Monday, June 14, 2010

Fikir...Terfikirkah kita?..~

Alhamdulillah,kita masih diberi ruang dan peluang oleh Yang Maha Memberi,utk terus bernafas di muka bumi-Nya..

Mungkin ramai yg tahu tentang Life Line For Gaza (LL4G) setelah kepulangan 12 org sukarelawan Malaysia ke Gaza ke tanah air.Mulanya saya cukup pelik,kenapa ramai yg tak tau ttg LL4G ni?..Mungkin kurang didedahkan di media massa?Saya tahu tentang konvoi ni pun bila saya dgr Ikim.fm masa nak study hari tu..Isyh..menakutkan dan mengkagumkan!...Bila saya dgr perbualan Ketua NGO Malaysia yg mengikuti konvoi,Tuan Hj Noorazman, (kalau tak silap)rasa gerun pula..sebab mereka dah siap sedia dgn apa yg bakal mereka hadapi.

Mereka tahu apa perancangan yg pihak Israel buat,antaranya pihak Israel sdg bersiap-sedia utk menyekat perjalanan konvoi,menyekat perhubungan peserta konvoi dgn org luar,bersedia pada bila-bila masa utk memutuskan sambungan satelit,supaya mereka tak dapat berhubungan dgn pihak luar..dan macam-macam lagi...Kata beliau,pada konvoi yg lepas,rejim Israel berjaya memecah-belahkan pasukan konvoi melalui perbezaan bangsa,kerana peserta terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.Entah macam mana,mereka dengan licik sekali mencetuskan sesuatu yg membuatkan peserta konvoi berpecah-belah.

Doa : Senjata Sang Mukmin?

Namun alhamdulillah,walaupun ramai yg terbunuh dan cedera,masih ada yg terselamat.Mungkin berkat doa dan solat hajat yg dibuat oleh para muslimin dan muslimat pd masa itu yg menyelamatkan mereka.Itu yg disebut oleh Tuan Hj Noorazman.

Kenapa doa dikatakan sbg senjata bagi sang mukmin?

Memang telah disebutkan didalam al-Qur'an,Allah telah berfirman,"Berdoalah kepadaKu,nescaya akan ku perkenankan kepadamu."

Allah tak lokek utk memberi kita apa yg kita minta.Mintalah sebanyak mana sekalipun,Allah tetap akan tunaikan.Tapi,tetap bersyarat.Tunaikan perintahnya,jauhi larangannya.Mungkin cepat permintaan kita dikabulkan.Mungkin juga lambat.Tapi jgn kita berputus asa.

Kasih Abang


Sekeping Gambar,Sejuta Cerita

Subhanallah..simpati bila tengok gambar ni..Pastinya,bila kita lihat gambar ni,banyak tafsiran yg kita boleh buat.Kan?

.Fikir.


[p/s: ini entry yg dah lama terpendam.]

diari pengarang : Sekarang semua dah tak tumpu pada LL4G.Semua dah beralih pd BOLA..sy tak minat bola.Opps..belum minat bola.

2 comments:

Anonymous said...

Salam kenal

temakasih jd follower syuq..
jom cuba jawab soalan trivia ..klik sini

Bintu Sazali said...

owh..u're welcome sis!..:)

LinkWithin

Lazada Malaysia