Monday, November 22, 2010

Mandi Wajib,Solat,dan Tips Cantik

Salam alaikum...
Moga pembaca semua sejahtera waktu membaca post ni..^_^

(dah lama tak jd seseorang yg normal.Hari ni tenang sikit.Nape ek?Entah..huhu)

Okeh, hari ni saya akan catatkan post yg berguna buat umat Islam yg sudi membaca.
Apa?

Paling Utama, tentang MANDI WAJIB..sebenarnya dah lama dapat emel ni dari Kak Imah. Alhamdulillah, Kak Imah harap saya dapat sebarkan ilmu ni pada org lain jugak, melalui blog yg tak seberapa ni. Harap pembaca dapat banyak info yang berguna, kerana seorang yg bernama INSAN tak akan pernah terlepas dari sebarang kesilapan sepanjang hayatnya di dunia , isn't it?

PANDUAN MANDI WAJIB

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

[Mandi Wajib Yang Betul]

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut
jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya
dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,
ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan
air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu
rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut
tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas
beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang
ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan
memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.
Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau
” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2
bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia
telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum
air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada
badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis
di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota
badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada
bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,
sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.

Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.
Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai
air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.
Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,
mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan
rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah
membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.

Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak
boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang
menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan
menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.

Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi
pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna
itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,
bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan
bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi
wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah
atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat
Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais
menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu:
-> kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani.
-> keluar air mani.
-> mati.

Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja :
-> keluar darah haid
-> keluar darah nifas
-> melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada
air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya
mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu
mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,
manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Jelas? Pastikan point2 yg ditebalkan tu diambil serius ya..:)
Okeh, nak tambah lagi.

PANDUAN UNTUK MENJADI CANTIK!

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5
kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,
dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh
tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan
do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak
hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’,
“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka
perindahkan pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah,
tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan
diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air
putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.
Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Lagi..
RAHSIA SOLAT?

1. Niat Solat Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia
dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita
di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita
di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di
dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian
SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam
kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di
padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan
oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wallahua'lam.

Baik. Itu sahaja.
Sebarang percanggahan pendapat, sila rujuk pada ulama' yg lebih arif.
Saya sendiri tak pasti sejauh mana kebenaran RAHSIA SOLAT ni.

Apapun, yg penting ialah kita laksanakan SOLAT sungguh2, bukan kerana hanya nak harap macam2 balasan, tapi SUJUDLAH kepada PENCIPTA-mu kerana DIA Yang Maha Agung, dan kerana kamu ialah hamba-Nya yg lemah.
Wallahua'lam.



diari pengarang: Ya Allah, pelihara kami dari terpesong ke arah jalan yg menyekutukan Engkau!

3 comments:

En iLHAM said...

wah
banyak tips
hehe
terima kasih bebanyak

Bintu Sazali said...

En iLham >

sama2 encik ilham!..:)
tq sudi visit my blog!..^^

Mindfreakgirl said...

salam~
kak! thank you so much!
sgt berguna~
baru tahu ttg "friday the 13th"
hu3~
thanks kak!
:)

LinkWithin

Lazada Malaysia