Monday, January 24, 2011

Kau Tahu Apa Itu Dosa?

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan....

*******

Dosa, sesuatu yg tak akan terampun melainkan dengan taubat.
Dosa, bagaikan bayang2 hitam legap yg sentiasa mengekori.
Kita tak akan dapat melihat akan ia.
Namun kita sedar akan kewujudannya.
Siapa yg tak kenal apa itu dosa?

Walaupun tanpa agama, semua insan tahu apa itu dosa.
Kalau tidak, masakan ada baik dan jahat?
Kalau tidak, mana mungkin mereka percaya syurga neraka?

Pernah tak...bila kamu pejam mata,
atau bila2 je lah,
tiba2 muncul bayangan2 dosa yg pernah kamu lakukan?

Pernah tak tiba2 muncul seperti skrin besar
di depan mata yg menunjukkan satu demi satu kemungkaran
yg telah kamu lakukan?

Pernah tak tiba2 tergambar
bagaimana kamu dan kekasih kamu berpelukan tak kenal erti malu,
maruah dan dosa pahala?

Pernah tak kamu terfikir,
tangan yg menghantar mesej multimedia berbentuk gambar kamu
tanpa seurat benang pada tubuh kamu kepada seorang
yg kamu katakan dia itu kekasih kamu?

Pernah tak, tergambar di depan mata kamu,
saat kamu mengecilkan hati org tua kamu
dengan membentak-bentak mereka?

Pernah tak, kamu terfikir bahawa perbuatan kamu derhaka
pada mereka tanpa kamu sedari telah cukup
membuat hati org tua kamu terguris terluka?

Pernah tak terdetik di hati kamu,
"Aku seorang insan yg sangat berdosa.
Hidupku hanya bergelumang dengan dosa2. Ya Allah................"

Pernahkah?

*******

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali


-->Mentari Hidup~Haikal~





diari pengarang : Ya Allah, Kau Maha Pengampun, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Jadikan aku antara org2 yg mendapat keampunan-Mu Ya Rabbi....... :'(

7 comments:

Along Tapa said...

cuba kita bayangkan benda yang signifikan...kalo dosa tu boleh dipaparkan, adakah orang akan menyesal dengan dosa atau dia bangga dengan dosa dia??sekian, terima kasih..


Gorengbaek - Along nak pecah rekod...buat entri bunga-bunga

Hangit Habis dah - What kind of person are you actually?

Bintu Sazali said...

setuju :)

Al - Mu'allim said...

Malaikat maut melawat kita 70kali sehari atau ikut kiraan matematik biasa, setiap 20 minit.

Apa kita sanggup melakukan dosa saat malaikat datang malwat kita?

InshaAllah, bila memikirkannya, lebih terhindar dari melakukan dosa.

Iman_Inside said...

cik bintun..

tahniah..hehe..nice post..like...:)

Bintu Sazali said...

Al - Mu'allim >

Subhanallah..anda benar....:'(





cik nurIman >

syukran..peringatan utk diri sndri sbnrnya..:(

AbeLo said...

Ighfirlana Ya Ghafur..

Betul tu, malaikat maut sering menziarahi kita, tapi kita yang x sedar ni selalu sahaja leka dan alpa, so, lazimi istighfar dalam hati dan pada setiap perkara, then, sebelum tido mengucap banyak2 n istighfar sebab kita pun xsedar kadang2 ape yang kita lakukan time siang hari..

Kalau tgok dunia hari ini, macam2 perkara terjadi, bapak bunuh anak, orang ragut n rogol sana-sini, etc..Nauzubillahi min zalik!

Allahu Allah~

Bintu Sazali said...

abang >

Subhanallah..thankz cz sudi komen..:)
lama tak dgr kabor..

betulla..kdg2 nk bukak mata pon takut skrg, sbb mcm2 bende tak best akan berlaku dpn mata..:(

LinkWithin

Lazada Malaysia