Salam sejahtera buat semua!
Amacam? Tirai 2010 hampir sahaja dilabuhkan. Akan diganti pula dengan tirai baru untuk tahun 2011. Macam mana dengan persiapan nak masuk tahun baru? Eh, ada ke yg perlu disiapkan? Setakat tahun baru je pun..Agak2 ada tak homosapien yg berfikir macam tu? huhu. Pada hemat saya, tak mungkin ada. Tapi tak mustahil jugak ada. Ah, apa2 ajelah. Tiap org pemikirannya berbeza. Jadi saya kira secara kasarnya semua org apabila tiba je tahun baru, pasti nak segalanya juga baru. Kan?
Meh kita cerita satu persatu peristiwa dan ragam apabila tahun baru Masihi akan menjelang tiba. Eh jap Sebelum tu. Kalau tiba je tahun Hijriah, kenapa org tak kecoh2 pulak ye? Takde la pulak org berkumpul ramai2 utk bersorak-sorai bila masuk je tahun baru Hijriah. Tak ada pulak pihak2 yg anjur konsert sampai 1-2 pagi utk raikan kedatangan tahun baru Hijri. Kenapa ye? Haa..anda sendiri pun tahu jawapannya.
Sebab..Mana sama tahun Hijri dengan tahun Masihi. Ramai yg anggap tahun Masihi lebih significant drpd tahun Hijri. Sebab segala sesuatu yg baru akan bermula. Sesi persekolahan yg baru. Tukar tempat duduk yg baru. Pegang jawatan yg baru. Pakai peralatan yg baru. Ah, everything's new lah senang kata! Tapi tahun Hijri? Hanya sekadar peralihan waktu. Dari 1430 kepada 1431. Dari 1431 kepada 1432. Begitulah seterusnya. Tapi sampai bila?
"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."
Al-Asr, ayat 1-5
Inilah yg dikatakan kerugian. Yups, kerugian yg nyata. Sebab kita hanya mensia-siakan waktu. Owh, I mean, saya. Saya banyak sia-siakan waktu. Mungkin pengurusan waktu anda-anda semua lebih bagus dari saya. Mungkin, kan?. Ya, saya perlu lebih banyak belajar. Saya tak mahu jadi insan yg berada dalam kerugian. Setiap masa dalam kerugian. Malangnya, walaupun saya sedar saya sedang rugi, tapi entah kenapa diri tak tergerak dan tak termotivasi utk bangkit menjadi insan yg baru dari segi jiwanya. Dari segi akhlaknya. Dari segi perlakuannya. Dari segi tutur bicaranya. Ahh. Mustahil seorang manusia boleh berubah dlm sesaat cuma. Tapi apa yg mustahil semuanya boleh jadi tak mustahil jika kita buang daya palsu "Tidak Boleh" yg ada dalam diri. Kan?Ops. Maaf. Saya dah membebel. Pagi tadi saya temankan Ummi dan adik2 bayar yuran di sekolah. Yelah. Sesi persekolahan yg baru kan dah nak bermula. Mula2 kami terpaksa duduk di sekolah Ummi dulu. Sebab Ummi jadi guru kelas tahun depan. Jadi terpaksa lah Ummi uruskan pembayaran anak2 murid dulu. Sekitar jam 11, kami bergegas ke sekolah Aqil dan Jaja. Owh, sebelum saya lupa. Sekolah itu sekolah saya juga. Suatu masa dahulu. Aduh. Rindu sangat2 dengan cikgu2 SKSM. Gembira dapat borak2 dgn mereka, wlpn sebentar. [Cikgu2, tunggula sy mai sekolah time PBS nanti!..:)..]

