Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 H !

Salam Maal Hijrah!
Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur utk meneruskan hari ini dan insyaAllah, hari-hari yg seterusnya. Pejam celik pejam celik, tak sedar pun rupanya dah masuk bulan Disember!

Paling penting, rupanya kita sudah akan berpindah ke tahun yang baru dlm kiraan Islam, tahun Hijrah. Hah.tau tak kita akan berpindah ke tahun yg ke berapa? Agaknya kalau kita buat sesi terjah-menerjah dan tanya soalan ni kepada org ramai yg pada kad pengenalannya tercatat ISLAM sbg agamanya, berapa ramai yg boleh jawab dgn tepat dan yakin?

Mungkin hanya 5% je yg mampu. Saya sendiri pun kdg2 tak ambil kisah tentang tahun Hijrah ni. Yelah, dlm kehidupan seharian, kita sering berpandukan kpd tahun Masihi. Jadi, tahun Hijrah tu dibiarkan berlalu camtu jek. Tak patut tak patut. Isyh2.

Nak tahu bagaimana boleh wujud tahun Hijrah ni?
Nak tahu juga kenapa tahun Hijrah dimulakan dengan bulan Muharam sbg bulan yg paling awal?
Ada banyak pendapat yg menceritakan tentang kedua-dua perkara penting dan bersejarah ni.
Apa yg saya dapat dari saluran Radio Ikim.fm :

TAHUN HIJRAH

Dicetuskan oleh Saidina Umar al-Khattab. Kisahnya, suatu hari Saidina Umar dapat satu perutusan dari sebuah negara. Di dalamnya hanya tertulis tarikh dan bulan sahaja.
[ contoh : 20 Syaaban ]
Jadi,Saidina Umar pun tertanya-tanya, bulan Syaaban tahun bila surat ni dikirimkan? Maklumla, zaman dulu mana ada PosLaju, ye idak?

Kesinambungan daripada itu, Saidina Umar al-Khattab pun ambil tindakan dgn mengumpulkan para sahabat yg lain dan bermusyawwarah ttg perkara itu. Beliau meminta pendapat drpd sahabat2nya, "berdasarkan apa kita nak adakan tahun dlm kiraan Islam?"

Jadi, ada macam2 pendapat diberi dan akhirnya pendapat utk memulakan tahun Hijrah berdasarkan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW telah diterima pakai sbg faktor permulaan tahun Hijrah.

Subhanallah...:)


BULAN PERTAMA DALAM ISLAM

Hah, kenapa mesti bulan Muharam?
Kenapa bukan Zulhijjah ke, Syaaban ke, tak pun, Ramadhan ke?

Camni..Saidina Umar juga yg memikirkan idea utk menentukan apakah bulan yg pertama dlm Islam. Setelah bermusyawwarah dgn para sahabat yg lainnya, beliau telah memutuskn bulan Muharam sbg bulan yg pertama kerana....

Sebelum bulan Muharam, bulan Zulhijjah, kan?
Pada bulan ini, umat Islam dituntut menunaikan haji ke Mekah. Apabila Muharam hampir tiba, para jemaah haji pun pulang ke tanah air masing2 setelah tamat menunaikan ibadah haji.

Saidina Umar mengandaikan bulan Zulhijjah sbg bulan pembubaran, makna kata, bila dah habis menunaikan haji, semua org kembali pulang ke tanah air masing2 dan bersedia utk menjalani kehidupan yg baru setelah mencari keredhaan Allah di tanah suci Mekah.

Jadi, Saidina Umar mengandaikan bulan Muharam sbg bulan permulaan, iaitu setelah tamat Zulhijjah, umat Islam akan memulakan kehidupan yg baru.

err..jelas ke apa yg sy jelaskan? huhu
Utk lebih faham, tanyalah Ustaz2 yg lebih arif ataupun rujuk buku2 yg berkenaan dgn peristiwa ini. Wallahua'lam..:)

*******
Akhir kata, semoga kita akan terus bersemangat utk meneruskan kehidupan pd masa2 mendatang, sebab, LIFE MUST GO ON!..^^

Jgn lupa tau, baca doa awal dan akhir tahun, supaya si syaitan geram,kecewa dan menyesal kerana sgla usahanya menghasut kita sepanjang tahun ini menjadi sia2 belaka.

Salam Maal Hijrah 1432 Hijriah!
Azam saya tahun ini, kurangkan tidur, banyak bekerja.
Anda pula bagaimana?
[^_~]



diari pengarang : Travelog Balik Kampung Part 2, 3, dan 4 akan menyusul selepas ini..;p

8 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

paham ustazah :)

Ain Atika Zailani said...

wah bagusnya..thanks berkongsi pengetahuan..=)

Solihin Zubir said...

salam maal hijrah..
smoga tahun baru ni lebih baik drp sebelumnya.. :D

Bintu Sazali said...

sugar2 kapas strawberry >

bagus2, anak muridku!..ahha..;p



Siska >

uit kak? tukaq nama ka?hihi..;p
owh,my pleasure..u're welcome!..:)




Solihin Zubir >


Selamat berhijrah juga!
ye, moga sama2 menjadi yg lebih baik lps ni!..:)

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik

Salam maal hijrah. marilah sama-sama kita meningkatkan amalan ketaqwaan kita kepada Allah.

Bintu Sazali said...

Al - Mu'allim >

syukran..:)..
InsyaAllah!

'Athifah Markzzaki said...

salam maal hijrah~ ;)

Bintu Sazali said...

Kimmy Ai >

thankz akak!!..:)
jauh nih,dr mesir..hehe

LinkWithin

Lazada Malaysia