebut pape pon, janji kite tau respek orang kan? ;)

Bintu Sazali said...

fatin >

tu la. sekarang kan belajar pedagogi. wahh. kena gak guna perkataan "ustzh" sbg KGN diri...aiyaa..segan...;p

Bintu Sazali said...

nana >

hehe.. mungkinkah akan?? ;p

Bintu Sazali said...

cik Siti >

haha. yg tu biasa..:)
sbb kalau nk selamat, guna akak je,..hihi :D

tp tu la.kdg2 bimbang kalau2 org tu terasa. tp nak buek mcm mano? huhu

dan sy setuju! itula main point nya. respect others! :)

yatee 'yosh' yakuza said...

:)

LinkWithin

Lazada Malaysia