Monday, December 27, 2010

Hari Yg Bisa Meluruhkan Jantung!

Salam sejahtera buat semua!

Oleh sebab semalam kami satu keluarga dah berhempas-pulas membanting tulang mengerjakan kebun kat sekeliling rumah, maka hari ni kami bercadang nak keluar. Shopping. Sebab ramai dah suggest suruh pi Year End Sale, Jualan Kembali Ke Sekolah, dll.

Lagipun saya masih belum dapat kasut kuliah utk next semester. huhu.
Banyak jugakla tempat kitorang pergi. Sampai satu ketika, Ummi pandu kereta terus ke Carrefour. Lama dah kitorang tak pi sana. Dengar2 kat sana ada Year End Sale. Dah terbayang dah dalam mata ni, kedai2 kasut dan beg, serta barisan2 kasut yg bakal dipilih nanti.

Okeh. Pendek cerita, akhirnya Si Cerewet ni pun dah jumpa dengan kasut yg membuatnya jatuh cinta pandang pertama. huhu. Harga pun BEST!..:).. Tak sampai RM20 pun. hehe. Owh, ini harga lepas diskaun, okeh. Bukan senang tau saya nak pilih kasut. Jalan situ, round sini. Leceh. Tu la. Sape suruh tak sediakan kasut yg lebih pelbagai utk saya. haha..;p

Ini kasut baru Si Cerewet :

Tak tahula berapa lama boleh tahan. Kalau boleh bertahan sampai setahun dua pun syukur. haha. Maklumla, jalan kat maktab kami ni..err..pelik sikit. Boleh makan kasut. haha..;p

Ops, tapi harap2 lepas jalan dah berturap ni kasut saya tak mudah rosak lagi.
[Harapan ni, harapan. huhu]

Dah puas pilih kasut, kitorang langkahkan lagi kaki, menjelajah Carrefour.
Tiba2 terasa sesuatu yg pelik.

Saat Pertama:
Nampak seorang perempuan 40-an bercermin mata, berbaju purple.

Saat Kedua:
Ternampak pulak seorang lelaki 40-an, berbaju merah belang putih.

Saat Ketiga:
Oh tidak!! Saya tak nak tengok!
Actually, sy nampak kelibat seorang lelaki berbaju biru.

Masa tu Allah je tau camna perasaan saya. Siapa mereka?
Si DIA dan HIS PARENTS!

Rupanya betul org cakap. Dunia ni kecik je, kan? huhu. Tapi sebenarnya tak mustahil kami boleh bertembung, sebab tak jauh mana pun tempat tinggal masing2. huh. Tapi entahla. Perkara yg sgt unexpectable ni sgt membuatkan jantung sy rasa cam nak luruh. Adeh. Segan, malu, bersalah. Semua ada. Yg paling membuatkan sy rasa bersalah adalah kerana...MAK nampak saya. Saya tak tegur pun dia. Saya sorokkan muka, walaupun saya tau saya berjalan sebelah AYAH. Owh tidak. Apa yg saya lakukan?..huhu

Saya terus jalan laju2, malu dan bersalah sangat2. Adeh.
Tiba2 adik saya panggil.

"Eh kakak, kejapla. Ummi nak beli barang ni,"

Aduss..Terpaksa la saya berpatah balik ke belakang. Dan, bila toleh belakang je, ada someone yg sedang tersenyum + tersengih memandang saya. Adeh. Kenapa kau senyum? huhu
Gelabah, tak tentu arah. Tak boleh fikir pape masa tu. Haduii. What's wrong with you, myself?

Bila saya tengok handphone, ada mesej masuk.

"Sombong ea..:)"

Dush. Rasa cam ada batu kat atas kepala. haha
Ops, sori si DIA. Sebab saya ceritakan semua ni kat sini.
Maklumla. This is my diary. huhu

Pastu, mesej demi mesej berbalas. Till...

"blablablabla....hehe,btw, td nmpk comey"

Dush. Satu lagi hentaman di kepala.
Perlukah anda berkata begitu kpd makhluk yg hodoh ini? But, thankz! haha

Ops, I still remember what my lecturer had said before:


Bila org puji saya, contohnya:

"Annisa, you look pretty today!"

Saya akan balas,

"What? Saya memang cantik setiap hari!"

Jadi, sepatutnya saya reply camni kat AWAK:

"What? Sebelum ni saya tak comey la?"

haha. Okeh. Just Kidding. Untuk menghiburkan hati yg lara.

Okeh. Nak rest. Penat.
Sori, entri ini tidak berfaedah. huhu
Adios!



diari pengarang : Gara2 pristiwa ni, sy lupa nk ingatkan Ummi, yg saya belum beli tiket balik ke Melaka! Adus..terpaksa pergi lain kali. huhu~

5 comments:

Iman_Inside said...

congrates..akhirnye ketemu juge ye..hehe,,comel sgt kasut tu..huhu

Bintu Sazali said...

cik nurIman >

hihi..maceh!..:)

murabbi syahidah said...

salam alaik..
nice shoe..harp2 tahan la yer...ngeh3..

Mindfreakgirl said...

salam.
alhamdulillah.. finally dah jumpa kasut. wee~
haha!
jgn lupa beli tiket nah~
:)

Bintu Sazali said...

zati >

harapnya begitu!..haha..;p


nana >

uih, alhamdulillah, harini pi shopping lagi. lepas beli tiket.haha..:D

LinkWithin

Lazada Malaysia