Monday, March 21, 2011

Kita + Berubah..?

"Kau dah nampak lain lah sekarang, nampak cam makin matured"

Ea? Terus terang jela. Dah makin tua. Huhu


Emm,betullah kan. Kita manusia ni akan sentiasa berubah. Dari hari ke hari. Dari tahun ke tahun. Sekejap je pulak tu. Macam tak terasa pun perpindahan masa tu. Cepat sangat2. Lebih2 lagi kalau kita sentiasa sibuk, atau sentiasa disibukkan, ataupun selalu buat2 sibuk. Kan? Pastu sedar2 je, eh, dah besaq panjang upenya! Eh, dah tua rupanya...Kan? Begitulah kehidupan..

Padanlah org kata, semakin berganjak usia, semakin banyak pengalaman yg akan kita timba, yg akan kita rasa. Macam2, susah senang semua kita rasa. Bergantung pada kita macam mana nak lalui semua tu. Kalau ada masalah pulak, bergantung pada kita macam mana nk selesaikan..Sebab kita dah besaq. Dan juga sebab pengalaman mematangkan kita. Kena pandai2 gunakan akal kurniaan Allah tuk berfikir, ke arah jalan yg betul. Kan?

Hmm, membebel je. Actually, sejak dua menjak ni selalu sangat terasa dan terperasan yg sebenarnya dah byk perubahan yg berlaku, sama ada terhadap diri, keluarga dan kawan2. Macam2. Tang emosi, tang fizikal, tang sosial..Hmm...

Kalau dulu, dengan family, kami semua susah sgt nak berinteraksi. Senang kata, tak rapat sangat pun sebenarnya. Lebih jelas lagi, masing2 tak kenal diri masing2 walaupn kami adik beradik. Ye, mungkin waktu dulu2, kite masih kecik, hingusan dan tak tahu apa2, kan? Tahu nak main je. Tahu nak suka2 je. Tapi bila dah makin besar, masing2 pun tahu apa yg boleh kami buat, apa yg kami tak perlu buat, masing2 dah mula faham diri masing2. Saya secara jujurnya mengaku, yg sy memang tak pernah rapat dgn ummi. Hatta dengan adik2 pun. Tapi bila dah semakin dewasa (konon), dah makin tau tanggungjawab. Lagi2 lepas ayah dah takde, sy kesian tengok ummi. Takde kawan nk teman kat umah. Anak2, masing2 dah duduk ostel. Dgn sy la ummi kongsi2 cerita..Hmm..

Kalau dgn kawan2, isyh. Lagi la byk perubahan yg dirasa. Aduh. Semakin cepat touching, itu perkara pertama. Haha ;p Kelakar je kan? Semua org makin sedar akan tanggungjawab masing2. Dan, satu perkara yg paling OBVIOUS ialah....tentang PERKAHWINAN!! huhu. Semua org dah lebih terbuka tuk borak2 sal mende nih. Kdg2 klakar jugak..Tapi..Heheh..sweet la korang sume..:)

Ok. Tah pape je membebel nih. Esok lusa dah nak kena pi sekolah. Aduh..Banyak takut meyh..Segan pun ada..emm..

Dah2. Nak wat asgmnt. Take care semua!



diari pengarang :

Ehem,hye. Thankz cz sudi lawat blog kite. Sy jealous dgn kamu.
(perlu ke?Tah.) =.=

4 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

kdg2 kita tak npmpk perubahan diri kita..org lain yg npk

azalia hjsalleh said...

bab kahwin tuh i setuju sbb i pun tgh duk pikir2 tema yg sesuai untuk wedding day. ahahaha gile ke hape. bru je na genap 20 thn bulan 7 nie

Bintun Sazali said...

kak lin >

stuju2!! sbb tu kalo nk tahu camna diri kite, kite kena tanya pndpt org lain...:)

Bintun Sazali said...

azalia >

biasa la tu! I pon sama je laa!! ;p (hihi malu)

LinkWithin