Sunday, January 9, 2011

What time is it?

Salam sejahtera buat semua!

Okeh, semua tengok jam. Pukul berapa sekarang? Dah solat dah?
Emm, entri kali ni tak mau la emo2. Cam geli jer bila baca balik. haha

Baiklah. Dalam hidup ni, tak sah kalau tak ada penunjuk masa.
Owh, maksud saya, JAM.

Tak kira lah jam tangan ke, jam dinding ke, ataupun jam meja sekalipun, semua tu memang penting. Paling kurang pun mesti ada satu sbg koleksi. Eh, ke ada sesiapa yg tak memiliki jam, walau satu pun?
Cepat angkat laptop. Saya nak tengok. haha

Okeh2. Siyes.

Kadang2 kita akan keliru dengan masa dan keadaan kalau tak ada sebarang
penunjuk masa. Camne tu?

Ok, sy bg contoh:
Katakanlah anda sekarang menetap di asrama. Dan kebetulan pulak ini hari minggu. Roommate pulak tak bermalam kat bilik cz ada urusan luar (cewah) ataupun bermalam kat bilik kwn lain. Pastu anda lupa nk set alarm utk bgn Subuh.

Tetiba anda terjaga dr tidur. Tapi tgk kat luar tingkap macam gelap. Mata pulak kabur, tak nmpk jam kat hp dgn jelas. Dengan bersangka baik bahawa hari masih muda (ceh), anda pun tidur semula.
"Azan Subuh nanti aku bgn la."

Tup tup. Anda terjaga semula, rupanya hari dah TERLAMPAU siang!
Rupanya pagi tadi salah tengok jam. Anda sangka baru pukul 5.47. Rupanya waktu anda tengok jam hp tu, sudahpun 6.47!
Err..pernah alami tak kes camni?
Saya tak nak alami. huhu

Baiklah. Konklusinya setiap org perlukan jam yg mampu tunjukkan masa yg betul kpd anda. Kalau boleh biarlah nombor pd jam tu jelas dan besar. Mata sepet macam mana sekalipun, mampu tgk nombor2 pd jam tu. :)

Tp kan, kadang2 tu keliru jugak.
Bila ada jam, tak semestinya jam awak dan saya sama waktunya!
Jam awak mungkin lebih cepat 10 minit. Jam saya pulak, ikut jam pakcik yg jual jam ni. Tak tahula cepat ke lambat. Camne eh nak tahu masa yg standard? Selalunya saya tengok jam kat TV, sebelum berita disiarkan. Boleh tak camtu? Ke camne? hehe.

Ha, ini jam2 lama saya.
Selalunya saya akan pilih jam kaler hitam @ putih @ both.
Sebab cantek! Dan senang nak match dgn mana2 baju dan event.

Saya tak pandai tau nak beli jam yg mahal2 ni. Tak kisahla org kata tak berkualiti ke, hape ke. Yg penting bg saya, jam tu saya boleh pakai dan boleh berfungsi dgn baik.

Satu lagi sebab kenapa saya tak pandai pakai jam mahal2 ni, adalah kerana saya ni lasak sikit. Eh, ye ke? Entah. haha. Tapi yg pasti jam saya memang selalu bertukar ganti. Sebab cermin retak la, calar la. Sakit mata I tau. huhu.

Tapi kan, waktu cuti hari tu, sy dapat jam baru.
Eh, bukan dapat. Saya beli sendiri la. >_<

First time tau I beli jam mahal.
Err, mahal ke RM30 bg kamu semua?

Mungkin akan ada yg kata,
"Eleh,jakun la budak ni. Setakat jam RM30.Biase je tu"

Sorry, I memang tak pandai la nak beli jam mahal2.
Ini pun Ummi yg suggest suruh beli. Senang sikit, takyah nak ganti2 banyak kali. Kata Ummi. Sebab Ummi belikan jam RM100 utk Kak Nor. Ops, sorry again. Saya memang tak pandai pakai jam mahal2 camtu. huhu.

Maceh tau Ummi. Akak suka sangat ngan jam nih!
Best! Kalau bukak tak akan jatuh, sebab jam ni bersambung. Camne eh nak explain? Ala, sape yg ada jam style camni dy tau la. :)

Harapnya lepas ni cermin jam saya tak akan retak lagi sebab terjatuh.
Melainkan kalau saya yg terjatuh!
huhu.

END.


diari pengarang : Hey, sila paksa diri anda [pengarang] utk membaca buku "Pendidikan di Malaysia" tuh!!..grr~

8 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

jam mmg penting.keluar tak pakai jam rasa lain je..

mahal la tu RM30..akk beli jam kat nose je.hehe

Bintu Sazali said...

memang! kalau takde jam habis kelam kabut la dunia. hehe

mahal? yes yes!..hehe..ala kak, sy pon. slalu beli jm seploh hinggit jer..huhu~

Iman_Inside said...

nak jam satu...haha.xmasal.

Bintu Sazali said...

"xmasal"

trademark baru ke? hehe..;p

Siti Safiyyah said...

kite serupa la sis..saya pun kaki jam gak dulu..tp jam 10hengget jela..sbb boleh tuka ari2..hehe

last2 skang dah takde jam sbb henset kn ade kalau nak tengok jam..heh boleh gitu? :D

Bintu Sazali said...

cik Siti >


haha..;p..memang serupa!!..:D
samala pernah stop pakai jam jap sbb hp ada jam. tp sekarang mula pakai balik sbb da jd org bz. cewah..haha..;p

Solihin Zubir said...

sy pon suka beli jam murah2..
coz bley beli byk2, bley pakai gilir2 n tukar2.. lagi nmpk kaya camtu.. hahaha.. ;-p

Bintu Sazali said...

cik Lihin >

Like!!..hahaha.."nmpk kaya"..tak boleh bla..;p

LinkWithin

Lazada Malaysia