Kadang2 tu bila kami adik-beradik duduk berkumpul sama2, mulalah macam2 cerita yg keluar. Terutama bab sekolah dan pelajaran. Dan cikgu. Penting tau peranan seorang cikgu dlm mendidik pelajar. Bukan mudah nak guide someone sampaila dia berjaya. Pengaruh psikologi pun kadangkala mejadi penyumbang ke arah kegagalan atau kejayaan seseorang. Syasya, adik saya, pernah beritahu, cikgu Math dia sekarang ni bukan macam cikgu Math masa kat sekolah rendah dulu.
Owh, sesungguhnya kami semua belajar dgn cikgu Matematik yg sama! Katanya, cikgu yg sekarang ni, latihan bagi. Tapi macam malas je nak bincang. Bila mengajar, baru je sekejap dah nak pindah silibus baru. Tension budak tu. Kalau macam cikgu kami dulu, NO. Selagi budak tak pandai, latihan yg berbentuk serupa akan diedarkan lagi. Owh, I miss that moment. Rindukah? haha. Owh tidak. Cukupla sudah saya dipukul oleh beliau. hehe. Serik.

Owh, maaf. Saya tersasar lagi. Okeh. Emm, dari semalam saya asyik dgr cerita ttg penyelewengan harta anak2 oleh ibu bapa tatkala sesi persekolahan dah nak bermula. Semalam Cik Lin cerita, ada parents tu kekadang ambil duit bantuan yg diberikan oleh kerajaan/sekolah kpd pelajar pendidikan khas atau nama lainnya, yg mengalami masalah khas pembelajaran. Ada ke patut depa pi amek duit anak tu tadi , dgn alasan nak wat belanja baju raya. I mean, sblum raya puasa lah. Ambil dlm RM400/RM500 pulak tu. Tak patut tak patut. Bila dah nak buka sekolah, habis duit. Satu sen pun tak ada. Naya ke anak tu. Nak beli buku tulis pun tak mampu.
Hari ni pulak, ada berita tentang seorang bapa yg tergamak gunakan duit bantuan sekolah anaknya untuk berjudi. MasyaAllah. Apa dah jadi manusia sekarang ni.?. Hmm. Maklumlah. Kita sekarang hidup dlm zaman materialistik. Semuanya berpaksikan kebendaan. Wang adalah segalanya. Adakah benar begitu?
Emm, macam2 kan ragam bila masuk tahun baru Masihi. Segalanya perlu disediakan. Kalau tak lengkap satu perkara, habis porak-peranda semuanya. Ibu bapa terutamanya, tentu dah lama berusaha habis-habisan, start dari Januari tahun sebelumnya lagi dah kumpul duit utk belanja makan pakai anak2, terutama utk persekolahan. Hmm, lepas tu, bila tiba hari pembayaran yuran sekolah anak2, duit dlm poket yg menebal pasti akan cepat2 susut. Pasti muka pun berkerut duk pikiaq nak cari duit kat mana lagi. huhu. Untung bagi yg memiliki ibu bapa yg bekerja. Hmm, betullah. Kalau kita rasa kita susah, kita patut ingat bahawa ada lagi insan yg lebih susah drpd kita.

Hey. Kan Allah dah berfirman dlm surah al-Baqarah, ayat 188. Mafhumnya :
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian
yg lain antara kamu dengan jalan yg batil..."
Potongan ayat ni mengesahkan larangan Allah ke atas setiap umat manusia daripada memakan harta org lain yg bukan hak kita. Tak malu ke makan harta org lain? huhu

Ops. Maaf. Saya ni kalau merepek, betul2 merepek. Kalau membebel, pun betul2 membebel. Cukup kot setakat ni sy membebel. Org kata, siapa yg banyak bercakap ni paling banyak salahnya. Yelah, kadang2 kita tak sedar apa yg kita cakapkan. Dan kita tak tahu apa pandangan org lain ttg percakapan kita. Okeh. Segala yg baik itu dtg dari Yang Mencipta. Yg buruk dan lemah itu adalah dari yang telah dicipta. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu. Wassalam...

diari pengarang : Semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan hari2 sebelumnya!~